hit me!!

Showing posts with label music. Show all posts
Showing posts with label music. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

Aizat Terukir Di Bintang AJL 27

Assalamualaikum...

Arini nak celoteh tentang AJL27..



AJL 27 dah basi? ala, baru 2 hari berlalu.. (^_^) Ternyata Aizat telah mengukir bintang di AJL 27 dengan gayanya yang tersendiri! Memang sempoi persembahan Aizat malam tu, menggantikan Yuna. Ala-ala Sean Ghazi gitu.. Ingat Sean Ghazi?



hehehe.. Sama kan? Dengan misainya, Aizat memang persis Sean Ghazi.. Dah tu genre yang Sean Ghazi bawa pon ala-ala genre Terukir Di Bintang (Balada Lembut)..

Anyway, congratulation Yunalis Zarai & Aizat! (dari saya - peminat medium-core Yuna)..hehehee..
Bukti, give me a ring. Pasti korang akan dengar Terukir Di Bintang as my caller ringtone since 2 months ago.. (^_^)








Enjoy this  song!!!

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Keputusan AJL 27::

1. Juara – Terukir Di Bintang (Yuna)
2. Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
3. Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
4. Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)



# Bukan celoteh pasal AJL tp pasal Terukir Di Bintang...hehehee..




Monday, October 8, 2012

aku suka dia

aku suka dia..............

terkenang saat-saat menggatal menggedik pertemuan 12 tahun lepas....


alhamdulillah... masih ada jodoh antara kami sehingga sekarang & berharap ianya berkekalan hingga akhir hayat kami... amin..~~

Lirik Lagu Aku Suka Dia – Ainan Tasneem

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

Saturday, January 29, 2011

penuh emosi seketika.....

* mood ::   soooooo jealous!!!!!!

aku tau aku bukan kesayangan....namun aku cuba menjadi yang terbaik pada tahap ku ini.walaupon aku terasa dianaktirikan, aku pasrah.aku tetap berusaha menjadi yang terbaik. teringat kembali suatu ketika dahulu fakta yang pernah kamu ungkapkan bahawa dia kesayangan mu. tatacaramu pon cukup untuk menjelaskan segalanya. cuma faktamu itu menguatkan lagi telahanku. aku tau aku mampu berdiri dengan sendiri.. alhamdulillah, aku mampu berdikari sejak aku di menengah lagi. mampu aku masih perlukan perhatian, aku masih perlu kan kasih sayang yang seimbang.. kami sama jantina, tahap emosi pasti tiada beza... namun kamu membezakan ia..

apabila dia melebihi aku, pasti kamu berbangga... tapi apabila aku melebihi dia, sedaya upaya kamu membantu dia.. aku?? terkontang kanting bersendirian. alhamdulillah..masih ada yang sudi memberi kasih walaupon dia adalah orang luar... alhamdulilah, orang luar itu yang sudi menantiku selama 8 tahun untuk menjadi dari sebahagian hidupku. terima kasih sayangku untuk segalanya..........

Ya ALLAH...tingkatkan kesabaranku ini dalam menempuh ujian yang kau berikan padaku.. amin..~~

lagu ini yang mampu menenangkan aku di kala ini....








Tuesday, January 4, 2011

cinta sempurna...


menjelang tanggal 4 feb 2011. genap sebulan sahaja lagi..bersediakah aku untuk melangkah ke suatu tahap baru.? satu kehidupan baru? hidup bersama si dia yang ku sayangi....
suatu ketika dahulu, YA, aku xsabar menhadapi situasi ini tapi akhir2 ini..aku takut.......
aku takut tidak dapat melaksanakan tanggungjawabku nanti. hanya kita yang mengenal diri kita. walau kita menafikan sekuat manapon, kita sendiri yang tahu siapa kita.

aku bukanla manusia sempurna dan ya, sememangnya tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni.kita cuba menjadi yang terbaik namun hanya DIA yang mengetahui segalanya. si dia cukup sempurna dimata aku namun aku...??


yang pasti perkara2 ini harus ku jalani dalam kehidupan baru ku nanti.

- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.

- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.

- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Ya ALLAH..hanya ENGKAU Maha Mengetahui...xmampu untuk ku melahirkan melalui kata2..

"sayang, jangan kamu menerima sahaja diriku ini seadanya tapi didiklah aku untuk menjadi yang terbaik untukmu sayang...aku tidak mahu menjdi yang terbaik untuk orang lain sahaja tapi yang paling terbaik dalam kehidupanmu serta keluarga ku..itu sahaja ku pohon"..



Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau RIdhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cobaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada-Mu,


Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sadar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbal 'AAlamiiin…….




# good luck for yuna.. lagu ini sentiasa menyedarkan aku bahawa aku masih belum menjadi yang terbaik untuk bakal suamiku & aku harap dapat menjadi yang terbaik untuk suamiku serta anak2 ku kelak...














