hit me!!

Friday, August 13, 2010

its nothing without you......


huhu....rintihan hati  buat sambungan dari post yang ini....

al'hamdulillah, ALLAH SWT permudahkan aku dalam proses mencari pekerjaan. bermula dari sebagai admin clerk, then dioffer sebagai service advisor utk service department..offer datang within 2 months.. however, i was refused it... y? sbb aku sayang BODY & PAINT..! dengan executive aku yang baik (wlupon orang kata dia kedekut ilmu tapi tidak dengan aku!! mungkin sbb aku comel kot.hahaa..), environment yang terkawal lagi la...mmg aku sayang keje aku.. 

he teach me everything he can. he try to give me everything information that he have. until now, he was THE BEST TEACHER EVER for me...dia ajar aku byk benda... dia la yang berjaya ubah tabiat Selfish aku...aku x nafikan yang aku xsuka dgn kongsep TEAMWORK... but he was changed me! dia mengajar aku tentang teamwork..dia la executive aku, Md Ridhwan Md Dali..korang boleh nmpk nama dia kat senarai estimator tu...aku mengagungkan dia ker? xla.....cuma adore dgn cara dia....sebab dia juga, skrang ni aku telah dinaikkan pangkat sebagai service advisor kat department Body & Paint, within 3 months.. al'lillah..aku bersyukur tp..................... benda tu xbermakna bagi aku bl dia tiada......................





tanggal 12 Ogos 2010,aku dapat berita yang dia letak jawatan.. immediately, im being shocked!!! & hurt...sbb aku dapat tau dr bos, bukan dari dia. once bila aku dengar berita tu, aku lemah walaupon aku sudah dapat mengagak berita ini sejak 2 hari yang lepas...aku terasa aku hilang tempat bergantung.....dan disebabkan perkara itu aku dinaikkan pangkat.. aku xnak dinaikkan pangkat klu dia xde. tiada erti kenaikan pangkat aku bila dia tiada....masih belum cukup lagi ilmu yang mau aku "curi" dari dia. & suddenly, my responsible just increase!! ya ALLAH...mampu ker aku menghadapinye...aku sedar bahawa ENGKAU xkan turunkan ujian @ dugaan itu kiranya aku xmampu nak hadapi tp aku perlukan masa ya ALLAH...& bantula aku menghadapi dugaan MU ini...

to Md Ridhwan Md Dali, thanks for teaching me everything..but for me, its mean nothing when u are not around..."kaki" saya patah sebelah...nasib baik kak suria sudi menjadi tongkat saya.......& i think u already know yang sy mmg nak cr keje lain especially goverment. tp disebabkan abg la, sy hold dulu niat sy...& now, i'll make sure kak su can handle everything sebelum sy cari keje lain....i mean it..! its nothing when u r not around... i am used to be with u! abg wan kan abang sy...saya xkisah wlu pon abg slalu cakap "ko kan laki..."..





2nd Explanation...

Penjelasan ke2...
hehee..
macam report la pulak..huhuuu..

aper benda ni?


 cuba korang tengok betol2..ada nama aku x? eh,tau ker? aizan farhana tu la...then,status? estimator....hehee..ni la keje pertama aku lepas aku grad.eh, blom grad lagi la...baru abis blaja je..grad november nanti.. [xsabarnyer aku..uhhuhhuuu..] actually aku hny mohon sebagai parts clerk jer...orang kata cuma nak cari keje, sambil cari pengalaman, sambil kumpul duit buat konvo & kawen..kawen?? bila plak tuh? TBA (to be announce k...).hahaaa..bunyi mcm dah dekat jer...^_^ korang layan jer la.....

so, pengalaman yang menarik bl jadi estimator ini.estimator utk aper? utk motor insurance claim..hehee..so, saper2 yang ada keta keluaran TOYOTA & tinggal di kawasan sungai buloh, boleh la korang dtg ke toyota tepi jalan tu.. tapi janganla jumpa aku..heheee..xde la, klu korang nak renew roadtax ker, repair keta ker, baru leh jumpa aku. opss!! bukan utk servis keta yea... hehee..

Department BODY & PAINT baru jer beroperasi dari bulan 3 aritu...so, keadaan mencabar sbb masing2 tengah masih nak suaikan keadaan kat sini, nak arrange keadaan kat situ.everything is new la...need to setup everything....so far ok la...cuma ada brita yang xbest sket..huhuhuhuuu...

nanti la aku cerita....so, to be continue k...huhuh....








Thursday, August 12, 2010

nota tentang ramalan..... percaya? bacala.....

Nukilan yang pertama setelah lama menghilangkan diri buat seketika...huhuhuu... aku yang cipta?? tidak sama sekali..  ^_^  aku temuinye dalam nota sahabat ku...terima kasih arfanorain kerana sudi berkongsi nota ini bersamaku dan aku ingin berkongsi nota ini bersama sahabat2 ku yang lain..




Dipetik drp page Ust. Hj. Abdul Samad









Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




percaya???  tepuk dada, tnyla selera..... 

klu aku, aku lebih gemar ikut kata hatiku..kata hatiku mengatakan lebih dari setengah ramalan ini bertepatan dgnku.. namun, kita hny merancang dan DIA lah yang menentukan...


#ramalan ini ada kaitan disaat aku menghilangkan diri.. ape dia??  tggu nukilan ku akan datang k....  ^_*





Tuesday, August 10, 2010

First Explanation...............

Penjelasan pertama....
waa...mcm aper jer bunyi nyer...


mesti korang pelik naper la aku nak cover2 gmbr diorg kan?
saja jer mau bikin surrperise... hehehee..
itu anak aku ker?comey x?
oppsss!! aku belom kawen lg la...


so.......???



aku dgn anak buah aku bersama pasangan mempelai iaitu paksu & maksu aku..  ^_^
congratulations for both of them!!
aku doakan agar kalian akan bahagia sehingga akhir hayat kalian...
amin.....



debaran menanti disaat akad dilafazkan....




bersama pengantin setelah selesai upacara pernikahan yang dilangsungkan di masjid terdekat..




disaat persandingan pada ahad, 6 june 2010..



sebahagian daripada keluarga pihak perempuan (keluargaku)...



juga bersama sebahagian daripada keluarga pihak perempuan...
(atukku, pakcik2 ku serta sepupu2 ku...)



dan ini??? sedikit drama yang sempat aku petik melalui kameraku..huhuuuu..


korang boleh tgk sendiri adegan ni dalam gambar diatas...hehehee..




anyway, congratulation again to my aunty!!
semoga tabah mengharungi liku2 di alam yang baru..(alam berkeluarga...heheee..)


#psst ::  congrates to my aunty sbb dah ada baby dlm perut dia...cepat?? advance kan??heheee.. jaga kandungan serta diri tu baik2 k...insyaALLAH segalanya akan berjalan dgn lancar....


Sunday, August 8, 2010

i'm back...................................................

assalamualaikum.....
hye guys!!!!!!!!!!!!!!!!
3bulan aku menyepi tnpa berita kan? huhuhuuu...lamanyer...
byk perkara2 yang berlaku dalam masa 3 bulan..

antaranya??



my birthday & .............................?? ^_*


Sapa pulak yang kawen?? 


 dan ini???


pening ker?? heheee...saja buat surprise....

korang sabar yea menanti post2 tentang cerita diatas....