hit me!!

Friday, March 4, 2011

rider vs driver



"sayang, bulan depan bawa kereta ye.."
aku diam seribu bahasa..


mmmm.....
sebelum aku dinikahi lagi aku sudah fikir tentang ini..
namun setelah genap sebulan aku dinikahi, aku masih belom bersedia menukar status aku lagi...

status puan???hehehe..
*itu pon masih dalam keadaan menyesuaikan diri.. (^_^)

status RIDER ke DRIVER..

aku kan LADY RIDER a.k.a Minah Rempit.

ini bukan aku! (^_^)


suatu ketika dulu aku pernah mempersoalkan pada suamiku (kekasihku diwaktu itu),
"kenapa pulak bw keta lagi penat dr bw motor? bw keta kan duduk jer......."

setelah aku merasainye sendiri, kini aku sedikit memprotes sekiranya disuruh menaiki kereta..huhuhu..paling x boleh blah sbb nak harungi jammed.. ati memang panas apabila melihat kakimotor mencelah kereta kita dikala kesibukan jalan raya.huhu..aku rasa nak tekan2 jer pedal minyak tu, langgar jer keta depan..hahahaa..

so, mcmaner ea?



sesungguhnya aku masih belom bersedia untuk menghadapi jammed setiap hari...letih wooo......
aku berusaha untuk mencari keje yang lebih dekat namun masih belom membuahkan hasil lagi..

jadi, kesimpulannya.....................

"sayang, selagi belom ada isi kat perut ni, angah naik motor dulu yea..."
permintaan yang agak sukar baginya namun masih boleh dibincang.

"kalau boleh biasakan naik keta la..time management. set masa, xde la slalu dtg lewat kalau naik keta tu.."
"bulan ni xboleh la sayang, budget xcukup.."
"yela..tapi bulan depan bw keta tau...."
"ok.." aku dgn nada terpaksa.. (-_-)


*kawan aku siap hasut lagi....
"ko beli jer motorbike..."

mm....mcm ni boleh ker?????
huhuhuuu...





aktiviti seharian selepas berumah & bertangga

*eh, rumah aku xde tangga la...hahaha...

mmmmm....
bila agaknya aku nak aktif berblogging lagi ea??
wa...dahlama aku xberbicara meluahkan ntah apa jer dalam hati ku ini...banyak idea tp masa & keadaan x mengizinkan...

lappy kat ibu lagi..
nak minta tapi..........
aku pny lappy, aku yg bayar BB tp orang lain yg guna.mmm...
(sbb ibu tgh layan FB!)
dahla rumah pon xde tv..huhuhuhuuu..
(*nak minta juga lah!!-tekad hati)


tp masa pon terhad sebenarnya..
 sampai rumah jer maghrib, kena masak, basuh baju, kemas rumah..
al'lillah dapat suami ringan tulang.kadang2 dia tolong basuhkan baju (basuh tangan lagi)..

terima kasih cinta sayang.hehee..

pandai ker aku masak?
soklan cepu gangsa la...hahaa.

okla..dari sehari ke sehari kita mempraktikkan, insyaALLAH benda akan jadi semakin sempurna kan?
kalau x, smpai bila2 pon benda x menjadi.
"parang xkan tajam kalau tidak diasah".

ini diantara menu yang pernah aku masak..

nasi jagung
ayam masak asam pedas
gulai ikan
kerabu mangga
ayam goreng madu
mini pizza
ikan cencaru sumbat
ayam masak sos tiram
ayam masak kicap
ayam bakar mayonis
mushroom soup


sayur2 tu tumis jer......
agak malas, masak sup.hehehee..

jadi ker??
okla untuk first-timer dalam masa 2 minggu ni....hehehe..

gmbar masakan?? xde la...gmbar kawen aku pon xedit lagi apa lagi gmbr lain..huhuhuhuu..
insyaALLAH, ada kesempatan aku upload masakan2 aku ea..hehee..

so, rujukan aku??
kat sini la....


try la...byk resepi menarik yang ada..kalau korang ada resepi2 yang menarik untuk dikongsi bersama, bolehla korang post kat sini... apa yang menarik juga kat web ni sbb dia ada gmbr hidangan.so inspired me to do that recipe! really, korang tgk gmbr menarik, msti korang nak cuba juga kan???hehee..

korang klik kat senarai resepi.


