ketika menjalani latihan untuk menjadi service advisor 5 bulan yang lepas, aku berdiri dan memusingkan badan aku. pusingan badan aku tidak selari dengan lutut dimana badan aku telah pusing terlebih dahulu diikuti lutut. disebabkan lutut ku yang 'tertinggal' ini menyebabkan lututku berbunyi "POP!!" dan sekelip mata aku rebah dilantai. aku dapat merasakan seperti tempurung lututku 'lari' memaksa aku untuk menolaknya kembali sebelum aku dapat meluruskan paha & betis aku dalam keadaan selari.dalam masa 10 minit, lututku terus bengkak & aku xdapat berjalan. setengah jam kemudian dapatla aku 'mengheret' kaki ku perlahan2. inilah akibat terlalu aktif suatu ketika dahulu.. jadi aku ingin berkongsi info sedikit tentang masalah yang aku hadapi... JOM!
info dari Changi General Hospital
Anda boleh mencederakan lutut anda daripada pergerakan memulas yang memaksa lutut bergerak lebih daripada kadar biasanya. Anda harus mengesyaki kecederaan yang ketara kepada sendi lutut anda jika anda mendengar atau merasa "pop"diikuti dengan:
- Bengkak
- Sakit
- Penggerakkan yang terhad
Umumnya ligamen krusiat yang koyak sepenuhnya tidak akan sembuh dengan sendirinya. Akibatnya, lutut menjadi tidak stabil dan akan berulangkali "terlepas" atau "terkeluar". Kadang-kala otot-otot peha anda boleh mengambilalih fungsi ligamen yang koyak selepas satu tempoh senaman menguatkan otot. Ligamen di luar sendi lutut misalnya ligamen medial dan kolateral boleh sembuh selepas tempoh rehat yang terlindung.
Ligamen adalah gabungan tisu yang sungguh kuat yang menyambungkan 2 tulang. Ini mencegah kedua-dua tulang tersebut daripada terpisah ke arah tertentu dan dengan demikian memberi kestabilan ke arah tersebut. 3 ligamen lutut yang paling cenderung mendapat kecederaan ialah ligamen krusiat anterior, krusiat posterior dan kolateral medial.
Ligamen kolateral mencegah lutut daripada terpisah dari bahagian tepi dan ligamen krusiat mencegah lutut daripada melongsor ke hadapan dan ke belakang. Meniscus adalah pad "berbentuk C" di lutut di antara tulang peha (femur) dan tulang kaki bawah (tibia). Ia bertindak sebagai penyerap kejutan dan membuat pergerakan lutut lebih licin. Meniscus boleh rosak dengan pergerakan memulas yang memaksa lutut bergerak daripada kadar biasa. Ini boleh berlaku semasa permainan seperti bolasepak, bola keranjang, ski, lari-lari anak, tenis dsb. atau akibat daripada perubahan degenaratif artritik. Oleh kerana meniscus mempunyai bekalan darah yang terhad ia tidak boleh menjalani proses pemulihan biasa apabila ia rosak. Apabila meniscus rosak, cebisan-cebisan yang koyak akan tersekat di dalam sendi. Apabila ini berlaku, lutut menjadi sakit, bengkak dan sukar untuk bergerak.
Doktor anda akan menilai betapa teruk dan jenis kecederaan lutut tersebut dengan menyoal anda bagaimana kecederaan tersebut berlaku dan gejala-gejala yang anda alami. Ini akan membantu untuk menentukan samada anda memerlukan fisioterapi atau prosedur artroskopik.
Antara kecederaan yang terjadi pada lutut ialah seperti tersenarai di bawah.
info dari : timeless-rt.blogspot
Artritis degeneratif
Pergerakan lutut yang kerap akan menyebabkan kerosakan progresif pada tulang, tendon, dan rawan lutut. Kemerosotan sendi boleh mengakibatkan permukaan tulang yang terletak bersebebelahan bergesel lalu menyebabkan sakit yang amat sangat. Dianggarkan satu daripada tiga pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik, menghadapi sakit osteoartritis lutut. Rawatan tanpa pembedahan yang paling berkesan untuk memulihkan penyakit osteoartritis ialah manipulasi kiropraktik di bahagian lutut, pinggul, dan tulang belakang, senaman menguatkan tulang dan otot dan mengambil makanan glukosamina sulfat.
Ligamen terseliuh
ligamen yang 'memegang' tulang/sendi. keadaan normal. |
1.Sedikit
2.Sederhana
3.Teruk – koyak terus atau pecah ligamen yang koyak sedikit dan koyak sederhana dapat dirawat dengan berkesan melalui kaedah konservatif ( gabungan rawatan kiropraktik dan fisioterapi ).
