hit me!!

Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Welcome Fever

Assalamualaikum..
Gud morning... (^_^)

Gumbira semacam je kan.. Yela, sekarang kan musim demam. Saya pon tidaklah terkecuali.. baru je kena demam ni... yela, minggu lepas bermandikan hujan, minggu ni disirami panas terik pulak.. saya bukanlah Wonder Woman yang mana takkan sakit langsung.. tapi Alhamdulillah.. demam2 yang macam tu je. Masih larat untuk p keje yang jauh berbatu2 ni.. Cuma tak boleh merempit macam selalu la.. (^_^) Jadi, harus menunggang motor secara berdondang sayang, lalalalala ~~ (bak kata enHubby la..hehehee). sebab kepala separa biol, kang merempit, lain pulak ceritanya.huhuhu...

So, welcome to fever..
ya, selamat datang demam.. memang saat yang dinantikan. (^_^)

Kenapa?

Sebab saya kan separa BF Nini.. jadi waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk BF pada sikecik itu.. ya, waktu saya didatangi demam!

Sebab........
Menurut pakar yang bertauliah juga tidak bertauliah, waktu saya demam ini, antibodi saya akan berlipat kali ganda kualitinya dalam badan saya dalam usaha memerangi/memusnahkan virus demam ini. Jadi, susu yang terhasil juga akan lebih berkualiti, mempunyai antibodi yang lebih dari yang biasa.. ya, ini yang saya mahukan! Tapi jangan risau, walau ubat ape pon untuk demam (Paracetamol / PCM / Panadol), selsema (Piriton / Actified / Loratadine / Cetrizine / Zytex), batuk (Bromozine / Benadryl) yang saya makan, tidak akan memberi kesan pada baby kita.. baby kita pon takkan berjangkit penyakit itu melalui susu ibu tapi berjangkit sebab kita sentiasa berdekatan dengan dia, kita selalu gomol dia... ingat tu! Jadi, sila tinggi kan kekerapan menyusukan anak korang ketika korang demam k! (^_^)

# happy BF!!


Monday, February 18, 2013

Cerita di pagi senin.... [2]

Alhamdulillah....
CS masuk arini.. cuti utk esok pon dah approved!! Hehehe.. ½hari je pon.. nak bw adik Nini p cucuk 2 bulan.. (^_^)  Berapala agaknya berat dia.. yg pasti 5kg ++ sebab umi dah xlarat nak dodoi adik tiap malam.. huhuhu...

pipi layut2.. - bak kata atok jamil. (^_^)


Rompers 0-6m pon dah ketat..huhuhu.. xpela, yang penting adik sihat! (^_^)


# kalau malam ni adik buat konsert lagi, pasti sebab adik cari buaian.. & pasti minta walid yg dodoikan adik pulak ea... umi tak larat..huhuhu...

Saturday, February 16, 2013

Alfalfa Punca Healing Crisis

Healing crisis @ Proses pemulihan terjadi pada saya bermula minggu ini.. Badan memang letih/lesu gila! Pukul 11malam mesti dah tak larat, mesti nak tido. Sedangkan sebelum ni, pukul 12 pon masih bertahan lagi.. Inilah akibat/kesan2 pengambilan ubat Shaklee..

Niat untuk penyusuan secara esklusif tidak kesampaian apabila Auni tidak pandai/ tidak dapat menerima susu yang dipanaskan. Adakala nak tapi kemudian pasti muntah kembali & pasti jumlah yang dimuntahkan itu berganda berbanding jumlah susu yang masuk dalam mulut Auni.. (-_-) Maka terpaksalah berikan dia susu formula dikala dia di rumah pengasuh.. Tapi ini tidak menghalang saya untuk cuba BF dia selama yang mungkin..[chayok!! Chayok!! (^_^)]

Oleh itu, saya cuba mengambil produk Shaklee dengan harapan agar dapat mengekalkan susu dibadan saya. Kemudian saya akan pam setiap pagi untuk bekalan susu segar buat Auni dirumah pengasuh (walaupon sekadar 1 ‘hidangan’ / sekali minum). Sebelum balik kerja, saya akan pam sekali untuk bekalan Auni menjelang maghrib dikala saya sedang solat & en Suami menjaga dia.. (^_^) Sepanjang malam, sudah pasti saya akan DFkan dia.. (^_^) Cuma apabila badan letih, saya akan pam sekali untuk standby agar enSuami boleh susukan dia sementara saya tidur seketika untuk rehatkan badan saya..

