hit me!!

Friday, November 16, 2012

Tanda-awal bersalin

Assalamualaikum..

Rasanya ramai yang tau tanda-tanda akhir nak bersalin kan? Kira confirm dalam 1-3hari bersalin la..
Tanda-tanda akhir bersalin ::
 
     a) Tanda darah
     b) Pecah Ketuban
     c) Kontraksi
 
Tapi arini saya nak kongsi sedikit info tentang tanda-tanda awal bersalin.Kira mungkin dalam 2-3minggu lagi akan bersalin la (bergantung pada individu/keadaan). Hasil riki di blog lain sebab saya takde pengalaman tentang ini..Almaklumla, induce kan.. (^_^)

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. kadang2 terasa juga, macam sengal2 kat ari2.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing. sehari pasti lebih 5kali.
  • sakit perut, memulas. ada juga tapi tak sekerap mana.
  • kerap buang air besar. agakla kadang2 smp 2x sehari. biasanya 2-3hari sekali.
  • kerap terkentut. kadang2 jer...
Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu

Baru kelua dalam sehari dua ni. Tapi sikit je la..

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Agak terasa lah apa lagi kalau duduk lebih 2jam.
 
 
Sumber:

No comments:

Post a Comment