Bursitis dan tendenitis
Penggunaan lutut secara berlebihan melalui senaman memusing, menendang, atau membengkokkan kaki boleh menyebabkan bursa ( kantung berisi cecair yang berfungsi sebagai kusyen ) dan tendon lutut mengalami radang dan tendon lutut mengalami radang dan menyebabkan bursitis dan tendenitis. Rehat, senaman menggunakan otot dan tulang serta rawatan kiropraktik dapat memulihkan keradangan pada bursa dan tendon lutut dengan cepat.
Meniskus koyak
kecederaan pada meniskus ( bahagian yang berwarna merah - kesan koyakkan ) |
#seperti kes aku
Runners knee
Runners knee
Sakit yang berpunca dari bahagian pelvis lateral hingga lutut lateral ini merupakan sindrom penggunaan otot lutut yang keterlaluan di kalangan ahli sukan. Nama klinikal bagi masalah ini ialah Sindrom Jalur Iliotibial. Masalah ini dapat dirawat dengan berkesan melalui manipulasi kiropraktik dan senaman pemulihan yang khusus.
Bagaimana perkara ini boleh terjadi?
info dari : paramedik
Terdapat beberapa ligamen yang penting di dalam dan luar lutut seseorang yang diklasifikasikan kepada penstabil lutut statik dan penstabil lutut dinamik.
Ini termasuklah ligamen krusiat anterior/ depan (ACL), ligamen krusiat posterior (PCL), ligamen kolateral lateral (LCL), ligamen kolateral medial/tengah (MCL), kompleks lateral posterior (PLC) dan meniskus lateral dan medial yang mana semuanya dikategorikan sebagai penstabil lutut statik.
Penstabil lutut dinamik adalah otot-otot yang terdapat di sekeliling lutut yang turut berfungsi sebagai penstabil lutut.
Terdapat banyak struktur di dalam lutut boleh mengalami kecederaan dan kerosakan tetapi artikel kali ini akan ditumpukan kepada kecederaan pada ACL sahaja yang paling kerap dialami oleh mereka yang akrif bersukan.
Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar, ACL merupakan salah satu ligamen yang terdapat di dalam sendi lutut setiap individu.
Ligamen pula adalah tisu tegar yang berfungsi sebagai penstabil kepada sendi-sendi di dalam badan kita.
Persoalannya sekarang, dengan wujudnya banyak penstabil lutut, apakah kecederaan pada ACL seseorang itu perlu dirawati?
‘‘Ya, kerana fungsi ACL sebagai penstabil yang spesifik dan unik untuk mengekalkan kedudukan sendi lutut itu sendiri agar tidak longgar pada posisi-posisi tertentu.
‘‘ACL menstabilkan lutut untuk mendaki bukit atau menaiki tangga dan menjadi penstabil untuk putaran lutut dan juga aktiviti larian mahupun pemain bola sepak menukar arah larian ketika berlari (cutting).
‘‘Oleh itu bagi mereka yang mengalami kecederaan ACL pasti mengalami simptom-simptom di atas selain rasa sakit pada lutut tersebut,’’ ujar beliau.
Bagaimana kecederaan ACL boleh berlaku?
Menurut Dr. Khaizatul Ezam, kecederaan ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan pada lutut seseorang sewaktu aktiviti sukan, lazimnya secara non-contact.
‘‘Mekanismenya adalah – berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba- tiba. Ini dapat dilihat terutamanya pada sukan-sukan yang melibatkan larian dan putaran berlebihan pada lutut seperti dalam permainan bola sepak, futsal, ragbi, bola keranjang dan bola jaring atau digelecek dengan agak keras sewaktu bermain.
‘‘Mekanisme kecederaan ACL dalam sukan melibatkan lompatan pula – sewaktu mendarat, lutut berputar ke arah dalam dengan kaki tetap di atas gelanggang dan ini akan menegangkan ACL dan menyebabkan kecederaan, ia putus atau terkoyak,’’ katanya.
Akan tetapi terdapat juga pesakit-pesakit kecederaan ACL yang disebabkan oleh aktiviti sukan yang lain dan ada juga yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang melibatkan mekanisme kecederaan yang sama seperti kecederaan sewaktu bersukan.
Contoh lain yang lebih jelas adalah dalam sukan rabgi atau American football yang mana seseorang pemain digelecek pemain lawan dengan diasak lutut dari sebelah kiri atau kanan pemain tersebut.
Lelaki atau perempuan?
Kajian ada menunjukkan bahawa perempuan adalah lebih berisiko untuk mendapat kecederaan ACL berbanding lelaki atas sebab-sebab tertentu. Terdapat perbezaan bentuk anatomi tulang dan sendi wanita dan lelaki dan perbezaan juga dalam kekuatan ligamen dan otot, koordinasi dan kontraksi otot.
