hit me!!

Showing posts with label information. Show all posts
Showing posts with label information. Show all posts

Wednesday, April 22, 2015

Jasmin 7


Sabun Sabun...

Mari... Mari... Siapa mahu beli sabun? Roger nombor yang tertera.... (^_^)

Kita supplier untuk Sabun Jasmin 7 yang semakin popular sekarang ni.. Nak harga, sila whatsapp no. yang tertera..

Kelebihan::

1) Botol 10 Liter <RM30
2) Sangat Wangi
3) Sangat Pekat (Sila bancuh dengan air!)
4) Jimat
5) Banyak pilihan bau.. (1-5 adalah 5 wangian yang popular)

Nak pastikan original???

a) Warna penutup pasti sama dengan warna sabun.
b) Penutup berseal.
c) Botol ada cetakan Jasmin 7

Kos penghantaran?
~ RM50 - RM70 sahaja (Qty order 21-200 botol) sekitar LEMBAH KLANG sahaja!
~ <20 botol & luar Lembah Klang : bergantung pada jarak.

Berminat??  Roger 012.286.3805



Saturday, June 8, 2013

JOM SHOPPING kat BABY BABY BABY....

Hai hai hai...............
Assalamualaikum.....
ok, arini nak hapdet blog...
nak cerita pasal side income...
opkosla saya punya side income...

Jadi, pada blogger2 yg suka shopping online tu, jom la usha2 sini ea... byk baju2 BABY yg cun2....!
Hehehe.. Beli la untuk anak2, anak buah pon boleh jugak!! hahahaahaaa..

Jom shopping kat sini!  Xrugi!!!

Blog : http://babybabysale.blogspot.com/


Facebook : Baby Baby Baby
(jangan lupa LIKE!)

Senang je kan nak ingat?
Baru promote blog/page, dah ada offer. Itu Rules & Condition yang pertama..Best tak???? hehehee..

Kalau berminat @ ada inquiries, pm BABY BABY BABY, email @ babybabybaby.sale@gmail.com, Chat guna chatbox kat Blog & order guna ORDER FORM yg ada pada blog tu.

JOM SHOPPING!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, March 5, 2013

Welcome Fever

Assalamualaikum..
Gud morning... (^_^)

Gumbira semacam je kan.. Yela, sekarang kan musim demam. Saya pon tidaklah terkecuali.. baru je kena demam ni... yela, minggu lepas bermandikan hujan, minggu ni disirami panas terik pulak.. saya bukanlah Wonder Woman yang mana takkan sakit langsung.. tapi Alhamdulillah.. demam2 yang macam tu je. Masih larat untuk p keje yang jauh berbatu2 ni.. Cuma tak boleh merempit macam selalu la.. (^_^) Jadi, harus menunggang motor secara berdondang sayang, lalalalala ~~ (bak kata enHubby la..hehehee). sebab kepala separa biol, kang merempit, lain pulak ceritanya.huhuhu...

So, welcome to fever..
ya, selamat datang demam.. memang saat yang dinantikan. (^_^)

Kenapa?

Sebab saya kan separa BF Nini.. jadi waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk BF pada sikecik itu.. ya, waktu saya didatangi demam!

Sebab........
Menurut pakar yang bertauliah juga tidak bertauliah, waktu saya demam ini, antibodi saya akan berlipat kali ganda kualitinya dalam badan saya dalam usaha memerangi/memusnahkan virus demam ini. Jadi, susu yang terhasil juga akan lebih berkualiti, mempunyai antibodi yang lebih dari yang biasa.. ya, ini yang saya mahukan! Tapi jangan risau, walau ubat ape pon untuk demam (Paracetamol / PCM / Panadol), selsema (Piriton / Actified / Loratadine / Cetrizine / Zytex), batuk (Bromozine / Benadryl) yang saya makan, tidak akan memberi kesan pada baby kita.. baby kita pon takkan berjangkit penyakit itu melalui susu ibu tapi berjangkit sebab kita sentiasa berdekatan dengan dia, kita selalu gomol dia... ingat tu! Jadi, sila tinggi kan kekerapan menyusukan anak korang ketika korang demam k! (^_^)

# happy BF!!


Friday, February 22, 2013

Sharing is caring..

