hit me!!

Wednesday, December 29, 2010

lutut cedera?? meh baca info ni!!


ketika menjalani latihan untuk menjadi service advisor 5 bulan yang lepas, aku berdiri dan memusingkan badan aku. pusingan badan aku tidak selari dengan lutut dimana badan aku telah pusing terlebih dahulu diikuti lutut. disebabkan lutut ku yang 'tertinggal' ini menyebabkan lututku berbunyi "POP!!" dan sekelip mata aku rebah dilantai. aku dapat merasakan seperti tempurung lututku 'lari' memaksa aku untuk menolaknya kembali sebelum aku dapat meluruskan paha & betis aku dalam keadaan selari.dalam masa 10 minit, lututku terus bengkak & aku xdapat berjalan. setengah jam kemudian dapatla aku 'mengheret' kaki ku perlahan2. inilah akibat terlalu aktif suatu ketika dahulu.. jadi aku ingin berkongsi info sedikit tentang masalah yang aku hadapi... JOM!


Anda boleh mencederakan lutut anda daripada pergerakan memulas yang memaksa lutut bergerak lebih daripada kadar biasanya. Anda harus mengesyaki kecederaan yang ketara kepada sendi lutut anda jika anda mendengar atau merasa "pop"diikuti dengan:
  • Bengkak
  • Sakit
  • Penggerakkan yang terhad


Umumnya ligamen krusiat yang koyak sepenuhnya tidak akan sembuh dengan sendirinya. Akibatnya, lutut menjadi tidak stabil dan akan berulangkali "terlepas" atau "terkeluar". Kadang-kala otot-otot peha anda boleh mengambilalih fungsi ligamen yang koyak selepas satu tempoh senaman menguatkan otot. Ligamen di luar sendi lutut misalnya ligamen medial dan kolateral boleh sembuh selepas tempoh rehat yang terlindung.

Ligamen adalah gabungan tisu yang sungguh kuat yang menyambungkan 2 tulang. Ini mencegah kedua-dua tulang tersebut daripada terpisah ke arah tertentu dan dengan demikian memberi kestabilan ke arah tersebut. 3 ligamen lutut yang paling cenderung mendapat kecederaan ialah ligamen krusiat anterior, krusiat posterior dan kolateral medial. 

Ligamen kolateral mencegah lutut daripada terpisah dari bahagian tepi dan ligamen krusiat mencegah lutut daripada melongsor ke hadapan dan ke belakang. Meniscus adalah pad "berbentuk C" di lutut di antara tulang peha (femur) dan tulang kaki bawah (tibia). Ia bertindak sebagai penyerap kejutan dan membuat pergerakan lutut lebih licin. Meniscus boleh rosak dengan pergerakan memulas yang memaksa lutut bergerak daripada kadar biasa. Ini boleh berlaku semasa permainan seperti bolasepak, bola keranjang, ski, lari-lari anak, tenis dsb. atau akibat daripada perubahan degenaratif artritik. Oleh kerana meniscus mempunyai bekalan darah yang terhad ia tidak boleh menjalani proses pemulihan biasa apabila ia rosak. Apabila meniscus rosak, cebisan-cebisan yang koyak akan tersekat di dalam sendi. Apabila ini berlaku, lutut menjadi sakit, bengkak dan sukar untuk bergerak.

Doktor anda akan menilai betapa teruk dan jenis kecederaan lutut tersebut dengan menyoal anda bagaimana kecederaan tersebut berlaku dan gejala-gejala yang anda alami. Ini akan membantu untuk menentukan samada anda memerlukan fisioterapi atau prosedur artroskopik.

Antara kecederaan yang terjadi pada lutut ialah seperti tersenarai di bawah.