Perbezaan hormon juga dilihat sebagai salah satu sebab ligamen ACL seseorang atlet wanita lebih berisiko untuk tercedera. Oleh itu, teknik-teknik latihan yang rapi dan intensif dapat mengurangkan insiden kecederaan ACL ini.
Namun ini tidak bermakna atlet lelaki akan terlepas dari kecederaan ACL kerana jenis sukan bagi atlet lelaki juga lebih mendedahkan mereka kepada kecederaan di atas berbanding dengan jenis sukan atlet wanita.
Tanda-tanda kecederaan ACL
‘‘Tanda-tanda seseorang mengalami kecederaan ACL adalah selalunya akan kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi ‘pop’ dari lutut yang berkenaan. Seterusnya akan terasa kesakitan yang amat sangat dan lutut akan membengkak dengan agak mendadak.
‘‘Pemain selalunya akan tidak dapat meneruskan permainannya walaupun cuba memaksa dirinya untuk bermain semula pada waktu itu. Pada jangka masa tertentu, pesakit akan berasa kesakitan dan ia mungkin akan berkurangan dan bila digunakan semula kaki untuk berjalan atau berlari akan terasa lutut dalam keadaan longgar seolah-olah seperti akan tercabut,’’ jelasnya. Selain itu, akan kelihatan otot di kawasan atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut yang normal dan ini dianggarkan berlaku dalam tempoh seminggu selepas kecederaan.
Tambah Dr. Khaizatul Ezam, tanda-tanda yang memerlukan pembedahan segera adalah lutut terkunci yang mana lutut tidak dapat digerakkan sama ada untuk diluruskan atau dibengkokkan, terasa seolah-olah tersangkut.
Tanda-tanda lain termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya, kesakitan yang berkala dan ketidakselesaan pada lutut.
Apakah kecederaan lain boleh berlaku akibat kecederaan ACL?
Disebabkan terdapat struktur- struktur lain di dalam lutut seperti yang disebutkan di atas, organ-organ lain juga mungkin akan terjejas bergantung kepada kekuatan kecederaan yang dialami.
Dengan adanya kecederaan-kecederaan lain bersama-sama ACL, akan menentukan prognosis atau kecepatan pemulihan seseorang itu. Melalui pemeriksaan klinikal oleh pakar ortopedik, akan dapat ditentukan tahap kecederaan ACL dan kecederaan-kecederaan sampingan.
Selalunya kecederaan ACL berkait rapat dengan kecederaan meniskus iaitu pelapik yang terdapat di dalam sendi lutut dan dalam kes yang teruk melibatkan juga kecederaan ligamen-ligamen lain.
Cara mengelakkan kecederaan ACL sewaktu bersukan
Dr. Khaizatul Ezam memberitahu: ‘‘Secara asasnya mengelakkan diri daripada tercedera dalam aktiviti sukan melibatkan disiplin sebelum, semasa dan selepas permainan.
‘‘Keadaan otot yang kuat dan sesi meregangkan otot sebelum bermain adalah sangat penting bagi menjamin kekuatan otot sepanjang permainan. Sewaktu permainan pula, keadaan-keadaan menggelecek (tackle) yang keras haruslah dielakkan sama sekali kerana yang menggelecek dan yang digelecek juga bakal tercedera sama.
‘‘Latihan yang rapi juga adalah sangat penting, mempelajari teknik-teknik yang betul untuk melompat dan mendarat dapat mengelakkan dari kecederaan ligamen krusiat. Sesi cooling down juga adalah penting bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen mengalir ke otot-otot dan menyalirkan keluar asid-asid laktik yang terhasil sewaktu bermain.’’
Akan tetapi secara keseluruhannya terdapat juga insiden- insiden yang tidak dapat dielakkan atau tidak disengajakan dan ini akan mengundang kecederaan pada ACL.
BOLEHKAH ACL yang putus atau koyak sembuh sendiri?
ACL yang mengalami kecederaan tidak boleh sembuh dengan sendirinya atas sebab-sebab tersebut di bawah:
1) Bendalir sinovial di dalam lutut yang sentiasa mengalir di dalam lutut akan menyebabkan sel-sel penyembuh dialirkan keluar dari kawasan terputusnya ACL tersebut dan ini menghalang penyembuhan ACL
2) Keadaan ACL yang terkoyak atau terputus selalunya berada pada jarak yang jauh antara satu sama lain dan ini menyukarkan penyambungan semula jadi ligamen ACL tersebut
3) ACL yang putus/koyak akan berada di luar selaput sinoviumnya dan ini menyukarkan pemulihan secara semula jadi.
