hit me!!

~~ [ mY cLanZ ] ~~

hit me!!

Friday, October 5, 2012

Jom Makan IBERET FOLIC..



Wa...bunyi macam best je kan.. hakikatnya.............................................

*parah, pasrah + paksa..*


Terutama untuk para ibu yang alah ubat ni macam saya... huhuhuuu..

Apa itu Iberet Folic??

kotaknya besar ya puan-puan..

Iberet Folic adalah sejenis ubat khas untuk ibu hamil dengan tujuan meningkatkan hemoglobin @ HB dalam darah. Iberet Folic adalah ubat alternative selepas iron tablet & obimin. Ini kerana kandungan Iron dalam Iberet Folic 3x dari tablet biasa iaitu 105mg Iron & rata2 tablet iron biasa hanyalah 30mg sahaja. Selain itu, Iberet Folic merangkumi tablet lain seperti Folic Acid, Vitamin C, Vitamin B & highly ferrous-contain. Jadi, kebiasaannya para doktor akan menasihatkan para ibu untuk mengambil Iberet Folic terutama untuk para ibu yang mengalami rendah HB (<10) macam saya..
Berikut adalah kadar penurunan HB dlm bdn saya:

14/06/12 – 11.0
12/07/12 – 10.8
09/08/12 – 10.1
06/09/12 – 9.9
20/09/12 – 9.8

Semakin menurun kan??harusla saya risau apatah lagi symptom-simpton kekurangan darah merah mula menerjah kehidupan seharian saya. Antara symptom-simptom nya:
a)      Cepat letih
b)      Cepat pening
c)       Loya
d)      Pitam
e)   Jantung berdegup pantas
Ini semua kesan akibat kurang oksigen dalam badan (*fungsi darah merah – membawa oksigen keseluruh badan) & yang paling membimbangkan akan turut memberi kesan pada baby yang kita kandung. Apabila kurangnya HB = darah merah = oksigen supply pada baby kita, maka peratus kemungkinan untuk baby gugur / bersalin tak cukup bulan akan meningkat! Apabila HB sudah berada di tahap <10, amatlah susah untuk meningkatkan balik paras HB itu ke normal tanpa bantuan supplement/tablet. Jadi, pastinya doktor akan menyarankan untuk mengambil Iberet Folic ini. Terdapat 2 cara yang berkesan untuk makan tablet ini yang dapat meningkatkan HB dengan segera.. (insyaALLAH dengan keizinanNYA)..

Cara pertama (untuk orang yang tidak mengalami alahan terhadap ubat ini) :
-          Makan tablet ini ketika perut masih kosong iaitu selepas subuh @ 2jam sebelum pengambilan sarapan pagi.

Cara kedua (untuk orang yang mengalami alahan terhadap ubat ini seperti saya) :
-          Makan tablet ini semasa perut kosong juga TAPI waktunya berbeza iaitu 2-3jam selepas makan malam. Ini kerana, proses penghadaman sepenuhnya dijangka mengambil masa dalam tempoh 2-3 jam. Jadi, berehatla @ tidorlah selepas makan ubat ini untuk mengelakkan anda dari melayani kesan alahan ubat ini.

Simpton alahan :
a)      Loya
b)      Muntah
c)       Pening
d)      Angin
Simpton ini akan terjadi seawal setengah jam selepas makan ubat & boleh berlarutan sehingga seharian bergantung pada individu. Sebab itu saya sarankan untuk tidur selepas makan ubat ini.

*extra* untuk menambah keberkesanan ubat ini, silalah menelan ubat ini bersama Jus Oren @ minuman yang boleh membekal Vitamin C seperti Ribena dsb. Ini kerana Vitamin C amat membantu dalam penyerapan Iron kedalam badan kita.

 

ok, nak tau hasilnya.....
result HB saya yang diambil pada 4/10/12 (2minggu selepas mengamalkan Iberet Folic ni) ialah..... 10.5.
ofkos.. still bottom line tapi bagi saya ianya peningkatan yang amat tinggi juga la (malah diakui oleh doktor).. yela, dari 9.8 ke 10.5 in 2weeks only! biasanya, nak naikkan 0.1 pon susah tau... & for me, it is great thing because my pregnancy is entering 8months! So, memang kena tingkatkan HB dengan cara drastik la....

Kesan sampingan?? Pastilah ada...
Semasa mengambil tablet ini, anda akan merasa sedikit kesan/perubahan yang berlaku. Antaranya :
a)      Kerap buang air besar – banyakkan minum air @ makan buah prune, betik, pisang untuk elakkan sembelit.
b)      Sedikit lebih bertenaga & sihat.
c)       Selera makan bertambah/berkurang– bergantung pada individu & usia kandungan
d)      Najis berwarna semakin kehitaman – Tanda HB semakin meningkat
e)      Baby bergerak lebih aktif – hehehee...baby saya je kot.... (^_^)

 

Jadi, cubalah amalkan cara saya memakan ubat ini... InsyaALLAH berkesan dengan izinNYA...
Selamat Mencuba!!!!
Semoga berjaya!!!!!

GAMBATTE NE!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

:: my heart is beating ::

flyers.... drop by here for a moment......