Hai hai hai...............
Assalamualaikum.....
ok, arini nak hapdet blog...
nak cerita pasal side income...
opkosla saya punya side income...
Jadi, pada blogger2 yg suka shopping online tu, jom la usha2 sini ea... byk baju2 BABY yg cun2....!
Hehehe.. Beli la untuk anak2, anak buah pon boleh jugak!! hahahaahaaa..
Jom shopping kat sini! Xrugi!!!
Blog : http://babybabysale.blogspot.com/
Facebook : Baby Baby Baby
(jangan lupa LIKE!)
Senang je kan nak ingat?
Baru promote blog/page, dah ada offer. Itu Rules & Condition yang pertama..Best tak???? hehehee..
Kalau berminat @ ada inquiries, pm BABY BABY BABY, email @ babybabybaby.sale@gmail.com, Chat guna chatbox kat Blog & order guna ORDER FORM yg ada pada blog tu.
JOM SHOPPING!!!!!!!!!!!!!!!
Showing posts with label cool. Show all posts
Showing posts with label cool. Show all posts
Saturday, June 8, 2013
Sunday, May 26, 2013
Pantai Remis
Selamat pagi...
Asyik2 ayat dlm blog ni.. 'lama x hapdet kan???'
huhuhuhuuu.... having no reason.
ada kesempatan, inshaALLAH saya akan hapdet!! (^_^)
status :: looking 4 new job..
'Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusanku dalam mencari pekerjaan sekiranya pekerjaan itu sesuai untuk diriku, suamiku, anak2 ku serta seluruh keluargaku.. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik buat diriku. Redhakan aku dengan segala ketentuanMU ya ALLAH...' ~ ameen..
Hanya ini aku pinta setiap kali menghadiri sebarang interview untuk apa jua jawatan..
Jom layan gambar dibawah...
Status :: Berjalan-jalan ke Pantai Remis Jeram bersama suami serta dayang2ku yang tercinta...heheheeee....
Anak walid : Fafa & walid
Anak umi : Nini & umi
Dah sah kan anak walid???? (^_^)
Cian Nini main sorang2.. sebab kakak dengan walid je...
Nini :: Main muncung2 itik jom!! heheheee...
Oh canduku!!!!
Nak tido la.. Penat & bosan main sorang2..
An Nur Syifa
An Nur Naura Auni
Umi loves both of you my darlings!!!!!
SO MUCHHHHH!!!!!!!!!!!!!!
Friday, May 24, 2013
LOVE
"Sesungguhnya ALLAH hanya berikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita hendakkan. Namun itu tidak menghalangku dari terus berusaha, bertawakkal dan berdoa padaNYA untuk apa yang aku inginkan.. Aku redha sekiranya permintaanku itu tidak ditunaikan kerana ia boleh memberi kemudaratan dari pelbagai sudut pada diriku, keluargaku mahupon kehidupanku.. Redhakan aku ya ALLAH..... "
Wednesday, May 22, 2013
An Nur Syifa - 1y7m
jom layan ini..
Dah besar dah anak umi... Sekejap je rasanya.. Kakak nak pon masuk 2 tahun...
Kakak jadi anak yang baik ye.. inshaALLAH..
Feveret kakak...
"UPIN IPIN"
Tuesday, February 26, 2013
Tahniah kazen..!!!!
Tahniah kazen..!!!!
Saya telah mendapat jemputan ‘Majlis Resepsi’ dari kazen saya yang teristimewa sempena hari bahagia dia nanti..
Saya telah mendapat jemputan ‘Majlis Resepsi’ dari kazen saya yang teristimewa sempena hari bahagia dia nanti..
24th March 2013
Sunday / 8pm
Laman Astaka, Taman Tasik Titiwangsa
Sunday / 8pm
Laman Astaka, Taman Tasik Titiwangsa
Congratulation my dear kazen ajun!!!!!
Haizun a.k.a ajun
# Nasib baik awak buat 24hb, bukannya 23hb, kalau tak majlis awak kena bergelap 1jam sempena kempen Earth Hour.. hehehee..