Arini saya nak kongsi step yang mudah untuk para wanita di luar sana mempertahankan diri ketika disamun, dirompak mahupun dirogol. Bagi wanita yang bertubuh kecil, jangan risau.. Tenang & fikir positif. Sebenarnya korang lagi mudah untuk mempertahankan diri sebab korang kecil & mudah untuk ‘sorok’..



Bagi wanita bertubuh kecil seperti saya [<150cm tinggi], korang boleh melompat untuk menanduk kepala. Atau korang juga boleh tunduk & tanduk perut atau dada (mana yang sampai) sekuatnya. Dia akan menunduk, kemudian korang sambung step 5 dan seterusnya..

Tempat kelemahan:
1) Kepala
2) Leher
3) Bawah ketiak
4) Kemaluan
5) Dada

Selamat mempraktikkan.. (^_^)

Saturday, February 16, 2013

Meteor Terjah Russia!!!!!!!


TERKINI : METEOR telah terhempas ke buni sebentar tadi. Ia menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.

Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.

Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.

Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.

Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.

Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.

Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.

Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.


TERKINI : METEOR telah terhempas ke buni sebentar tadi. Ia menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan ...tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.

Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.

Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian. Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.

Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.

Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang. Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain. Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.
 
 




Jom layan beberapa vidoe yang dirakam ketika & sesudah kejadian..



# diantara petanda kiamat semakin hampir.....

Alfalfa Punca Healing Crisis

Healing crisis @ Proses pemulihan terjadi pada saya bermula minggu ini.. Badan memang letih/lesu gila! Pukul 11malam mesti dah tak larat, mesti nak tido. Sedangkan sebelum ni, pukul 12 pon masih bertahan lagi.. Inilah akibat/kesan2 pengambilan ubat Shaklee..

Niat untuk penyusuan secara esklusif tidak kesampaian apabila Auni tidak pandai/ tidak dapat menerima susu yang dipanaskan. Adakala nak tapi kemudian pasti muntah kembali & pasti jumlah yang dimuntahkan itu berganda berbanding jumlah susu yang masuk dalam mulut Auni.. (-_-) Maka terpaksalah berikan dia susu formula dikala dia di rumah pengasuh.. Tapi ini tidak menghalang saya untuk cuba BF dia selama yang mungkin..[chayok!! Chayok!! (^_^)]

Oleh itu, saya cuba mengambil produk Shaklee dengan harapan agar dapat mengekalkan susu dibadan saya. Kemudian saya akan pam setiap pagi untuk bekalan susu segar buat Auni dirumah pengasuh (walaupon sekadar 1 ‘hidangan’ / sekali minum). Sebelum balik kerja, saya akan pam sekali untuk bekalan Auni menjelang maghrib dikala saya sedang solat & en Suami menjaga dia.. (^_^) Sepanjang malam, sudah pasti saya akan DFkan dia.. (^_^) Cuma apabila badan letih, saya akan pam sekali untuk standby agar enSuami boleh susukan dia sementara saya tidur seketika untuk rehatkan badan saya..

Rupa2nya, dengan pengambilan ubat Shaklee ni pon turut memberi kesan pada Auni. Ia dikatakan menghasilkan susu ibu yang berkualiti, pekat dimana ia cepat mengenyangkan baby. Mmm..patut pon Auni minum sket, pastu tido lama.. Tapi baru seminggu saya ambil ubat ni. Kita nantikan perkembangan Auni dalam masa sebulan ini ok.. (^_^) Adakah ubat ini betul2 memaintainkan kualiti susu ibu?



# Tips menghadapi healing crisis, perlu minum sekurang-kurangnya 3L air sehari.. larat ke saya kua masuk toilet?? Huhuhu..

