hit me!!

Showing posts with label familybonding. Show all posts
Showing posts with label familybonding. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

Tree Steak House

~Rumah Pokok Stik~

Dah lama tak makan steak. Buat kat rumah asyik tak jadi. Tak sedap, kurang lembut, garing, liat.. Haha. Tangan masak masih kaku lagi. (^_^)

Jadi, walid pon bersetuju untuk belanja kami semua makan kat Tree Steak House. Yeahhh!!! Alhamdulillah..

Pertama kali kami ke sana bersama ibu & Erin pada 2010 lepas umi konvo degree. Ketika tu umi & walid masih couple lagi. Kedai ni pon masih belum famous lg. Kedai ni famous pon sbb masuk JJCM. 

Perbezaan untuk tempoh 5tahun ni sangat drastik! Kedai dah semakin besar, parking semakin teratur, dekorasi semakin cantik malah servis pon bagus!

Contact number 
#boleh mesej je..


Umi cuba telefon untuk tempahan namun tidak berangkat. Jadi, umi cubala mesej sahaja. Alhamdulillah. Mesej dibalas & tempahan pon diterima. Senang kan? 


Mari kita posing sebelum melantak. Haha.. 


Jom usha makanan diorang...
Pinang Black Stallion
(Beef with black pepper & BBQ sauce)


Chicken Cordon Blue

Keju mencair bila ayam dibedah. Haha....
Chicken Cordon Blue amat sesuai untuk peminat tegar cheese hokey.. Cheese kat dalam dia sangatla melimpah ruah. Untuk umi yang bukan peminat tegar, agak rasa sedikit muak disitu. Ngee~


Mushroom soup untuk anak2.
Resepi sendiri, rasa yang boleh tahan sedap. 

French fries

#tiada dalam gambar : Mahogany Supreme with BBQ Sauce untuk kakak syifa & adik auni.

Harga ok lagi. Standard macam kedai lain. Rasa pon ok. Servis sangat ok!
Bila meja dah terhidang dengan makanan, ada yang bertanya (rasanya owner/partner) sama ada semua makanan yang kami pesan telah sampai atau tidak. 

Sangat2 berpuashati! 
InsyaALLAH kami akan kembali..

Akhir kata :: Terima kasih walid sebab belanja kami makan disini. Semoga ALLAH murahkan lagi rezeki walid.
Aamiin ~~

Monday, May 11, 2015

Selamat pengantin baru Kazen!!! ~part2

Majlis Resepsi Perempuan  :: 2-3 mei 2015

Kami orang jawa yang masih mengamalkan budaya rewang.  Jadinya untuk majlis 2hari 1malam adalah perkara biasa bagi kami.  (^_^)


 sebelah malam 
(sabtu mlm ahad
)





 
sebelah siang(ahad
)

Selamat pengantin baru Kazen!!! ~part 1

Selamat pengantin baru buat sepupu umi a.k.a paman syifa & auni, Izzat Azureen Bin Shaharuddin & pasangan Ekma Shafina. Binti Kamal.
Selamat menempuh kehidupan berkeluarga & bahagia berkekalan selamanya.  Aamiin.

Nikah:  2 Mei 2015
Resepsi perempuan : 2-3 Mei 2015
Resepsi lelaki:  9-10 Mei 2015

Lokasi: Ijok,  Kuala Selangor.


 
alhamdulillah. sekali lafaz je.
terbaikla alen!

(muka happy giler pas nikah).

#credit gambar 
: group whatsapp family jais 

to be continue....



 
wefie sebelum majlis.

Monday, April 27, 2015

Desa Water Park

Assalamualaikum...
~post-dated.. Hehehee..

Ini kali ke2 bawa anak2 Mandi Manda.. Kali pertama ketika join family day reunion kawan2 alid. Masa tu p PD, menyewa 2hari 1 malam. Kali ni balik hari je sebab dekat. So, sampai sana lebih kurang 10.30, tunggu anak2 dara opis.
Dalam kol 11pg baeru muncul. Planning kali ni bersama budak2 opis. saja suka2 bw budak2 main air..

Tiket after GST..

Dewasa : RM37
Budak2 >2.5 kaki : RM27

So, Auni je masuk free. Yang lain lid bayar.. (^_^) anak2 dara tu bayar sendiri la. hehehheee....
Kami pegi sana pada 11.04.2015 @sabtu.. Orang xramai, jadi syok main. Tapi permainan yang ada xberapa nak best. cepat bosan.. Kakak syifa memang suka main air, mmg main tak ingat dunia la. Berani pulak tu main gelongsor kat kawasan budak sorang2.. Panjat, gelongsor sorang2. Umi tggu kat bawah je., she was so excited! xmain dengan umi, p main dgn kawan2 umi, ain, wani & azwa..

Bebudak opis umi cakap, harga tiket sama dengan a'famosa tapi a'famosa lagi best & including lunch! Waaaa..  A'famosa is our next trip..

A'famosa, wait for us!!!


 
 
malam sebelum pon dah teruja!




o
ur moments..



#hp tersimpan dalam locker. sebab tu takde gambar main air.