# Adik Nini baru 3 bulan, boleh ke bawa ke majlis awak tu nanti? Mmm.. insha ALLAH xde pape yang berlaku.. yakin & tawakal pada ALLAH.. (^_^)
# yes, dia teristimewa sebab nama dia dengan saya dekat2.. kami juga dilahirkan pada tahun yang sama! (^_^)
Sunday, February 24, 2013
baby.meow
Assalamualaikum semua....
Jom layan gambar comel di pagi ahad ni.. (^_^)
Jom layan gambar comel di pagi ahad ni.. (^_^)
ee..geramnya...
mommy.. i am scared...
meow : help me pls....
yeah..let's smackdown!!
cutie...
meow : tulun..saya kena hempap..
mana satu garfield??
mmm... selesanya...
Thursday, February 21, 2013
RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI
Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:
1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.
3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.
4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.
5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.
6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...

Monday, February 18, 2013
Cerita di pagi senin.... [2]
Alhamdulillah....
CS masuk arini.. cuti utk esok pon dah approved!! Hehehe.. ½hari je pon.. nak bw adik Nini p cucuk 2 bulan.. (^_^) Berapala agaknya berat dia.. yg pasti 5kg ++ sebab umi dah xlarat nak dodoi adik tiap malam.. huhuhu...
pipi layut2.. - bak kata atok jamil. (^_^)
Rompers 0-6m pon dah ketat..huhuhu.. xpela, yang penting adik sihat! (^_^)
# kalau malam ni adik buat konsert lagi, pasti sebab adik cari buaian.. & pasti minta walid yg dodoikan adik pulak ea... umi tak larat..huhuhu...
Wednesday, February 13, 2013
Baik Punya Cerita..
Di pagi 13 Febuari 2013...
[via SMS]
Walid :: Umi, tadi lid dengar suara budak nanges la...
Umi :: Katne? Lama ke?
Walid :: Kat stor. Lid cari-cari tapi xjumpa apa2..
Umi :: Ntah2 anak orang sebelah kot..
Walid :: Takkan anak orang sebelah main kat luar...
Umi :: Ada lagi ke? Macam suara kakak ke?
Walid :: Umi ni banyak soal la..
Umi :: Yela, kadang2 halusinasi atau petunjuk nak bagitau yang kakak nanges kat rumah mak.
Walid :: Tu yang lid periksa. Dengar pulak orang tanya sambil menangis.. “Encik tak sayang saya lagi ke?” Terkejut lid bila batang pancing yang tegur...Tu lid kuarkan & sembang2 dengan dia..Dia ajak lid jalan2 cari ikan.. Serba salah pulak rasanya..
Umi :: citt!! [hampeh punya walid...]
# Baik punya cerita semata nak bodek@minta izin p mancing..
# Tapi tak jadi juga sebab ada order last minit.. hehehee...

Wednesday, February 6, 2013
Implanon – Keadah Perancang Keluarga Terkini
Assalamualaikum....
Korang pernah dengar implanon x? apa tu ea??
Implanon ialah salah satu kaedah perangcang keluarga yang terkini dimana pemakai hanya mempunyai 0.05% risiko untuk mengandung berbanding cara lain (walaupon ikat!). Implanon masih baru di Malaysia dan setakat ini ianya merupakan kaedah perangcan keluarga yang paling efektif & paling mahal! Mahal sebab modal awal yang besar. Kalau dikira2 semula, sama je kos kalau guna cara makan ubat atau amik injection. Kalau nak jimat, secara natural la... hehehe..
Jom kita kira-kira!
Pil : anggaran RM12/sebulan (paling murah)
RM12 x 12bulan x 3tahun = RM432
Injection : anggaran RM30/3bulan (paling murah)
RM30 x 4kali x 3tahun = RM360
Implanon : RM320 untuk 3 tahun.