# Saya juga mengamalkan meminum air halba sebagai minuman seharian untuk mengekalkan susu dalam badan.

# & berharap agar healing crisis ini berakhir dengan pantasnya...


Thursday, February 14, 2013

Sophea Natasha Bt Sheikh Muszaphar

Cute little girl belongs to Dr. Sheikh Muszaphar and Dr. Halina...
Congratulation to both of them on their new princess that came into this world on 19 January 2013..Still tiny but so cuteeee!!!!! (^_^) Pretty like her parents & sister, Bella!!






Tuesday, February 12, 2013

Pilihan 16 February 2013

Anuar Zain......
Konsert Ekspresi Harian Metro...
Anuar Zain....
Konsert Ekspresi Harian Metro...
Anuar Zain....
Konsert Ekspresi Harian Metro...

huhu..dilemanya lah.. semuanya pada 16 feb ni.....

Alah, layan Ustaz Azhar Idrus lah, lg best, lg enjoy!


Ustaz Azhar Idrus
16 February 2013
9 mlm
Masjid Kota Damansara

jom kita mengimarakkan majlis.....!!

#huhuhuu... macam saya boleh pegi dengan budak kecik2 ni...
* bestnya kalau dapat join...

Wednesday, February 6, 2013

Implanon – Keadah Perancang Keluarga Terkini

Assalamualaikum....
Korang pernah dengar implanon x? apa tu ea??
Implanon ialah salah satu kaedah perangcang keluarga yang terkini dimana pemakai hanya mempunyai 0.05% risiko untuk mengandung berbanding cara lain (walaupon ikat!). Implanon masih baru di Malaysia dan setakat ini ianya merupakan kaedah perangcan keluarga yang paling efektif & paling mahal! Mahal sebab modal awal yang besar. Kalau dikira2 semula, sama je kos kalau guna cara makan ubat atau amik injection. Kalau nak jimat, secara natural la... hehehe..

Jom kita kira-kira!

Pil : anggaran RM12/sebulan (paling murah)
                RM12 x 12bulan x 3tahun = RM432
Injection : anggaran RM30/3bulan (paling murah)
                RM30 x 4kali x 3tahun = RM360
Implanon : RM320 untuk 3 tahun.
                # tapi harga RM320 adalah harga yang ditawarkan oleh pihak LPPKN.
                # RM500 – RM700 adalah lingkungan harga yang ditawarkan oleh pihak swasta (hospital/klinik swasta).

Kelebihan implanon? Pasti jimat dari segi masa. Takdela korang nak ngadap pil tiap2 hari kan? Terkena miss makan, dah tu main, alamat la bertambah rezeki korang.. hehehe.. Sama macam injection, 2@3 bulan sekali nak p cucuk. Sebenarnya ok la sebab 2-3 bulan sekali je kan.. Tapi implanon sangatla ok sebab 3 tahun sekali je pasang benda tu! Eh, saya tak cerita macam mane bentuk tu kan?hehee.. Dah nama implanon, jadi dia adalah sejenis implan sama seperti implan yang lain dimana 1 alat akan ditanam/dimasukkan ke badan kita. Implanon ini akan dimasukkan ke lengan & betul2 bawah kulit kita jer sebab kita boleh nampak alat tu. Jangan risau!! Alat tu sebesar batang mancis jer....Hanya doktor yang bertauliah jer tau yang pasang alat tu. Bukan semua doktor boleh pasang. Jadi, jangan lah ngada2 beli alat tu pastu suh mana2 doktor masukkan..

 

Contoh pemasangan implanon..

Nak dijadikan cerita, semalam saya berkesempatan pergi ke Klinik Nur (seliaan LPPKN) cawangan Kepong. Untuk cawangan Kepong, hari pemasangan implanon hanya hari Rabu sahaja. Tapi, sebab saya datang semalam, tak dapatla buat implanon tu..huhuhu..

