hit me!!

Tuesday, January 4, 2011

cinta sempurna...


menjelang tanggal 4 feb 2011. genap sebulan sahaja lagi..bersediakah aku untuk melangkah ke suatu tahap baru.? satu kehidupan baru? hidup bersama si dia yang ku sayangi....
suatu ketika dahulu, YA, aku xsabar menhadapi situasi ini tapi akhir2 ini..aku takut.......
aku takut tidak dapat melaksanakan tanggungjawabku nanti. hanya kita yang mengenal diri kita. walau kita menafikan sekuat manapon, kita sendiri yang tahu siapa kita.

aku bukanla manusia sempurna dan ya, sememangnya tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni.kita cuba menjadi yang terbaik namun hanya DIA yang mengetahui segalanya. si dia cukup sempurna dimata aku namun aku...??


yang pasti perkara2 ini harus ku jalani dalam kehidupan baru ku nanti.

- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.

- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.

- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Ya ALLAH..hanya ENGKAU Maha Mengetahui...xmampu untuk ku melahirkan melalui kata2..

"sayang, jangan kamu menerima sahaja diriku ini seadanya tapi didiklah aku untuk menjadi yang terbaik untukmu sayang...aku tidak mahu menjdi yang terbaik untuk orang lain sahaja tapi yang paling terbaik dalam kehidupanmu serta keluarga ku..itu sahaja ku pohon"..



Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau RIdhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cobaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada-Mu,


Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sadar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbal 'AAlamiiin…….




# good luck for yuna.. lagu ini sentiasa menyedarkan aku bahawa aku masih belum menjadi yang terbaik untuk bakal suamiku & aku harap dapat menjadi yang terbaik untuk suamiku serta anak2 ku kelak...














No comments:

Post a Comment