hit me!!

Saturday, February 16, 2013

Alfalfa Punca Healing Crisis

Healing crisis @ Proses pemulihan terjadi pada saya bermula minggu ini.. Badan memang letih/lesu gila! Pukul 11malam mesti dah tak larat, mesti nak tido. Sedangkan sebelum ni, pukul 12 pon masih bertahan lagi.. Inilah akibat/kesan2 pengambilan ubat Shaklee..

Niat untuk penyusuan secara esklusif tidak kesampaian apabila Auni tidak pandai/ tidak dapat menerima susu yang dipanaskan. Adakala nak tapi kemudian pasti muntah kembali & pasti jumlah yang dimuntahkan itu berganda berbanding jumlah susu yang masuk dalam mulut Auni.. (-_-) Maka terpaksalah berikan dia susu formula dikala dia di rumah pengasuh.. Tapi ini tidak menghalang saya untuk cuba BF dia selama yang mungkin..[chayok!! Chayok!! (^_^)]

Oleh itu, saya cuba mengambil produk Shaklee dengan harapan agar dapat mengekalkan susu dibadan saya. Kemudian saya akan pam setiap pagi untuk bekalan susu segar buat Auni dirumah pengasuh (walaupon sekadar 1 ‘hidangan’ / sekali minum). Sebelum balik kerja, saya akan pam sekali untuk bekalan Auni menjelang maghrib dikala saya sedang solat & en Suami menjaga dia.. (^_^) Sepanjang malam, sudah pasti saya akan DFkan dia.. (^_^) Cuma apabila badan letih, saya akan pam sekali untuk standby agar enSuami boleh susukan dia sementara saya tidur seketika untuk rehatkan badan saya..

Rupa2nya, dengan pengambilan ubat Shaklee ni pon turut memberi kesan pada Auni. Ia dikatakan menghasilkan susu ibu yang berkualiti, pekat dimana ia cepat mengenyangkan baby. Mmm..patut pon Auni minum sket, pastu tido lama.. Tapi baru seminggu saya ambil ubat ni. Kita nantikan perkembangan Auni dalam masa sebulan ini ok.. (^_^) Adakah ubat ini betul2 memaintainkan kualiti susu ibu?



# Tips menghadapi healing crisis, perlu minum sekurang-kurangnya 3L air sehari.. larat ke saya kua masuk toilet?? Huhuhu..

# Saya juga mengamalkan meminum air halba sebagai minuman seharian untuk mengekalkan susu dalam badan.

# & berharap agar healing crisis ini berakhir dengan pantasnya...


No comments:

Post a Comment