Untuk orang yang telah datang bulan (selepas bersalin), waktu pemasangan implanon adalah ketika waktu datang bulan. Tapi sekiranya korang mengambil injection [langkah awal sebelum memakai implanon (^_^)], korang boleh pasang implanon bila2 masa jer dalam tempoh masa injection tu.. maknenye tak perlula tunggu sampai datang bulan. Tapi dalam tempoh masa injection tu je tau. Kalau amik injection untuk 2 bulan, dalam masa 2 bulan tu korang boleh la p pasang implanon tu.. Kalau injection tu dah ‘expired’, korang tunggu datang bulan, baru boleh pasang alat tu.

Sekiranya korang baru lepas bersalin & belum bersama lagi, maka korang bolehla pasang implanon tu bila2 masa selepas 6minggu dari tarikh bersalin. Mudahkan? (^_^)

Apa kesannya? Haa... yang ini bergantung pada individu sebab setiap orang tidak mempunyai kadar hormon yang sama. Maknanya bergantung pada hormon korang. Kesannya tidak jauh beza dengan kesan amik injection. Ada yang datang bulan dengan kerap & banyak.. Dan ada juga langsung tak datang bulan. Tapi, ada doktor memberitahu saya bahawa kesan2 itu hanya untuk jangkamasa 3-6bulan disebabkan hormon badan kita tengah cuba untuk menserasikan keadaan dengan kehadiran ubat(implanon) tu. Jadi, ok la kan?? Masih ragu-ragu tentang implanon? Sila rujuk pada yang pakar.. (^_^)

# Tunggu masa yang sesuai untuk amik cuti pasang implanon.. (^_^)


Sunday, January 27, 2013

Rahsia Mengajar Anak

Assalamualaikum guys...

Arini nak kongsi rahsia sket.. Rahsia mendidik anak.. Jom kita sama2 cuba praktikkan...




#Maaflah kepada individu yang mana saya yang tiada pengalaman ini telah memarahi/memukul/menengking anak2 kalian..

Friday, January 25, 2013

Adik Bucuk Yang Berbau Syurga!

Assalamualaikum bloggers.....

Let me introducing my 'Adik Bucuk'................
Pada usia 37 hari,dengan berat terbaru adalah 4.3kg. Alhamdulillah... Semoga adik sentiasa sihat hendaknya.. aminn..~  (^_^)



persis kakak sewaktu kakak bayi...


'Saya suka bedung tapi umi yang tak nak bedungkan saya sebab cuaca panas.. Malam2, saya akan tidur berbedung tapi tak berbaju...'

hehehe..cuaca sekarangkan tak menentu.. kadang2 bahang.. nak dibedung adik bucuk ni, kesian panas, kang tak pasal2 demam pulak..kalau dia menjerit tak selesa tu. terpaksa buka bedung la.. tapi kalau dia tak boleh tidur, terpaksa buka baju, kemudian bedungkan dia..

'Tapi umi, saya x busuk tau! Saya berbau syurga...'


yela adik... itu cuma nama manje jer....adik bucuk & ini kakak bucuk.... 

kakak saaaaaayang adik!


Saturday, January 19, 2013

Gentleman as Beto Khushairy

Terpegun melihat setiap lakonannya.... hehehee.. biarpon tidaklah melihat setiap filem/telemovie yang dilakonnya.. faham ke?? Saya tidaklah melihat setiap lakonannya tapi saya terpegun setiap kali melihat/menonton cerita yang beliau bintangi seperti - Istanbul Aku Datang, Hanya Padamu (slot Zehra - TV3, setiap Jumaat, 9 malam).. he is so gentleman!!!


#sweeeettt..................

#cooooolllll..................

#romanticccc..................

#sempooiiiii.....................

#charrmmm.............

#all about him...........

He was cool, charm, cool, relax in each his scenes! he is so gentleman! Kenapa saya cakap begitu? Sebab, setiap lakonannya sempoi.. Walaupon bergaduh, tarik menarik tapi dia lakonkan dengan penuh tertib, karisma yang tersendiri. Tidaklah tergopoh gapah macam pelakon lain. Memang sweeeeettt!!!!!!!!!!!!


# SURPRISE!! Dia adalah orang yang pernah menjadi maskot ALONG.. ala, cerita masa saya bebudak dolu2 (lebih kurang 17 tahun yang lepas!), yang ada Siti Sifir tu............ sweet x??