Artritis degeneratif

Pergerakan lutut yang kerap akan menyebabkan kerosakan progresif pada tulang, tendon, dan rawan lutut. Kemerosotan sendi boleh mengakibatkan permukaan tulang yang terletak bersebebelahan bergesel lalu menyebabkan sakit yang amat sangat. Dianggarkan satu daripada tiga pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik, menghadapi sakit osteoartritis lutut. Rawatan tanpa pembedahan yang paling berkesan untuk memulihkan penyakit osteoartritis ialah manipulasi kiropraktik di bahagian lutut, pinggul, dan tulang belakang, senaman menguatkan tulang dan otot dan mengambil makanan glukosamina sulfat.





Ligamen terseliuh





ligamen yang 'memegang' tulang/sendi. keadaan normal.
Oleh sebab ligamen amat penting untuk menyeimbangkan lutut, ligamen selalu diregangkan melebihi panjangnya yang biasa lalu menyebabkan ia terkoyak rabak. Tahap koyak pada ligamen ini dibahagikan kepada tiga kategori :

1.Sedikit
2.Sederhana
3.Teruk – koyak terus atau pecah ligamen yang koyak sedikit dan koyak sederhana dapat dirawat dengan berkesan melalui kaedah konservatif ( gabungan rawatan kiropraktik dan fisioterapi ).

Bursitis dan tendenitis

Penggunaan lutut secara berlebihan melalui senaman memusing, menendang, atau membengkokkan kaki boleh menyebabkan bursa ( kantung berisi cecair yang berfungsi sebagai kusyen ) dan tendon lutut mengalami radang dan tendon lutut mengalami radang dan menyebabkan bursitis dan tendenitis. Rehat, senaman menggunakan otot dan tulang serta rawatan kiropraktik dapat memulihkan keradangan pada bursa dan tendon lutut dengan cepat.








Meniskus koyak





kecederaan pada meniskus ( bahagian yang berwarna merah - kesan koyakkan )
Pergerakan memusing dan pemampatan lutut yang berulang-ulang dan tiba-tiba boleh menyebabkan meniskus koyak. Melompat atau menaiki tangga akan menyebabkan lutut anda sakit sekiranya anda menghadapi masalah meniskus koyak. Bahagian meniskus tidak mempunyai saluran darah yang cukup dan yang demikian, bahagian ini lambat pulih.

#seperti kes aku
Runners knee




Sakit yang berpunca dari bahagian pelvis lateral hingga lutut lateral ini merupakan sindrom penggunaan otot lutut yang keterlaluan di kalangan ahli sukan. Nama klinikal bagi masalah ini ialah Sindrom Jalur Iliotibial. Masalah ini dapat dirawat dengan berkesan melalui manipulasi kiropraktik dan senaman pemulihan yang khusus.


Bagaimana perkara ini boleh terjadi?
info dari : paramedik

Terdapat beberapa ligamen yang penting di dalam dan luar lutut seseorang yang diklasifikasikan kepada penstabil lutut statik dan penstabil lutut dinamik. 







  


Ini termasuklah ligamen krusiat anterior/ depan (ACL), ligamen krusiat posterior (PCL), ligamen kolateral lateral (LCL), ligamen kolateral medial/tengah (MCL), kompleks lateral posterior (PLC) dan meniskus lateral dan medial yang mana semuanya dikategorikan sebagai penstabil lutut statik.

Penstabil lutut dinamik adalah otot-otot yang terdapat di sekeliling lutut yang turut berfungsi sebagai penstabil lutut.

Terdapat banyak struktur di dalam lutut boleh mengalami kecederaan dan kerosakan tetapi artikel kali ini akan ditumpukan kepada kecederaan pada ACL sahaja yang paling kerap dialami oleh mereka yang akrif bersukan.

Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar, ACL merupakan salah satu ligamen yang terdapat di dalam sendi lutut setiap individu. 

Ligamen pula adalah tisu tegar yang berfungsi sebagai penstabil kepada sendi-sendi di dalam badan kita.

Persoalannya sekarang, dengan wujudnya banyak penstabil lutut, apakah kecederaan pada ACL seseorang itu perlu dirawati? 