Rupa2nya, dengan pengambilan ubat Shaklee ni pon turut memberi kesan pada Auni. Ia dikatakan menghasilkan susu ibu yang berkualiti, pekat dimana ia cepat mengenyangkan baby. Mmm..patut pon Auni minum sket, pastu tido lama.. Tapi baru seminggu saya ambil ubat ni. Kita nantikan perkembangan Auni dalam masa sebulan ini ok.. (^_^) Adakah ubat ini betul2 memaintainkan kualiti susu ibu?



# Tips menghadapi healing crisis, perlu minum sekurang-kurangnya 3L air sehari.. larat ke saya kua masuk toilet?? Huhuhu..

# Saya juga mengamalkan meminum air halba sebagai minuman seharian untuk mengekalkan susu dalam badan.

# & berharap agar healing crisis ini berakhir dengan pantasnya...


Wednesday, February 6, 2013

Implanon – Keadah Perancang Keluarga Terkini

Assalamualaikum....
Korang pernah dengar implanon x? apa tu ea??
Implanon ialah salah satu kaedah perangcang keluarga yang terkini dimana pemakai hanya mempunyai 0.05% risiko untuk mengandung berbanding cara lain (walaupon ikat!). Implanon masih baru di Malaysia dan setakat ini ianya merupakan kaedah perangcan keluarga yang paling efektif & paling mahal! Mahal sebab modal awal yang besar. Kalau dikira2 semula, sama je kos kalau guna cara makan ubat atau amik injection. Kalau nak jimat, secara natural la... hehehe..

Jom kita kira-kira!

Pil : anggaran RM12/sebulan (paling murah)
                RM12 x 12bulan x 3tahun = RM432
Injection : anggaran RM30/3bulan (paling murah)
                RM30 x 4kali x 3tahun = RM360
Implanon : RM320 untuk 3 tahun.
                # tapi harga RM320 adalah harga yang ditawarkan oleh pihak LPPKN.
                # RM500 – RM700 adalah lingkungan harga yang ditawarkan oleh pihak swasta (hospital/klinik swasta).

Kelebihan implanon? Pasti jimat dari segi masa. Takdela korang nak ngadap pil tiap2 hari kan? Terkena miss makan, dah tu main, alamat la bertambah rezeki korang.. hehehe.. Sama macam injection, 2@3 bulan sekali nak p cucuk. Sebenarnya ok la sebab 2-3 bulan sekali je kan.. Tapi implanon sangatla ok sebab 3 tahun sekali je pasang benda tu! Eh, saya tak cerita macam mane bentuk tu kan?hehee.. Dah nama implanon, jadi dia adalah sejenis implan sama seperti implan yang lain dimana 1 alat akan ditanam/dimasukkan ke badan kita. Implanon ini akan dimasukkan ke lengan & betul2 bawah kulit kita jer sebab kita boleh nampak alat tu. Jangan risau!! Alat tu sebesar batang mancis jer....Hanya doktor yang bertauliah jer tau yang pasang alat tu. Bukan semua doktor boleh pasang. Jadi, jangan lah ngada2 beli alat tu pastu suh mana2 doktor masukkan..

 

Contoh pemasangan implanon..

Nak dijadikan cerita, semalam saya berkesempatan pergi ke Klinik Nur (seliaan LPPKN) cawangan Kepong. Untuk cawangan Kepong, hari pemasangan implanon hanya hari Rabu sahaja. Tapi, sebab saya datang semalam, tak dapatla buat implanon tu..huhuhu..

Untuk orang yang telah datang bulan (selepas bersalin), waktu pemasangan implanon adalah ketika waktu datang bulan. Tapi sekiranya korang mengambil injection [langkah awal sebelum memakai implanon (^_^)], korang boleh pasang implanon bila2 masa jer dalam tempoh masa injection tu.. maknenye tak perlula tunggu sampai datang bulan. Tapi dalam tempoh masa injection tu je tau. Kalau amik injection untuk 2 bulan, dalam masa 2 bulan tu korang boleh la p pasang implanon tu.. Kalau injection tu dah ‘expired’, korang tunggu datang bulan, baru boleh pasang alat tu.

