hit me!!

Wednesday, November 28, 2012

Nama Anak Nabil Ahmad - Naira Mi Kaila

Assalamualaikum....
Selamat pagi......

Sihat ke uollls??? Saya yang makin tak larat untuk membawa perut ini..huhuhuu.. So, apa gosip di pagi hari ini??? Cuma nak kongsi sket tentang nama anak Nabil Ahmad. 

Alhamdulillah isteri Nabil selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad yang lalu (kalau tak salah saya la..). Jadi, malam tadi berlangsungnya program bual bicara MELETOP yang mana dihoskan oleh Nabil & Neelofa. Oleh itu, untuk pertama kalinya Nabil mengumumkan nama anak beliau...

NAIRA MI KAILA

Best nama tu tapi ada maksud ke? huhuu.. Menurut Nabil, nama Naira itu merupakan gabungan nama beliau & isterinya NAbil + nazIRAh. Manakala nama Mi Kaila pula tercetus dari nama Mikhail. Sekiranya anak beliau lelaki, beliau akan letak nama Naira Mikhail & jika perempuan, terciptala nama Naira Mi Kaila..

Tentang maksud maksud disebalik nama itu, wallahu'alam... Semoga Naira menjadi insan yang berguna & solehah kelak.. amin..~~

# Kita meletakkan nama yang berbunyi ala2 arab pon belum tentu mempunyai atau menjadi maksud yang bagus... & nama2 yang bagus pon belom tentu menjadi insan seperti yang diharapkan/diimpikan agar sama dengan maksud nama terbabit. Yang pernting ialah didikan ibu bapaitu sendiri...

# Beliau... - penggunaan beliau dalam entri ini mengingatkan saya tentang salah satu lawak dalam Majalah Ujang yang menggunakan kata nama ketiga ini...


No comments:

Post a Comment