hit me!!

Monday, December 3, 2012

Kontraksi Palsu

1/12/12 , 1.30pm :: 'Auchh... Sakitnye perut...... Mengeras je ni.. Bila berdiri lagi terasa.. Susahnya aku nak jalan...'

Ini ke tanda2 nak bersalin? Almaklumlah, masa bersalin kali pertama kena induce. Tanda tak keluar secara semulajadi, bby yang keluar dulu...

Aduh...Rasa sakit mengeras dikawasan bawah pusat, diikuti sakit pinggang.. Perut pon rasa memulas. Masih cuba bertahan. 'Serangan kali pertama.. Tunggu la serangan kali kedua & ketiga serta kekerapan serangan.. Lagipon aku cuma sarapan segenggam makaroni rebus. Untuk tengahari, perut masih belum terisi lagi. Biasa abah yang masakkan untuk tengahari..Tapi abah ada hal kecemasan, tak sempatla nak masak. Kenapa tak masak sendiri? Sebab bukan rumah sendiri. Kebetulan pulak ada yang tengah guna dapur dari pagi sampai petang, malas nak kacau. Kenapa tak keluar beli makanan? Sebab nak jaga si kecik Fafa tu.. En HB pulak pergi bekerja.. Tak larat lak nak drive sensorang bawa si kecil tu.. huhuhuu...

01/12/12, 5 pm ::  Serangan kedua berlaku.. Nak jalan pon perit.. Dengan si kecik yng sibuk kehulu ke hilir.. terpaksa mengejar si kecik itu sebab takut dia mengutip benda & terusssssss masuk ke mulut.. huhuhu.. dengan sabar menunggu walid Fafa pulang.. Emosi jadi tak stabil, abis semua budak dirumah tu kena marah..huhuhuuu...

01/12/12, 6 pm :: Walid pulang dengan membawa buah.. dapatla isi perut ni sket... alhamdulillah......

01/12/12, 8 pm :: Saya yang tidak mampu untuk menolong dari memasak & mengemas di rumah itu, mengambil keputusan untuk keluar cari makanan. Tidak sanggup untuk meminta walid tolong mengemas dirumah kerana walid pon penat bekerja seharian. Cukupla walid tolong saya menjaga Fafa.. 

Plan :: Andai kata berlaku lagi serangan walaupon selepas menikmati juadah, memang akan terus menghantar Fafa kerumah pengasuh sementara & saya akan terus ke hospital...

01/12/12, 9.30 pm :: Alhamdulillah.. tiada serangan, bby pon bergerak dengan baik walaupon sedikit lemah.. Ya ALLAH, kuatkan zuriatku ini. Maafkan umi sayang kerana mendera mu.... 

# Saya pernah menasihati rakan blogger saya tentang bahaya ibu hamil yang tidak makan, namun keadaan memaksa saya buat begitu..  [Peringatan Untuk Ibu Hamil 36 Minggu]

* Berjanji dengan diri ini bahawa tidak akan sesekali mengulangi perkara buruk ini lagi...

# Masih menanti akan tibanya saat bila bby ini mahu keluar tika jam 1.05pm , 03/12/12... 


No comments:

Post a Comment