Tuesday, December 14, 2010

LAGU FEVERET

ok...page baru yang akan sentiasa di update!!
insyaALLAH.....  (^_^)



korang mesti nampak logo atas ni kat page aku kan?? klik jer kat logo tu, pasti terus ke sini....
aku akan cuba update lagu2 baru untuk mempermudahkan korang mendownload lagu itu... kalau masa mengizinkan, aku akan cuba paparkan vid skali.. (^_^)





Yuna - Penakut
lirik & vid [ L.I.R.I.K ]



# klik pada lagu untuk mendownload...


taman astakona = pelamin ! betol ker?????

"angah, bunga telor kena tambah lagi.. kang xcukup nanti astakona tu."

astakona??
aku & adik aku pelik.

astakona tu aper bu??

itu bahasa jawa..bahasa melayu bunga telor yang hias kat pelamin tu. pelamin dalam bahasa jawa "Taman Astakona"... jelas ibu & nenek ku..

terbeliak mata aku & adikku..seketika kemudian, kami gelak sakan....
 mana xnya, teringat kat lagu bawah ni....huhu...




Taman Astakona - Slash

Umpama mimpi ku kecap kenangan
Taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyum mu
Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan

Kala gerimis menitis di hati
Kenangan lenyap tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi
Saat saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi

( bridge )

Dalam kelam engkau datang
Memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tangan mu ku terasa

( korus )

Namamu kuukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat tika melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam
Namun nan cahaya purnama menyuluh
Ukiran yang memanggil sejuta seri
Yang menghias taman ini
Penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia
Kesepian

Harumnya mawar menyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya

( ulang bridge dan korus )


# inila akibatnya tidak mendapat didikan awal tentang bahasa jawa di rumah...hilang taring anak jawa kalau macam ni...huhuhuhu...




Thursday, December 9, 2010

khas buat si curang

 buat si curang?? macam pelik pulak tajuk aku kali ni..lalaaa~~
xpe, korang hayati dulu bait2 ragkap lagu ini.

LAGU PILIHAN
PENAKUT


wa....macam pilihan bersama pulak..heheee..
dah lama aku x update lagu-lagu Yuna ni..
almaklumla, bertukar tempat keje baru ni baru aku berpeluang 'mengupdate' Ipod aku.huhuu..
byk lagu terbaru Yuna yang menarik seperti Decorate & Gadis Semasa. Namun aku berkenan dengan lagu yang 1 ni...
mengingatkan aku pada zaman kejahatan aku..jahat ker aku???
hanya aku & DIA jer yang tahu..  *_^

by the way, just hope u all will enjoy with this song...

PENAKUT
By YUNA


Tak semua kau rencana kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Oh ini tidak adil tidak adil bagiku
Oh ini tidak adil
Untuk kau bertanya jika
Ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap xpernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

Ulang Chorus
Bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu Kau bukan milikku
 Dan engkau pun tahu Kau bukan milikku

# amatla sesuai ditujukan kepada mereka2 yang curang.. dalami kembali lirik lagu ini..
eh, aku pernah curang ker??  OPPSSS!!!!!!! aku ker??


Thursday, November 11, 2010

mengabadikan isteri & anak dalam lagu

"SENYUM..............
xperlu kata apa2..."

Mesti korang pernah dengar lagu ni kan?
sama macam aku, dengar2 macam tu je...xpernah hayati lirik nye...
so, bila dengar lirik dia, macam best..

Malique mengabadikan isteri & anaknya dalam lagu ini..







Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali

Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

mama inca medina yang berdarah cina pakistan..

memang secantik mama.....  (^_^)



betul x apa yang aku kata?? pengabadian isteri & anak dalam lagu....best apa..lain orang, lain caranya...kreativiti masing2..kita sememangnya xmampu macam syah jehan, nak buat taj mahal. jadi, pengabadian macam ni pon cukup bererti sebab kita rasa diri dihargai..yang penting ikhlas... (^_^)

apa agaknya pengabadian yang bakal dibuat bakal suamiku nanti???
eh, perlu ker?? yang penting kami bahagia bersama sehingga ke akhir hayat pon cukup la... (^_^)

that is the main point!!  ;-) 



Tuesday, November 9, 2010

insyaALLAH

JOM KITA ENJOY.......



Hayati lagu ini....

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost

That your so alone

All you is see is night

And darkness all around


You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3


Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake

You feel you can’t repent

And that its way too late

Your’re so confused, wrong decisions you have made

Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side


Insha Allah x3


Insya Allah you’ll find your way


Insha Allah x3


Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away

Put your trust in Him

Raise your hands and pray


OOO Ya Allah


Guide my steps don’t let me go astray

You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Artist: Maher Zain

Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

Friday, June 11, 2010

Kekanda Adinda

Kekanda Adinda
By Atilia & Monoloque


Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya





Kalau Berpacaran


Kalau Berpacaran
By Ana Rafali, Suhaimi Mior Hassan & Altimet

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah

Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)