hit me!!

Friday, November 30, 2012

Save Gaza


Save Gaza.......................

Apa yang kita lakukan untuk ini? Apa respon kita tentang ini? Apa tindakan kita dalam memperjuangkan serta mempertahankan agama & saudara seagama kita? Ya, kita bukanlah mahir dalam peperangan mahupun mempunyai lebihan kemampuan dari segi kewangan namun kita masih ada cara kita sendiri untuk membantu mereka yang memerlukan.

Boikot? Ada yang memperlekehkan...
“Ala, boikot bermusim... Takde kempen, kayakan la balik Israel tu. Jana balik dana mereka..”

Ceramah? Juga ada yang memperlekehkan..
“Ala, buat ceramah sebab nak glemer jer.. Nak masuk TV, nak kutip undi...”

Derma? Tetap ada yang memperlekehkan...
“Ala, belom tentu diorang betol2 bagi kat orang Palestin.. Entah2 masuk poket sendiri......”

Astagfirullah al azim..... Inilah kata2 untuk orang yang mempunyai prinsip ‘Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih’... Biarlah mereka dengan cara & pendapat mereka. Yang penting, niat kita melakukannya...

Marilah kita contohi teladan ini ::
Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

Boikot – Mungkin kita tidak mampu memboikot keseluruhan barangan mereka namun dengan sedikit usaha memboikot barangan mereka, kita tetap mempunyai ikhtiar untuk membantu saudara seagama kita dengan ikhlasnya...

Ceramah / Sembahyang Sunat – Mungkin kita tidak dapat mengikuti program2 besar yang dianjurkan, namun usaha yang kita lakukan dirumah pon insyaALLAH dipandang tinggi oleh DIA..

Biarlah mereka dengan cara mereka & kita dengan cara kita. Tak perlu menjadi burung yang besar yang hanya tahu memperlekehkan sahaja tapi jadilah burung yang kecil yang mempunyai semangat tolong menolong yang tinggi.. Yang penting niat kita itu biarlah ikhlas... InsyaALLAH diredhaiNYA...

# Tiada gambar kekejaman dipaparkan untuk entri ini kerana saya tidak sanggup melihat anak2 kecil yang comel2 & tidak berdosa dianiaya oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan...........................

No comments:

Post a Comment