hit me!!

Tuesday, January 12, 2016

Tree Steak House

~Rumah Pokok Stik~

Dah lama tak makan steak. Buat kat rumah asyik tak jadi. Tak sedap, kurang lembut, garing, liat.. Haha. Tangan masak masih kaku lagi. (^_^)

Jadi, walid pon bersetuju untuk belanja kami semua makan kat Tree Steak House. Yeahhh!!! Alhamdulillah..

Pertama kali kami ke sana bersama ibu & Erin pada 2010 lepas umi konvo degree. Ketika tu umi & walid masih couple lagi. Kedai ni pon masih belum famous lg. Kedai ni famous pon sbb masuk JJCM. 

Perbezaan untuk tempoh 5tahun ni sangat drastik! Kedai dah semakin besar, parking semakin teratur, dekorasi semakin cantik malah servis pon bagus!

Contact number 
#boleh mesej je..


Umi cuba telefon untuk tempahan namun tidak berangkat. Jadi, umi cubala mesej sahaja. Alhamdulillah. Mesej dibalas & tempahan pon diterima. Senang kan? 


Mari kita posing sebelum melantak. Haha.. 


Jom usha makanan diorang...
Pinang Black Stallion
(Beef with black pepper & BBQ sauce)


Chicken Cordon Blue

Keju mencair bila ayam dibedah. Haha....
Chicken Cordon Blue amat sesuai untuk peminat tegar cheese hokey.. Cheese kat dalam dia sangatla melimpah ruah. Untuk umi yang bukan peminat tegar, agak rasa sedikit muak disitu. Ngee~


Mushroom soup untuk anak2.
Resepi sendiri, rasa yang boleh tahan sedap. 

French fries

#tiada dalam gambar : Mahogany Supreme with BBQ Sauce untuk kakak syifa & adik auni.

Harga ok lagi. Standard macam kedai lain. Rasa pon ok. Servis sangat ok!
Bila meja dah terhidang dengan makanan, ada yang bertanya (rasanya owner/partner) sama ada semua makanan yang kami pesan telah sampai atau tidak. 

Sangat2 berpuashati! 
InsyaALLAH kami akan kembali..

Akhir kata :: Terima kasih walid sebab belanja kami makan disini. Semoga ALLAH murahkan lagi rezeki walid.
Aamiin ~~

No comments:

Post a Comment