‘‘Ya, kerana fungsi ACL sebagai penstabil yang spesifik dan unik untuk mengekalkan kedudukan sendi lutut itu sendiri agar tidak longgar pada posisi-posisi tertentu.

‘‘ACL menstabilkan lutut untuk mendaki bukit atau menaiki tangga dan menjadi penstabil untuk putaran lutut dan juga aktiviti larian mahupun pemain bola sepak menukar arah larian ketika berlari (cutting). 

‘‘Oleh itu bagi mereka yang mengalami kecederaan ACL pasti mengalami simptom-simptom di atas selain rasa sakit pada lutut tersebut,’’ ujar beliau.

Bagaimana kecederaan ACL boleh berlaku?

Menurut Dr. Khaizatul Ezam, kecederaan ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan pada lutut seseorang sewaktu aktiviti sukan, lazimnya secara non-contact. 

‘‘Mekanismenya adalah – berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba- tiba. Ini dapat dilihat terutamanya pada sukan-sukan yang melibatkan larian dan putaran berlebihan pada lutut seperti dalam permainan bola sepak, futsal, ragbi, bola keranjang dan bola jaring atau digelecek dengan agak keras sewaktu bermain. 

‘‘Mekanisme kecederaan ACL dalam sukan melibatkan lompatan pula – sewaktu mendarat, lutut berputar ke arah dalam dengan kaki tetap di atas gelanggang dan ini akan menegangkan ACL dan menyebabkan kecederaan, ia putus atau terkoyak,’’ katanya. 

Akan tetapi terdapat juga pesakit-pesakit kecederaan ACL yang disebabkan oleh aktiviti sukan yang lain dan ada juga yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang melibatkan mekanisme kecederaan yang sama seperti kecederaan sewaktu bersukan.

Contoh lain yang lebih jelas adalah dalam sukan rabgi atau American football yang mana seseorang pemain digelecek pemain lawan dengan diasak lutut dari sebelah kiri atau kanan pemain tersebut.

Lelaki atau perempuan?

Kajian ada menunjukkan bahawa perempuan adalah lebih berisiko untuk mendapat kecederaan ACL berbanding lelaki atas sebab-sebab tertentu. Terdapat perbezaan bentuk anatomi tulang dan sendi wanita dan lelaki dan perbezaan juga dalam kekuatan ligamen dan otot, koordinasi dan kontraksi otot. 

Perbezaan hormon juga dilihat sebagai salah satu sebab ligamen ACL seseorang atlet wanita lebih berisiko untuk tercedera. Oleh itu, teknik-teknik latihan yang rapi dan intensif dapat mengurangkan insiden kecederaan ACL ini. 

Namun ini tidak bermakna atlet lelaki akan terlepas dari kecederaan ACL kerana jenis sukan bagi atlet lelaki juga lebih mendedahkan mereka kepada kecederaan di atas berbanding dengan jenis sukan atlet wanita. 

Tanda-tanda kecederaan ACL

‘‘Tanda-tanda seseorang mengalami kecederaan ACL adalah selalunya akan kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi ‘pop’ dari lutut yang berkenaan. Seterusnya akan terasa kesakitan yang amat sangat dan lutut akan membengkak dengan agak mendadak

‘‘Pemain selalunya akan tidak dapat meneruskan permainannya walaupun cuba memaksa dirinya untuk bermain semula pada waktu itu. Pada jangka masa tertentu, pesakit akan berasa kesakitan dan ia mungkin akan berkurangan dan bila digunakan semula kaki untuk berjalan atau berlari akan terasa lutut dalam keadaan longgar seolah-olah seperti akan tercabut,’’ jelasnya. Selain itu, akan kelihatan otot di kawasan atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut yang normal dan ini dianggarkan berlaku dalam tempoh seminggu selepas kecederaan.

Tambah Dr. Khaizatul Ezam, tanda-tanda yang memerlukan pembedahan segera adalah lutut terkunci yang mana lutut tidak dapat digerakkan sama ada untuk diluruskan atau dibengkokkan, terasa seolah-olah tersangkut.

