*Scheduled entri...
Yeay, mulai arini, saya telah menikmati cuti bersalin. Tapi
tak taula saya dah bersalin ke belom pada hari ini (3/12/2012).. Entri ini saya
sediakan ketika saya masih diofis, mengemaskini segala data/tugasan saya untuk
diberi/diambil alih orang lain semasa saya cuti bersalin kelak. Agak sayu melihat
keadaan di ofis. Mana tidaknya, seorang engineer sahaja yang akan handle
bahagian Air Handling Unit/Fan Coil Unit di department saya. Dialah seorang
sahaja yang akan mengambil alih tugas semua orang! Sebab?? Ramai yang berhenti
disaat saya hendak cuti bersalin ini..
Pada mulanya kami bertiga. Di tambah dengan 2 engineer baru,
jadilah kami berlima. Ramai kan? Memang ofis agak meriah lah.. Kemudian episod happy
bertukar sadis apabila salah seorang engineer baru berhenti kerja pada akhir awal
Oktober aritu. Diikuti rakan saya yang mana lebih expert dari saya, meletak
jawatan pada 16 November lalu. Tanpa disangka, seminggu kemudian, engineer yang
baru join kami ini turut menyerahkan ‘surat cinta’ kepada Boss dimana akan
mengakhiri kerjayanya disini pada 5 Disember nanti. Jadi, tinggallah 2 orang
sahaja engineer di bahagian kami iaitu saya (yang akan cuti bersalin mulai 3
Disember 2012) dan colleague saya yang akan bertarung ‘mempersembahkan’ One Man
Shows. Huhuhuuu..
Ya, terdapat bahagian lain iaitu bahagian Chiller dimana boleh
back-up kami namun mereka sendiri pon ada banyak order & skop kerja Chiller
adalah 2kali ganda kesibukannya berbanding AHU/FCU. Jadi, bagaimana mereka hendak
membantu bahagian kami? Sabarlah wahai teman saya dalam menjalani tanggungjawab
serta tugasan ‘One Man Shows’.. InsyaALLAH kamu boleh!!
# Bersedia lah dengan tugasan2 yang harus dilaksanakan &
menyediakan telinga setebal yang mungkin dalam menerima kerja/cacian dari Big Boss
ok!
# Saya percaya kamu mampu melakukannya & percaya
berkemungkinan kamu cepat berputus asa / stress dalam menghadapi situasi itu
kelak. Namun , bersabarlah.....
# Tiada pengambilan pekerja baru? Sudah di propose namun
belum approved lagi oleh Big Boss.. Jadi, wahai Big Boss, jangan sesuka hati
memaki orang bila melihat keadaan yang lengang-selengangnye kelak ok!
No comments:
Post a Comment