hit me!!

Thursday, November 1, 2012

Mengelakkan selsema pada bayi

Assalamualaikum...

Happy Friday Thursday guys!!!

Waaa... macam tak sabar nak tunggu hujung minggu kan?? Hahahaa...
Arini saya nak share sket berkaitan tajuk diatas.. (skema giler lah!hahaha...)
Ini bukanlah petua tapi pemuda sebab saya kan muda lagi..hahahaa.. Ini diantara yang biasa saya amalkan untuk baby saya yang baru seminggu menjejaki usia setahun.. (baby lagi ker?? Hehehe..)

ini hingus sebab menangis, bukan sebab selsema..

Kegemaran anak saya ialah tido dalam keadaan yang sejuk (kipas tu kalau bukan sampai 4, memang susahlah nak tido!). Dah tu tak nak pakai selimut! Kalau kitorang pakaikan selimut, alamat bergolek-golekla dia nak buka selimut tu.. Kalau kipas tu kitorang pasang 3 jer, dia tetap bergolek sampaila ke lantai..

# Kami tido dibawah atas nasihat tukang urut anak kami, Wak Simbok..

Kalau bayi dah pandai merangkak, jangan tido atas katil lagi. Dah banyak dah wak urut bayi sebab bayi jatuh katil.Kalau setakat terseliuh takpe, tapi kalau patah kan dah susah.... 
Baiklah wakk..... (^_^)

Jadi, masalah yang akan timbul disini ialah keesokan paginya, pasti hidung anak saya akan melelehkan sesuatu berbentuk cecair iaitu HINGUS! (mm..leleh memangla untuk cecair, mana boleh untuk benda berketul....)..

Untuk itu, jalan penyelesaian saya adalah dengan meletakkan vicks pada ubun-ubun baby saya. Itu kalau dah tahap yang malas/ngantuk giler lah! Kalau rajin sket, saya akan letak vicks+urut pada tapak kaki, betis & belakang badan dia. InsyaALLAH esok pagi, takde la dengar hembusan hidung yang sumbang sebab ada ‘blocking’.. (^_^) kalau bangun tengah malam nak susukan baby, letaklah vicks sekali lagi pada ubun-ubun baby tu.. 


# Kalau baby dah selsema, jangan letak terlalu banyak sebab dikhuatiri akan meningkatkan suhu badan baby anda & boleh mengakibatkan demam. Jadi, letaklah sket tapi kerap sebab vicks ni cepat kering.


No comments:

Post a Comment