hit me!!

Monday, December 3, 2012

Dah Tahap Kritikal Nih!!

*Scheduled entri...

Yeay, mulai arini, saya telah menikmati cuti bersalin. Tapi tak taula saya dah bersalin ke belom pada hari ini (3/12/2012).. Entri ini saya sediakan ketika saya masih diofis, mengemaskini segala data/tugasan saya untuk diberi/diambil alih orang lain semasa saya cuti bersalin kelak. Agak sayu melihat keadaan di ofis. Mana tidaknya, seorang engineer sahaja yang akan handle bahagian Air Handling Unit/Fan Coil Unit di department saya. Dialah seorang sahaja yang akan mengambil alih tugas semua orang! Sebab?? Ramai yang berhenti disaat saya hendak cuti bersalin ini..

Pada mulanya kami bertiga. Di tambah dengan 2 engineer baru, jadilah kami berlima. Ramai kan? Memang ofis agak meriah lah.. Kemudian episod happy bertukar sadis apabila salah seorang engineer baru berhenti kerja pada akhir awal Oktober aritu. Diikuti rakan saya yang mana lebih expert dari saya, meletak jawatan pada 16 November lalu. Tanpa disangka, seminggu kemudian, engineer yang baru join kami ini turut menyerahkan ‘surat cinta’ kepada Boss dimana akan mengakhiri kerjayanya disini pada 5 Disember nanti. Jadi, tinggallah 2 orang sahaja engineer di bahagian kami iaitu saya (yang akan cuti bersalin mulai 3 Disember 2012) dan colleague saya yang akan bertarung ‘mempersembahkan’ One Man Shows. Huhuhuuu..

Ya, terdapat bahagian lain iaitu bahagian Chiller dimana boleh back-up kami namun mereka sendiri pon ada banyak order & skop kerja Chiller adalah 2kali ganda kesibukannya berbanding AHU/FCU. Jadi, bagaimana mereka hendak membantu bahagian kami? Sabarlah wahai teman saya dalam menjalani tanggungjawab serta tugasan ‘One Man Shows’.. InsyaALLAH kamu boleh!!

# Bersedia lah dengan tugasan2 yang harus dilaksanakan & menyediakan telinga setebal yang mungkin dalam menerima kerja/cacian dari Big Boss ok!

# Saya percaya kamu mampu melakukannya & percaya berkemungkinan kamu cepat berputus asa / stress dalam menghadapi situasi itu kelak. Namun , bersabarlah.....

# Tiada pengambilan pekerja baru? Sudah di propose namun belum approved lagi oleh Big Boss.. Jadi, wahai Big Boss, jangan sesuka hati memaki orang bila melihat keadaan yang lengang-selengangnye kelak ok!

No comments:

Post a Comment