Sekiranya korang baru lepas bersalin & belum bersama lagi, maka korang bolehla pasang implanon tu bila2 masa selepas 6minggu dari tarikh bersalin. Mudahkan? (^_^)

Apa kesannya? Haa... yang ini bergantung pada individu sebab setiap orang tidak mempunyai kadar hormon yang sama. Maknanya bergantung pada hormon korang. Kesannya tidak jauh beza dengan kesan amik injection. Ada yang datang bulan dengan kerap & banyak.. Dan ada juga langsung tak datang bulan. Tapi, ada doktor memberitahu saya bahawa kesan2 itu hanya untuk jangkamasa 3-6bulan disebabkan hormon badan kita tengah cuba untuk menserasikan keadaan dengan kehadiran ubat(implanon) tu. Jadi, ok la kan?? Masih ragu-ragu tentang implanon? Sila rujuk pada yang pakar.. (^_^)

# Tunggu masa yang sesuai untuk amik cuti pasang implanon.. (^_^)


Monday, December 3, 2012

Kontraksi Palsu

1/12/12 , 1.30pm :: 'Auchh... Sakitnye perut...... Mengeras je ni.. Bila berdiri lagi terasa.. Susahnya aku nak jalan...'

Ini ke tanda2 nak bersalin? Almaklumlah, masa bersalin kali pertama kena induce. Tanda tak keluar secara semulajadi, bby yang keluar dulu...

Aduh...Rasa sakit mengeras dikawasan bawah pusat, diikuti sakit pinggang.. Perut pon rasa memulas. Masih cuba bertahan. 'Serangan kali pertama.. Tunggu la serangan kali kedua & ketiga serta kekerapan serangan.. Lagipon aku cuma sarapan segenggam makaroni rebus. Untuk tengahari, perut masih belum terisi lagi. Biasa abah yang masakkan untuk tengahari..Tapi abah ada hal kecemasan, tak sempatla nak masak. Kenapa tak masak sendiri? Sebab bukan rumah sendiri. Kebetulan pulak ada yang tengah guna dapur dari pagi sampai petang, malas nak kacau. Kenapa tak keluar beli makanan? Sebab nak jaga si kecik Fafa tu.. En HB pulak pergi bekerja.. Tak larat lak nak drive sensorang bawa si kecil tu.. huhuhuu...

01/12/12, 5 pm ::  Serangan kedua berlaku.. Nak jalan pon perit.. Dengan si kecik yng sibuk kehulu ke hilir.. terpaksa mengejar si kecik itu sebab takut dia mengutip benda & terusssssss masuk ke mulut.. huhuhu.. dengan sabar menunggu walid Fafa pulang.. Emosi jadi tak stabil, abis semua budak dirumah tu kena marah..huhuhuuu...

01/12/12, 6 pm :: Walid pulang dengan membawa buah.. dapatla isi perut ni sket... alhamdulillah......

01/12/12, 8 pm :: Saya yang tidak mampu untuk menolong dari memasak & mengemas di rumah itu, mengambil keputusan untuk keluar cari makanan. Tidak sanggup untuk meminta walid tolong mengemas dirumah kerana walid pon penat bekerja seharian. Cukupla walid tolong saya menjaga Fafa.. 

Plan :: Andai kata berlaku lagi serangan walaupon selepas menikmati juadah, memang akan terus menghantar Fafa kerumah pengasuh sementara & saya akan terus ke hospital...

01/12/12, 9.30 pm :: Alhamdulillah.. tiada serangan, bby pon bergerak dengan baik walaupon sedikit lemah.. Ya ALLAH, kuatkan zuriatku ini. Maafkan umi sayang kerana mendera mu.... 

# Saya pernah menasihati rakan blogger saya tentang bahaya ibu hamil yang tidak makan, namun keadaan memaksa saya buat begitu..  [Peringatan Untuk Ibu Hamil 36 Minggu]

* Berjanji dengan diri ini bahawa tidak akan sesekali mengulangi perkara buruk ini lagi...

# Masih menanti akan tibanya saat bila bby ini mahu keluar tika jam 1.05pm , 03/12/12... 


Monday, November 19, 2012

air selusuh vs air badak

assalamualaikum.....
konnichiwaaaaaa...................