 (^_^)




Saturday, January 12, 2013

Skuad Pasar Malam



Assalamualaikum......
sihat ker???? Harap2 sihat la hendaknya.. waaaa... macam tulis surat la plak...hahahahaaa.. Anyway, arini nak cerita sket tentang rancangan baru, Skuad Pasar Malam.. Saya ni peminat rancangan masakan.. Almaklum teringin nak cuba masak pelbagai makanan... tapi tak menjadi jugak..hahahaa. kurang kasih sayang kuttt.. heheheheee...

Anyway, rancangan baru ini yang dikendalikan oleh Chef Sufiz, sepupu kepada NasT. Rancangan yang agak slow pada pandangan sayala.. Kurang mesra & buat orang cepat bosan untuk menunggu setiap patah perkataan yang akan terbit dari mulut depa ni.. NasT ok sket la sbb dia kan pelakon. Mungkin Chef Sufiz ni masih baru, masih 'malu-malu'... be relax bro...Contohi NasT k.. Kalau x pon, contohi chef dari program masakan ni..........


Ini antara rancangan feve saya... Dengan Sherson Lian yang cukup2 sempoi!!, slumber baling timun sampai tergolek depan kamera, just be natural... Cara masak dia pon sempoi jugak! simple banget! just be himself & natural!

 Sesi mekap-mekap Sherson Lian...


Abg encem.. macam orang melayu..

Anyway, ini pada pendapat saya la.. Depends on individu.. Ada yang boleh layan Skuad Pasar Malam, & ada yang tak boleh layan cakap laju Sherson Lian... (^_^)

Korang tengoklah sendiri & nilaikan sendiri k....

Skuad Pasar Malam ::  Sabtu, 8.30 malam, TV9
5 Rencah 5 Rasa ::  Isnin, 11.30 pagi, TV3


# en hubby pon join skali tengok rancangan Shers...



Monday, December 3, 2012

Kontraksi Palsu

1/12/12 , 1.30pm :: 'Auchh... Sakitnye perut...... Mengeras je ni.. Bila berdiri lagi terasa.. Susahnya aku nak jalan...'

Ini ke tanda2 nak bersalin? Almaklumlah, masa bersalin kali pertama kena induce. Tanda tak keluar secara semulajadi, bby yang keluar dulu...

Aduh...Rasa sakit mengeras dikawasan bawah pusat, diikuti sakit pinggang.. Perut pon rasa memulas. Masih cuba bertahan. 'Serangan kali pertama.. Tunggu la serangan kali kedua & ketiga serta kekerapan serangan.. Lagipon aku cuma sarapan segenggam makaroni rebus. Untuk tengahari, perut masih belum terisi lagi. Biasa abah yang masakkan untuk tengahari..Tapi abah ada hal kecemasan, tak sempatla nak masak. Kenapa tak masak sendiri? Sebab bukan rumah sendiri. Kebetulan pulak ada yang tengah guna dapur dari pagi sampai petang, malas nak kacau. Kenapa tak keluar beli makanan? Sebab nak jaga si kecik Fafa tu.. En HB pulak pergi bekerja.. Tak larat lak nak drive sensorang bawa si kecil tu.. huhuhuu...

01/12/12, 5 pm ::  Serangan kedua berlaku.. Nak jalan pon perit.. Dengan si kecik yng sibuk kehulu ke hilir.. terpaksa mengejar si kecik itu sebab takut dia mengutip benda & terusssssss masuk ke mulut.. huhuhu.. dengan sabar menunggu walid Fafa pulang.. Emosi jadi tak stabil, abis semua budak dirumah tu kena marah..huhuhuuu...

01/12/12, 6 pm :: Walid pulang dengan membawa buah.. dapatla isi perut ni sket... alhamdulillah......

01/12/12, 8 pm :: Saya yang tidak mampu untuk menolong dari memasak & mengemas di rumah itu, mengambil keputusan untuk keluar cari makanan. Tidak sanggup untuk meminta walid tolong mengemas dirumah kerana walid pon penat bekerja seharian. Cukupla walid tolong saya menjaga Fafa.. 