# tapi harga RM320 adalah harga yang ditawarkan oleh pihak LPPKN.
# RM500 – RM700 adalah lingkungan harga yang ditawarkan oleh pihak swasta (hospital/klinik swasta).
Kelebihan implanon? Pasti jimat dari segi masa. Takdela korang nak ngadap pil tiap2 hari kan? Terkena miss makan, dah tu main, alamat la bertambah rezeki korang.. hehehe.. Sama macam injection, 2@3 bulan sekali nak p cucuk. Sebenarnya ok la sebab 2-3 bulan sekali je kan.. Tapi implanon sangatla ok sebab 3 tahun sekali je pasang benda tu! Eh, saya tak cerita macam mane bentuk tu kan?hehee.. Dah nama implanon, jadi dia adalah sejenis implan sama seperti implan yang lain dimana 1 alat akan ditanam/dimasukkan ke badan kita. Implanon ini akan dimasukkan ke lengan & betul2 bawah kulit kita jer sebab kita boleh nampak alat tu. Jangan risau!! Alat tu sebesar batang mancis jer....Hanya doktor yang bertauliah jer tau yang pasang alat tu. Bukan semua doktor boleh pasang. Jadi, jangan lah ngada2 beli alat tu pastu suh mana2 doktor masukkan..
Nak dijadikan cerita, semalam saya berkesempatan pergi ke Klinik Nur (seliaan LPPKN) cawangan Kepong. Untuk cawangan Kepong, hari pemasangan implanon hanya hari Rabu sahaja. Tapi, sebab saya datang semalam, tak dapatla buat implanon tu..huhuhu..
Untuk orang yang telah datang bulan (selepas bersalin), waktu pemasangan implanon adalah ketika waktu datang bulan. Tapi sekiranya korang mengambil injection [langkah awal sebelum memakai implanon (^_^)], korang boleh pasang implanon bila2 masa jer dalam tempoh masa injection tu.. maknenye tak perlula tunggu sampai datang bulan. Tapi dalam tempoh masa injection tu je tau. Kalau amik injection untuk 2 bulan, dalam masa 2 bulan tu korang boleh la p pasang implanon tu.. Kalau injection tu dah ‘expired’, korang tunggu datang bulan, baru boleh pasang alat tu.
Sekiranya korang baru lepas bersalin & belum bersama lagi, maka korang bolehla pasang implanon tu bila2 masa selepas 6minggu dari tarikh bersalin. Mudahkan? (^_^)
Apa kesannya? Haa... yang ini bergantung pada individu sebab setiap orang tidak mempunyai kadar hormon yang sama. Maknanya bergantung pada hormon korang. Kesannya tidak jauh beza dengan kesan amik injection. Ada yang datang bulan dengan kerap & banyak.. Dan ada juga langsung tak datang bulan. Tapi, ada doktor memberitahu saya bahawa kesan2 itu hanya untuk jangkamasa 3-6bulan disebabkan hormon badan kita tengah cuba untuk menserasikan keadaan dengan kehadiran ubat(implanon) tu. Jadi, ok la kan?? Masih ragu-ragu tentang implanon? Sila rujuk pada yang pakar.. (^_^)
# Tunggu masa yang sesuai untuk amik cuti pasang implanon.. (^_^)
Tuesday, January 8, 2013
Aizat Terukir Di Bintang AJL 27
Assalamualaikum...
Arini nak celoteh tentang AJL27..
AJL 27 dah basi? ala, baru 2 hari berlalu.. (^_^) Ternyata Aizat telah mengukir bintang di AJL 27 dengan gayanya yang tersendiri! Memang sempoi persembahan Aizat malam tu, menggantikan Yuna. Ala-ala Sean Ghazi gitu.. Ingat Sean Ghazi?
hehehe.. Sama kan? Dengan misainya, Aizat memang persis Sean Ghazi.. Dah tu genre yang Sean Ghazi bawa pon ala-ala genre Terukir Di Bintang (Balada Lembut)..
Anyway, congratulation Yunalis Zarai & Aizat! (dari saya - peminat medium-core Yuna)..hehehee..
Bukti, give me a ring. Pasti korang akan dengar Terukir Di Bintang as my caller ringtone since 2 months ago.. (^_^)
Enjoy this song!!!
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Keputusan AJL 27::
1. Juara – Terukir Di Bintang (Yuna)
2. Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
3. Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
4. Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)
# Bukan celoteh pasal AJL tp pasal Terukir Di Bintang...hehehee..

Subscribe to:
Comments (Atom)