# aku telah berjumpa pakar namun baru sekali aku menghadirkan diri untuk fisioterapi. tempat kerja baru ini memaksa aku untuk tidak byk mengambil cuti menyebabkan aku menangguhkan beberapa kali sesi fisioterapi serta temujanji dengan doktor. lagipon bulan 2 nanti aku memerlukan cuti yang agak panjang. pasti lambat lagi la kaki aku akan sembuh.huhuhu..
# doktor pesan untuk 'kuarantinkan' kaki aku dari aktiviti berat seperti berlari, berjogging, melompat dan yang seumpamanya selama 6 bulan. jadi, apakah akau terpaksa memanjang tempoh kuarantin itu disebabkan aku tidakberkesempatan berjumpa doktor? pasti! sebab walaupon naik tangga, aku dapat rasa lutut aku sengal2..huhuhu..
# memaksa aku membenci untuk memandu kereta. (-_-)
Assalamualaikum... Sy ain.. Dari n.smbilan. mgu lpas... 27 nov 14, sy mngalami keadaan yg seakan2 sma ngan En, sewaktu sy mngambil wuduk. Selepas lutut sy 'dislocate'. Sy tidak dpt mnampung berat bdn dan trus trjatuh ke lantai. Sy juga msukkan lutut sy sndiri dlm keadaan yg amat skit. Tapi sy trus x dpt bgun dr lantai...
ReplyDeleteDr kata tulang lutut sy retak dan mngalami ligamen tear. Yg memungkinkn sy mnjlni Skop atau pmbedahan
Dah 5 hari kejadian tu brlaku . mampu ke sy pulih dan berjln spt biasa???
klu kes macam ni, biasanya memang kena refer ke hospital terus.. pihak hospital akan melakukan beberapa test @ MRI scan. possibility utk operation tinggi.. boleh pulih & berjalan seperti biasa after operation.. may search other alternative..
DeleteAssalammualaikum..
ReplyDeleteTerima kasih untuk info berguna ni...
Saya tak pernah experienced dengan ACL atau ligamen koyak. Cuma tahun lepas pernah berdepan dengan minor operation untuk meniscus tear. koyak juga berada di bahagian lutut yang menyebabkan susah nak melipat ketika solat dan even berjalan pun susah.
lepas operation pun, mc hampir sebulan lebih dan kena attend a few session of fisio.
semoga puan kuat dan tabah berdepan dengan sakit ini. paham macam mana perasaannya =)
anyway, saya saja blogwalking nak carik info pasal ACL or ligamen tear. dan terjumpa blog puan. terima kasih for sharing the info here. keep on writing anyway. =)
be cool and keep calm and smile always. take care!
-raidah-
www.blograidah.com
Salam, sy mengalami kecederaan yg sama pada tiga minggu yg lalu.. Kaki masih lg bengkak dan langsung tidak boleh berjalan.. Sy ingin bertanya selepas puan tercedera berapa lama kah tempoh puan boleh berjalan?
ReplyDeleteBergantung pada tahap kecederaan. kes saya adalah bengkak & koyak sedikit di ligemen lutut. 10 hari xboleh bergerak langsung. once bengkak dah surut, baru boleh gerak sket2. itupon doktor tak sarankan utk bergerak banyak dikuatiri koyakan ligemen tu semakin membesar.
DeleteAssalam..nak tnya, sy terkena hentakan kuat semasa bermain futsal.Lutut kanan sy amat sakit sampai lutut tidak boleh lipat ke belakang.. slepas 3 hari sudah boleh lipat n berjalan sperti biasa..tetapi masih terasa sakit..tidak lah sakit sgt, tp klau tendang bola rasa sakit... adakah lutut sy terkoyak? N agak2 smpai bila kena rest dr sukan lasak? Last soalan, perlukah jalani pembedahan ? Tlg jwb.. *risau 😔
ReplyDeleteLebih beik merujuk pada yang pakar. Mereka boleh melakukan beberapa ujian untuk mengenal pasti tahap kecederaan. Lantas memberitahu penyelesaian sama ada perlu untuk menjalani pembedahan mahupon sekadar fisioterapi sudah memadai.
DeleteAs salam.. Saya pun mengalami masalah yang sama.. Luntut bengkak sbb ligamen koyak tp dah refer pada doktor dn skrg kaki dah kena simen utk elak koyak tambah teruk tpi bengkak masih ada pada kaki.. Saya nak tanya, berapa lama bengkak pada kaki puan tu surut??
ReplyDeleteUntuk bengkak yang saya hadapi, mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk bengkak itu surut. Itu pon perlu kerap tuam bengkak & kurangkan pergerakan. Sudah pasti tak boleh urut, dikhuatiri ligamen koyak semakin parah. Kurangkan bergerak untuk merehatkan otot yang bekerja lebih keras bg menampung kekuatan tulang & kecederaan lutut itu.
Delete