Heheee... Tak pernah2 post entri petang2 kan? Arini MC sebab kesihatan yang kurang memberangsangkan. Jadi, kite berblogging kejapla sementara membuang waktu menunggu maghrib tiba..  (^_^)

So, pernah dengar tak air selusuh? Sesiapa yang pernah bersalin, pasti pernah dengar nama air ni kan? Air rendaman akar selusuh a.k.a air selusuh dikatakan sebagai 'medium' bantuan untuk memudahkan/mempercepatkan proses bersalin. Jadi, para ibu hamil digalakkan minum air ni untuk memudahkan proses bersalin. Kemujarabannya? wallahualam..... sebab saya tak pernah minum air ni.. ~~ (^_^) 

akar selusuh

Apa pulak air badak? Bukan air badak cap kaki tiga (seperti gambar di bawah) untuk sejukkan badan tu tau!!!! Air badak yang dimaksudkan disini ialah air rendaman sumbu badak. Wujud ke? Kalau tak wujud, saya tak berbicara tentang hal ini. Antara khasiat air rendaman sumbu badak a.k.a air badak mengikut orang dolu2, ia mampu melegakan tekak yang tersangkut tulang ikan. Kalau agak2 dah minum pon tapi tulang tu tak juga kelua/tertelan, gosok2kan lah sumbu badak tu kat tekak. InsyaALLAH tulang tu akan kelua & tekak kembali selesa... 

Ini salah satu alternative ye... Air badak ini juga dikatakan mempunyai khasiat seperti air selusuh. InsyaALLAH... sebab saya pernah mengamalkan ketika bersalin anak pertama. Alhamdulillah, jarak bukaan dari 2cm ke 8cm hanya memerlukan masa 4jam sahaja. Kalau ikut teori doktor, anak pertama biasanya memerlukan sejam untuk bukaan 1cm tapi alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Mungkin dengan bantuan air badak? Wallahulam... macam saya katakan tadi, ianya sekadar alternative @ 'medium' bantuan sahaja tapi kita perlulah diiringi juga dengan doa2/zikir2 untuk memudahkan proses bersalin itu. insyaALLAH....


air badak cap kaki tiga - bukan air ini yang dimaksukkan ea...

# Jiran saya pernah memberi akar selusuh kira2 5tahun yang lepas. Ketika itu, kakak saya mengandung 7 bulan anak sulungnya. Sudah tentu ketika itu saya tak pandai tentang perkara sebegini.... Jadi, saya cuma menyerahkan akar itu kepada ibu sahaja. Saya tidak pasti kenapa & mengapa, baru minggu lepas ibu merendam akar selusuh itu.. Untuk saya? Hanya 'cover line' sahaja.. Saya menolak dengan baik, dengan alasan, saya dah biasa dengan air rendaman sumbu badak berbanding air selusuh yang agak berbau sedikit.. Tapi hakikatnya air rendaman selusuh itu bukanlah untuk saya & saya pasti telahan saya ini benar! Takpela ibu, kalau angah tak minum, masih ada orang lain yang boleh minum... (^_^)


Friday, November 16, 2012

Tanda-awal bersalin

Assalamualaikum..

Rasanya ramai yang tau tanda-tanda akhir nak bersalin kan? Kira confirm dalam 1-3hari bersalin la..
Tanda-tanda akhir bersalin ::
 
     a) Tanda darah
     b) Pecah Ketuban
     c) Kontraksi
 
Tapi arini saya nak kongsi sedikit info tentang tanda-tanda awal bersalin.Kira mungkin dalam 2-3minggu lagi akan bersalin la (bergantung pada individu/keadaan). Hasil riki di blog lain sebab saya takde pengalaman tentang ini..Almaklumla, induce kan.. (^_^)

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. kadang2 terasa juga, macam sengal2 kat ari2.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing. sehari pasti lebih 5kali.
  • sakit perut, memulas. ada juga tapi tak sekerap mana.
  • kerap buang air besar. agakla kadang2 smp 2x sehari. biasanya 2-3hari sekali.
  • kerap terkentut. kadang2 jer...
Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu

Baru kelua dalam sehari dua ni. Tapi sikit je la..

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Agak terasa lah apa lagi kalau duduk lebih 2jam.
 
 
Sumber:

Monday, November 12, 2012

Peringatan untuk ibu hamil 36 minggu @ 9 bulan!


Assalamualaikum.....
Ohayo Gozaimasu!!