 pastu akan keluar page yang ada senarai ni.jadi korang boleh la pilih yang mana 1 korang nak.



sebenarnya cuma minoriti resepi je yang xde gambar. kebanyakannya ada gambar malah terdapat laporan masakan bergambar kepada sesiapa yang telah mencuba resepi terbabit. tapi disebabkan line internet kat ofis aku ni yang x clear, gambar pon susah nak running..hhuhuu..


waktu2 petang mesti line mcm ni.. tiap 10 min mesti disconnect...
macam tau2 jer time aku untuk curi tulang.huhuu.. almaklumla, dah nak balik.. petang2 pulak tu..mesti rasa M nak buat keje..huhuhuu..

ok la, nak buat keje..
(*sambung post yang tergendala.sepatutnya publish semalam tp....line xclear kan...sambung la arini...)


Wednesday, March 2, 2011

SANCTUM - suspense movie....


"sayang, jom tgk movie....."
"ada crita best ker?"
"entahla...ala, jomla..dah lama x tengok movie.. :-( "
"yela2..."

YES!!!!!!!!! (^_^)

mmm.. I AM FOUR? 127 HOURS? SANCTUM?
mana 1 ea?

tgk SANCTUM la... base on what?
James Cameron ...

filem avatar cukup memberikan gambaran yang jelas tentang hasil kerja beliau.jadi, aku berani amik risiko untuk cerita SANCTUM ni... (^_^)

balik keje ari Sabtu aritu, bergegas aku merempit p The Curve untuk beli tiket.Itu yang best & dekat dengan rumah aku..Jusco Kepong hanya menyediakan SANCTUM 3D sahaja..

So, inila hasilnya..

Date : 26 Feb 2011
Location : Cathay, The Curve
Time : 10.15PM

Sinopsis:

Bermula pengembaraan dalam penerokaan sebuah gua yang giler besar la. Penerokaan ini dijalankan oleh seorang peneroka gua professional yg bernama Frank sambil ditemani anaknya, Josh, pembantu2 beliau diantaranya Crazy George, J.D, Liz, Judes, Luko dimana ia ditanggung sepenuhnya oleh Carl. Pengembaraan ini turut disertai oleh kekasih Carl, Victoria yg mempunyai pengalaman dalam pendakian bukit malah pernah menyertai sesi mendaki Everest.

Pengembaraan yang bermula dengan aksi menyedihkan apabila salah seorang pembantu Frank iaitu Judes mati akibat kebocoran pada tong oksigennya ketika menyelam menerokai gua itu. Tanpa disangka, ribut taufan melanda pantai dimana saluran yang terdapat dalam gua itu berhubung dengan kawasan pantai yang berhampiran. Keadaan bertambah parah apabila mereka putus hubungan dengan pihak kawalan diluar gua.

Mereka berusaha menyelamatkan diri apabila mengetahui tentang ribut yang melanda. Mereka cuba mengharungi derasan air yang melalui saluran didalam gua tersebut yang mana menjadi laluan keluar/masuk mereka. Sedang asyik Josh & Luko menahan batu dari menutupi laluan mereka, tetiba satu bah telah menolak batu dan momentum itu telah mengakibatkan Josh & Luko tercampak serta laluan keluar/msuk mereka tertutup serta-merta. Akibat dari momentum itu, Luko telah tecampak mengenai dinding gua beberapa kali menyebabkan tulang-tulang nya patah teruk. Apa keputusan Frank tentang Luko? Walaupon mendapat tentangan dari Josh, namun itulah keputusan yg terbaik untuk mereka disaat kecemasan itu.

Kewibawaan Frank sebagai ketua pasukan tercabar apabila mereka berenam tersangkut di dalam gua tersebut dan terpaksa mencari jalan keluar bagi menyelamatkan diri sebelum gua  itu ditenggelami air. Malah tugasnya semakin tercabar apabila terjadinya kematian seorang demi seorang dikalangan mereka.

Siapa yang terselamat akhirnya? Filem yang penuh debaran. Confirm xrugi korang p tengok terutama kepada individu yang suka pada filem2 yang mencemaskan. Agak kurang berfikir namun degupan jantung bergerak dengan pantas menanti setiap jalan cerita.

Rating aku 4/5..


jom layan diantara scene yg terdapat dalam filem ni.....

Frank & his son, Josh









jom layan thriller ni..............


selamat menonton...