Plan :: Andai kata berlaku lagi serangan walaupon selepas menikmati juadah, memang akan terus menghantar Fafa kerumah pengasuh sementara & saya akan terus ke hospital...

01/12/12, 9.30 pm :: Alhamdulillah.. tiada serangan, bby pon bergerak dengan baik walaupon sedikit lemah.. Ya ALLAH, kuatkan zuriatku ini. Maafkan umi sayang kerana mendera mu.... 

# Saya pernah menasihati rakan blogger saya tentang bahaya ibu hamil yang tidak makan, namun keadaan memaksa saya buat begitu..  [Peringatan Untuk Ibu Hamil 36 Minggu]

* Berjanji dengan diri ini bahawa tidak akan sesekali mengulangi perkara buruk ini lagi...

# Masih menanti akan tibanya saat bila bby ini mahu keluar tika jam 1.05pm , 03/12/12... 


Friday, November 30, 2012

Tabahkan Hatiku Sepertimana Engkau Tabahkan Hatinya


“Kenapa abi mereka buat macam tu? Tak patut..(&#@**-perkataan yg agak kasar xdapat sy paparkan) “
"Semuanya dengan izin Allah..insha Allah ada hikmahnya.."jawab sy

Adawiyah & Aisyah yg sedari tadi elok bermain dengan tangan mereka tiba2 menangis memberhentikan wanita tersebut daripada terus menyuarakan perasaan tak puas hatinya terhadap bapa si kecil..


Saya mengambil Aisyah lalu diletakkan diriba manakala menggendong Adawiyah,memujuk mereka. Bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku..bahkan sudah acap kali setiap kali si ayah dicemuh. Adakah mereka faham? wallahu a'lam..


Tapi menitis juga air mata setiap kali mengenangkan peristiwa pahit sewaktu Adawiyah dan Aisyah berada dalam kandungan. Si abi dengan lantang menyuruh kandungan tersebut digugurkan.. Bagai tercabut nyawa dari tubuh mendengar ayat tersebut. Sudahlah hampir setahun menunggu kelahiran si permata hati.. Tapi rupa2nya kedatangannya tak disukai sang abi..


Melihat kebesaran Allah dalam semua takdir ini..
Subhanallah..
Walaupun kedatanganmu xdisenangi abi pd permulaannya tapi si anak ini seolah2 membela abi mereka..
Subhanallah..
Hebat tarbiyah Allah dalam memberikanku lebih byk pengalaman dalam usia setahun jagung ini..

Teringat lagi ketika si anak menangis pd malam harinya.. Selepas puas memujuk dgn ayat Quran & zikrullah.. Tangan menggapai kain pelekat si abi lalu menyelimutkan mereka dgn kain tersebut sambil terus berzikir memujuk agar berhenti menangis..
Alhamdulilah..
Dgn kebesaran & kebenaran Allah..si anak berhenti menangis..

Tapi xpula si ayah datang menjenguk si anak.. Alasannya saya xmemberi izin.. Itu jugalah kata keluarga sebelah suami..
Allahu Allah..
Fitnah apakah ini? Bila pula sy xizinkan? Hnya sy xmahu berjumpa dengannya tp xpernah mnghalang & memutuskan perhubungn antara anak dan ayah..

Ini kisah si kembar kecil yg saat ini berumur 3 bulan 15 hari..bagaimana pula anak2 suami dari istri2 yg lain?

 Photo: "Kenapa abi mereka buat macam tu? Tak patut..(&#@**-perkataan yg agak kasar xdapat sy paparkan)

"Semuanya dengan izin Allah..insha Allah ada hikmahnya.."jawab sy

Adawiyah & Aisyah yg sedari tadi elok bermain dengan tangan mereka tiba2 menangis memberhentikan wanita tersebut daripada terus menyuarakan perasaan tak puas hatinya terhadap bapa si kecil..