Bersemangat ke di pagi isnin ni??? Tetiba kan...hehehe.. Bersemangat sebab dah seminggu tinggalkan blog ni tanpa kata-kata...huhuhuu.. Mengalami kekurangan idea + kesibukan kerja lantaran cuba menyiapkan kerja2 yang telah diutuskan tanpa berlengah.. Almaklumlah..dah masuk 36weeks ni.. Dah masuk fasa ‘menanti’. Tanda-tanda awal tu sedikit sebanyak telah muncul. Jadi, lebih baik buat persediaan dari semasa ke semasa. Lagipon baru tahun lepas keluar sorang. Maka, laluan tu dah ada, tunggu jalan dibuka jer.. & menurut orang-orang yang berpengalaman, insyaALLAH dipermudahkan urusan sebab dah ada laluan.. InsyaALLAH........ amin..~~

Sejak masuk trimester ketiga ni, selera makan semakin berkurangan. Sampai adakala tu pergi check-up, berat langsung tak naik (sepatutnya kena naik 1kg/2weeks). Entahla..pregnant kali ni agak berbeza dengan yang pertama..Selera makan yang semakin teruk, loya & pitam. Mungkin petanda baby boy..? Wallahualam..

Nak dijadikan cerita, kesan tu turut dirasai pada baby.. kesian baby.. maafkan umi ye sayang... (-_-)

Alkisahnya... bangun pagi tadi, cuma terasa gerakan yang lemah jer dari baby.. Kebiasaannya, dialah yang akan kejutkan umi dia dengan gerakan-gerakan yang penuh aktif di setiap hening pagi. Tapi pagi tadi, walaupon dikejutkan (digoyang, ditepuk-tepuk perut ni), baby tetap bergerak dengan slow motionnya.. risau juga tapi tetap cuba tenangkan hati & harap tiada apa-apa perkara buruk yang akan terjadi. Selesaikan urusan seperti biasa & pergi kerja. Dalam perjalanan ke tempat kerja tu, sempatlah menjamah 4ketul pisang gorang yang dibekalkan abah. Kemudian................ Barulah baby bergerak aktif kembali.. Kemudian, baru teringat kejadian semalam.......

Petang semalam mintalah en HB belikan putu buluh... Dah tu, pas maghrib makanla putu buluh, berkongsi dengan erin je.. Tanpa disedari, malam tadi saya tidak menjamah sebarang makanan berat & hanyalah makan putu buluh itu sahaja.. Mungkin sebab itu baby kurang bertenaga untuk bergerak kerana umi tidak memberi bekalan/zat untuk baby..... maafkan umi yea sayang... (-_-)

# Pernah lihat kejadian dimana seorang wanita telah dikejarkan ke labour room pada pukul 6pagi setelah mengalami kontraksi. Namun baby itu gagal diselamatkan kerana kali terakhir si ibu menjamah mee goreng pada pukul 6ptg pada hari sebelum nya. Ini bermakna selama 12jam perut dibiarkan kosong (mungkin hanya makanan sampingan yang tidak mampu memberikan zat/tenaga/sumber pada baby itu untuk menolak pintu rahim). Akibatnya baby keletihan/kelemasan & tak dapat diselamatkan. Ketika itu, saya sedang diperiksa jururawat bertugas di ruang menunggu dewan bersalin & jururawat yang memeriksa saya itu memberi nasihat agar ibu-ibu yang mengandung 9bulan (36 weeks) kena makan sekurang-kurangnya setiap 4jam untuk beri tenaga pada ibu juga baby. Ini kerana kita tidak mengetahui waktu yang tepat kita akan bersalin. Persiapan itu perlu sentiasa ada!

*selepas ini kena paksa mulut untuk telan sesuatu juga demi keselamatan umi & baby..

Thursday, November 1, 2012

Mengelakkan selsema pada bayi

Assalamualaikum...

Happy Friday Thursday guys!!!

Waaa... macam tak sabar nak tunggu hujung minggu kan?? Hahahaa...
Arini saya nak share sket berkaitan tajuk diatas.. (skema giler lah!hahaha...)
Ini bukanlah petua tapi pemuda sebab saya kan muda lagi..hahahaa.. Ini diantara yang biasa saya amalkan untuk baby saya yang baru seminggu menjejaki usia setahun.. (baby lagi ker?? Hehehe..)

ini hingus sebab menangis, bukan sebab selsema..

Kegemaran anak saya ialah tido dalam keadaan yang sejuk (kipas tu kalau bukan sampai 4, memang susahlah nak tido!). Dah tu tak nak pakai selimut! Kalau kitorang pakaikan selimut, alamat bergolek-golekla dia nak buka selimut tu.. Kalau kipas tu kitorang pasang 3 jer, dia tetap bergolek sampaila ke lantai..