Tanda-tanda lain termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya, kesakitan yang berkala dan ketidakselesaan pada lutut. 

Apakah kecederaan lain boleh berlaku akibat kecederaan ACL?

Disebabkan terdapat struktur- struktur lain di dalam lutut seperti yang disebutkan di atas, organ-organ lain juga mungkin akan terjejas bergantung kepada kekuatan kecederaan yang dialami. 

Dengan adanya kecederaan-kecederaan lain bersama-sama ACL, akan menentukan prognosis atau kecepatan pemulihan seseorang itu. Melalui pemeriksaan klinikal oleh pakar ortopedik, akan dapat ditentukan tahap kecederaan ACL dan kecederaan-kecederaan sampingan. 

Selalunya kecederaan ACL berkait rapat dengan kecederaan meniskus iaitu pelapik yang terdapat di dalam sendi lutut dan dalam kes yang teruk melibatkan juga kecederaan ligamen-ligamen lain. 

Cara mengelakkan kecederaan ACL sewaktu bersukan

Dr. Khaizatul Ezam memberitahu: ‘‘Secara asasnya mengelakkan diri daripada tercedera dalam aktiviti sukan melibatkan disiplin sebelum, semasa dan selepas permainan. 

‘‘Keadaan otot yang kuat dan sesi meregangkan otot sebelum bermain adalah sangat penting bagi menjamin kekuatan otot sepanjang permainan. Sewaktu permainan pula, keadaan-keadaan menggelecek (tackle) yang keras haruslah dielakkan sama sekali kerana yang menggelecek dan yang digelecek juga bakal tercedera sama. 

‘‘Latihan yang rapi juga adalah sangat penting, mempelajari teknik-teknik yang betul untuk melompat dan mendarat dapat mengelakkan dari kecederaan ligamen krusiat. Sesi cooling down juga adalah penting bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen mengalir ke otot-otot dan menyalirkan keluar asid-asid laktik yang terhasil sewaktu bermain.’’ 

Akan tetapi secara keseluruhannya terdapat juga insiden- insiden yang tidak dapat dielakkan atau tidak disengajakan dan ini akan mengundang kecederaan pada ACL. 

BOLEHKAH ACL yang putus atau koyak sembuh sendiri?

ACL yang mengalami kecederaan tidak boleh sembuh dengan sendirinya atas sebab-sebab tersebut di bawah:

1) Bendalir sinovial di dalam lutut yang sentiasa mengalir di dalam lutut akan menyebabkan sel-sel penyembuh dialirkan keluar dari kawasan terputusnya ACL tersebut dan ini menghalang penyembuhan ACL

2) Keadaan ACL yang terkoyak atau terputus selalunya berada pada jarak yang jauh antara satu sama lain dan ini menyukarkan penyambungan semula jadi ligamen ACL tersebut

3) ACL yang putus/koyak akan berada di luar selaput sinoviumnya dan ini menyukarkan pemulihan secara semula jadi.

# aku telah berjumpa pakar namun baru sekali aku menghadirkan diri untuk fisioterapi. tempat kerja baru ini memaksa aku untuk tidak byk mengambil cuti menyebabkan aku menangguhkan beberapa kali sesi fisioterapi serta temujanji dengan doktor. lagipon bulan 2 nanti aku memerlukan cuti yang agak panjang. pasti lambat lagi la kaki aku akan sembuh.huhuhu..

# doktor pesan untuk 'kuarantinkan' kaki aku dari aktiviti berat seperti berlari, berjogging, melompat dan yang seumpamanya selama 6 bulan. jadi, apakah akau terpaksa memanjang tempoh kuarantin itu disebabkan aku tidakberkesempatan berjumpa doktor? pasti! sebab walaupon naik tangga, aku dapat rasa lutut aku sengal2..huhuhu..

# memaksa aku membenci untuk memandu kereta. (-_-)