Saya mengambil Aisyah lalu diletakkan diriba manakala menggendong Adawiyah..memujuk mereka. Bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku..bahkan sudah acap kali setiap kali si ayah dicemuh. Adakah mereka faham? wallahu a'lam..

Tapi menitis juga air mata setiap kali mengenangkan peristiwa pahit sewaktu Adawiyah dan Aisyah berada dalam kandungan. Si abi dengan lantang menyuruh kandungan tersebut digugurkan..bagai tercabut nyawa dari tubuh mendengar ayat tersebut. Sudahlah hampir setahun menunggu kelahiran si permata hati..tapi rupa2nya kedatangannya tak disukai sang abi..

melihat kebesaran Allah dalam semua takdir ini..subhanallah..walaupun kedatanganmu xdisenangi abi pd permulaannya tapi si anak ini seolah2 membela abi mereka..subhanallah..hebat tarbiyah Allah dalam memberikanku lebih byk pengalaman dalam usia setahun jagung ini..

teringat lagi ketika si anak menangis pd malam harinya..selepas puas memujuk dgn ayat Quran & zikrullah..tangan menggapai kain pelekat si abi lalu menyelimutkan mereka dgn kain tersebut sambil terus berzikir memujuk agar berhenti menangis..alhamdulilah..dgn kebesaran & kebenaran Allah..si anak berhenti menangis..

tapi xpula si ayah datang menjenguk si anak..alasannya saya xmemberi izin..itu jugalah kata keluarga sebelah suami..Allahu Allah..fitnah apakah ini? Bila pula sy xizinkan?..hnya sy xmahu berjumpa dengannya tp xpernah mnghalang & memutuskan perhubungn antara anak dan ayah..

ini kisah si kembar kecil yg saat ini berumur 3 bulan 15 hari..bagaimana pula anak2 suami dari istri2 yg lain?
 Sumber :: FB :: Nur Atika Mohd Haris  
Blog :: Rabiatul Adawiyah        

Tengah berjalan-jalan menjelajah blog, secara tidak sengaja terbaca mengenai ‘Ustaz Razis’. Paparan mengenai beliau pernah dikeluarkan di Metro Ahad. Waallahualam kerana saya amat jarang sekali membeli Metro Ahad. Jadi, berkemungkinan bahawa saya ketinggalan membaca berita tentang ‘Ustaz Razis’ ini. Amat ramai para blogger yang mencemuh si ‘ustaz’ ini. Saya yang tidak tahu asal usul cerita tidak mahu menemplak menambahkan keaiban orang lain. Biarlah mereka yang lebih mengetahui dan mengenali berbicara tentang ini.

Jadi apa yang ingin saya kongsikan bersama adalah antara status yang pernah disuarakan oleh salah seorang isteri ‘Ustaz Razis’ ini. Luahan beliau amat meruntun kalbu saya & mengajar saya tentang ketabahan menghadapi liku hidup ini. Ia juga mengajar saya kesyukuran tentang kebahagiaan yang sedang saya kecapi ini yang mana selalu saya perlekehkan dengan pelbagai cara... Astagfirullah al-azim...

* Syukur alhamdulillah 'Ustaz' ini telah ditahan. Laporan : Harian Metro 27 November 2012

# Cuba untuk belajar mensyukuri dengan nikmat yang sedang/telah diberikanNYA... amin...


Thursday, November 29, 2012

Makan Telur Penyu Tu Tak Boleh..............


“Hah? Tak boleh makan telur penyu??” Abah bertanya.
“Tak boleh makan telur penyu kalau takde duit,” jawab Erin.

Tergelak abah bile dengar jawapan Erin. Inilah penangan Ustaz Azhar Idrus. Almaklumlah, ustaz ini femes dikalangan FB & blogger sedangkan abah manalah tau pasal internet2 ni..  Ini pon sebab abah dengar iklan kat Astro tentang ceramah beliau sempena Maal Hijrah yang lepas. Ustaz yang sempoi & terbaeklah!!

# Berminat untuk mencari CD2 ceramah UAI ini tapi tak tau kat mana boleh dapat. Any idea guys??