# Kami tido dibawah atas nasihat tukang urut anak kami, Wak Simbok..

Kalau bayi dah pandai merangkak, jangan tido atas katil lagi. Dah banyak dah wak urut bayi sebab bayi jatuh katil.Kalau setakat terseliuh takpe, tapi kalau patah kan dah susah.... 
Baiklah wakk..... (^_^)

Jadi, masalah yang akan timbul disini ialah keesokan paginya, pasti hidung anak saya akan melelehkan sesuatu berbentuk cecair iaitu HINGUS! (mm..leleh memangla untuk cecair, mana boleh untuk benda berketul....)..

Untuk itu, jalan penyelesaian saya adalah dengan meletakkan vicks pada ubun-ubun baby saya. Itu kalau dah tahap yang malas/ngantuk giler lah! Kalau rajin sket, saya akan letak vicks+urut pada tapak kaki, betis & belakang badan dia. InsyaALLAH esok pagi, takde la dengar hembusan hidung yang sumbang sebab ada ‘blocking’.. (^_^) kalau bangun tengah malam nak susukan baby, letaklah vicks sekali lagi pada ubun-ubun baby tu.. 


# Kalau baby dah selsema, jangan letak terlalu banyak sebab dikhuatiri akan meningkatkan suhu badan baby anda & boleh mengakibatkan demam. Jadi, letaklah sket tapi kerap sebab vicks ni cepat kering.


Monday, October 29, 2012

Rumble Tuff Review

Rumble Tuff... Rumble Tuff... Rumble Tuff...

Kan saya tengah sibuk-sibuk mencari BP untuk baby yang ke2 ni kan.. Nak dijadikan cerita, hujung minggu aritu, berborak lah saya dengan makcik saya yang tengah mengandung, juga baby yang ke2. Dia yang yang bagitau saya pasal Rumble Tuff ni. Dia kata, kawan dia dah 3 orang pakai produk ni & memberikan respon yang positif. Harga yang dia bagitau saya pon agak murah (around RM200-300 jer..) Disebabkan murah, saya pon mengusha produk ni di internet..

Rumble Tuff merupakan produk baru keluaran US yang baru je masuk pasaran di Malaysia. Agak mendapat liputan yang meluas & semakin terkenal dikalangan para ibu yang menyusukan baby mereka. Namun harga yang ditawarkan adalah RM399 untuk Normal Price & sebarang diskaun itu bergantung pada kedai-kedai tertentu. Ini diantara kedai yang makcik saya cadangkan sekiranya saya ingin mencari Rumble Tuff ini..


Dimana ia adalah kedai yang menjual Rumble Tuff(RF) yang paling berhampiran dengan rumah saya.
Tapi harga yang ditawarkan lebih kurang dengan harga pada kedai lain iaitu RM399 untuk Normal Price. Harga yang lebih kurang untuk BP yang saya dok usha tu (Avent Manual BP).. tapi RF agak best juga la sebab dia ada 3 pilihan untuk cara penggunaan iaitu sama ada secara Manual, Bateri @ Elektrik. Motor dia pon kecik sikit berbanding yang Elektrik Pump Brand lain which is less weight la (~0.35kg je..). Parts dia banyak sket tapi senang nak disassemble & reassemble (based pada review pengguna RT).

   

Hati sedikit berbunga & sedikit pertimbangan untuk memilih RT @ Avent Manual.. hahahaa..

Namun..........

Hati berbalik pada Avent apabila saya terbaca notis ini pada salah satu kedai yang menjual RT..


Huhuhu.. sedikit kecewa la sebab hati berkira-kira, kalau motor tu rosak within setahun, macam rugi pulak beli mahal-mahal.. Yes, there have another method which is Manual Operated - to use this Pump.. Tapi ada review yang mengatakan Manual RT tak se-best Manual Avent.. *macamane tu ea???

Untuk sedapkan hati, ‘Ala, lain orang lain cara penggunaannya.. Mungkin dia guna ganas sikit kot.. hehehee.. eleh, macamla kamu tu guna sopan sangat..hahahaaa...’ Tapi bila nota pasal part dia kena tukar dalam jangkamasa 1-2bulan, terpikir-pikir juga saya... rasa macam menyusahkan je nak cari parts tu.. Kalau senang nak cari takpe la juga, kalau susah? Tak ke haru.... Jadi, terpaksa tukar pilihan kembali mamilih Avent Manual BP.. Hehehee.. Tapi mungkin nak cuba usha Avent Manual BP di Little Whiz pulak instead kedai yang pernah saya usha sebelum ni... (^_^)