hit me!!

Wednesday, March 6, 2013

Kazen sweet e-day..

Congratulation to my cousin on his engagement last Sunday (3 March 2013).. Shahril Shazwan Shaharuddin, sorry coz I’m not be there in your occasion. We just can planning anything but HE knows everything the best.

Selepas doa selamat, saya menghantar ayah saya pegi kenduri kawen di jalan kuchai lama. Kemudian, kembali semula ke ijok & menyusul ke Kuala Selangor untuk menyertai majlis pertunangan kazen saya namun takdir ALLAH mengatakan kami tidak sempat menyertai nya walaupon kami sudah berada di Kuala Selangor. Majlis sudah tamat. Tapi takpe la.. kami ke Kuala dengan tujuan lain juga iaitu untuk mencari puting botol anak2 kesayangan kami.. (^_^) namun sedikit rasa kecewa apabila tidak dapat menyertai majlis yang dirancang itu..

So, macamane saya tau ianya SWEEEEETT....? Jom layan gambar mereka..... (^_^)

 




# Adakah sesorang telah merancang? @ sememangnya takdir DIA?
# Aku redha dengan qada’ & qadar NYA.... Hanya DIA yang tau segalanya......


Tuesday, March 5, 2013

I love u aunty..

Aunty : Jadi ke perancangan tu?
Saya : InshaALLAH.. harap mendatangkan hasil.
Aunty : InshaALLAH.. yang penting, jangan putus berusaha..
Saya : Yes! Usaha, berdoa demi mencari rezeki untuk anak2, kemudian tawakal pada DIA.. inshaALLAH ada rezeki anak2..

# kita hanya mampu merencana namun hanya DIA yang tentukan.. DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita... (^_^)
# thanks aunty for your support!! I love u..

Welcome Fever

Assalamualaikum..
Gud morning... (^_^)

Gumbira semacam je kan.. Yela, sekarang kan musim demam. Saya pon tidaklah terkecuali.. baru je kena demam ni... yela, minggu lepas bermandikan hujan, minggu ni disirami panas terik pulak.. saya bukanlah Wonder Woman yang mana takkan sakit langsung.. tapi Alhamdulillah.. demam2 yang macam tu je. Masih larat untuk p keje yang jauh berbatu2 ni.. Cuma tak boleh merempit macam selalu la.. (^_^) Jadi, harus menunggang motor secara berdondang sayang, lalalalala ~~ (bak kata enHubby la..hehehee). sebab kepala separa biol, kang merempit, lain pulak ceritanya.huhuhu...

So, welcome to fever..
ya, selamat datang demam.. memang saat yang dinantikan. (^_^)

Kenapa?

Sebab saya kan separa BF Nini.. jadi waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk BF pada sikecik itu.. ya, waktu saya didatangi demam!

Sebab........
Menurut pakar yang bertauliah juga tidak bertauliah, waktu saya demam ini, antibodi saya akan berlipat kali ganda kualitinya dalam badan saya dalam usaha memerangi/memusnahkan virus demam ini. Jadi, susu yang terhasil juga akan lebih berkualiti, mempunyai antibodi yang lebih dari yang biasa.. ya, ini yang saya mahukan! Tapi jangan risau, walau ubat ape pon untuk demam (Paracetamol / PCM / Panadol), selsema (Piriton / Actified / Loratadine / Cetrizine / Zytex), batuk (Bromozine / Benadryl) yang saya makan, tidak akan memberi kesan pada baby kita.. baby kita pon takkan berjangkit penyakit itu melalui susu ibu tapi berjangkit sebab kita sentiasa berdekatan dengan dia, kita selalu gomol dia... ingat tu! Jadi, sila tinggi kan kekerapan menyusukan anak korang ketika korang demam k! (^_^)

# happy BF!!