hit me!!

Friday, October 26, 2012

Kurang Dari 4 Bulan

Tengah dok melepak dengan colleague yang agak rapat dengan saya, dpat berita menyedihkan pulak.. Tengah dok sembang, dia bagitau yang dia dah bagi surat ‘benci’ a.k.a resignation letter kat boss. Hah??!! Sorang lagi member yang nak pergi selepas Ian melepaskan jawatannya (kurang dari 4 bulan setelah Ian letak jawatan). Dia adalah diantara sebab saya masih bertahan untuk bekerja disini. Apabila dia tiada kelak, bagaimana agaknya keadaan saya. Ya ALLAH, beri saya kekuatan untuk terus bersabar bekerja disini sementara menunggu ML ni.

Teruk sangat ke tekanan kerja kat sini? Asyik takde kerja je pon boleh beri tekanan ke?

Sudah pasti kerja yang terlalu banyak akan memberikan tekanan yang tinggi pada individu terbabit namun adakalanya bila takde kerja juga mampu memberikan tekanan pada kita juga. Kita akan rasa ‘buang masa’ kerana tidak belajar @ tiada pengalaman yang boleh diperolehi bila tiada kerja. Sampai 1 tahap, kita akan rasa bosan sebab tiada benda yang nak dibuat. Gaji tinggi tapi kerja ciput.. berkat ke duit gaji yang diperoleh itu??

Bekerja sendiri amatlah saya idamkan kerana hasil duit/gaji yang diperoleh itu nanti sudah pasti atas hasil titik peluh saya sendiri & insyaALLAH harap lebih berkat rezeki itu nanti berbanding makan gaji yang kebanyakannya saya hanyalah mencuri tulang. Tapi apa jenis pekerjaan sendiri yang saya boleh lakukan??
                 ~ berniaga
                ~ menjahit
                ~ memasak
Perkara yang biasa orang lakukan & ramai yang dah buat pon. Tapi berbakat ke saya? Belum cuba belum tahu kan?

Akan cuba dipraktikkan setelah selesai ML nanti..insyaALLAH..
#ML : Maternity Leave

No comments:

Post a Comment