hit me!!

Showing posts with label an nur naura auni. Show all posts
Showing posts with label an nur naura auni. Show all posts

Thursday, December 6, 2018

Hari Kecemerlangan 2018

Alhamdulillah... 2018 tahun yang bermakna buat ummi. Alhamdulillah, anak-anak umi cemerlamg dalam pelajaran masing-masing. Walau tidak menduduki tempat 1-3 dalam kelas, namun keputusan mereka sangat memberangsangkan untuk ummi.. Syukur padamu ya ALLAH.
Pengorbanan ummi berhenti kerja sebagai Mechanical Engineer rasa terbayar. Mereka rapat dengan ummi. Bukan dari segi pelajaran sahaja, alhamdulillah ummi dapat didik mereka sendiri. Biarpon 24jam dengan ummi, selalu kena marah dengan ummi sebab ummi sangat garang! Namun mereka tetap peluk cium ummi.  Ummi nak kakak & adik menjadi insan hebat. Bukan dari segi akedemik sahaja tapi sahsiah juga. Walau terpaksa menjadi handbag ummi kemana ummi pergi, apa jua urusan ummi, mereka tetap sabar. Mereka tetap bersama ummi dalam menguruskan bisnes Sabun Jasmin7 & pewangi kereta Fleur & perabot terpakai Walid. Kita belajar susah bersama ye sayang.. Biar mereka melihat bagaimana ummi & walid susah mencari duit.
Alhamdulillah mereka insan yang hebat untuk ummi!! Terima kasih ya ALLAH.. Jadikan mereka insan yang hebat zahir & batin, cemerlang akedemik & sahsiah mereka juga sehingga mereka dewasa. inshaALLAH...

Tuesday, January 12, 2016

Tree Steak House

~Rumah Pokok Stik~

Dah lama tak makan steak. Buat kat rumah asyik tak jadi. Tak sedap, kurang lembut, garing, liat.. Haha. Tangan masak masih kaku lagi. (^_^)

Jadi, walid pon bersetuju untuk belanja kami semua makan kat Tree Steak House. Yeahhh!!! Alhamdulillah..

Pertama kali kami ke sana bersama ibu & Erin pada 2010 lepas umi konvo degree. Ketika tu umi & walid masih couple lagi. Kedai ni pon masih belum famous lg. Kedai ni famous pon sbb masuk JJCM. 

Perbezaan untuk tempoh 5tahun ni sangat drastik! Kedai dah semakin besar, parking semakin teratur, dekorasi semakin cantik malah servis pon bagus!

Contact number 
#boleh mesej je..


Umi cuba telefon untuk tempahan namun tidak berangkat. Jadi, umi cubala mesej sahaja. Alhamdulillah. Mesej dibalas & tempahan pon diterima. Senang kan? 


Mari kita posing sebelum melantak. Haha.. 


Jom usha makanan diorang...
Pinang Black Stallion
(Beef with black pepper & BBQ sauce)


Chicken Cordon Blue

Keju mencair bila ayam dibedah. Haha....
Chicken Cordon Blue amat sesuai untuk peminat tegar cheese hokey.. Cheese kat dalam dia sangatla melimpah ruah. Untuk umi yang bukan peminat tegar, agak rasa sedikit muak disitu. Ngee~


Mushroom soup untuk anak2.
Resepi sendiri, rasa yang boleh tahan sedap. 

French fries

#tiada dalam gambar : Mahogany Supreme with BBQ Sauce untuk kakak syifa & adik auni.

Harga ok lagi. Standard macam kedai lain. Rasa pon ok. Servis sangat ok!
Bila meja dah terhidang dengan makanan, ada yang bertanya (rasanya owner/partner) sama ada semua makanan yang kami pesan telah sampai atau tidak. 

Sangat2 berpuashati! 
InsyaALLAH kami akan kembali..

Akhir kata :: Terima kasih walid sebab belanja kami makan disini. Semoga ALLAH murahkan lagi rezeki walid.
Aamiin ~~

Friday, November 6, 2015

Kesayangan Umi ~ Panglima Kiri Kanan

Inilah Panglima Kiri Kanan Beta











Ya ALLAH.. Jadikanlah mereka hamba yang taat pada suruhan MU..

Aamiin..

~6.11.2015~

Wednesday, November 4, 2015

My sweet little girl!

Throwback gambar-gambar dalam memori, jumpa gambar ni.. Sweetnya....





Sweet x? Ape yang sweet? Apabila umi nampak yang tangan comel pegang pipi umi semata nak hold muka umi, nak cium umi. Tersentuh hati umi Sayang..
Bukan gambar lama pon. Br 2 minggu lepas. 


Umi
~4/11/2015~

Thursday, July 23, 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.
Salam aidilfitri 2015.
Mohon ampun zahir batin, dari hujung rambut hingga hujung kaki.