hit me!!

Showing posts with label my love. Show all posts
Showing posts with label my love. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

Kakak Syifa Is Going To School!

Yeah!!!

5 January 2016
Hantar kakak syifa ke sekolah!!!

Kakak elok je. Umi yang 'kopek bawang'... Huhu..

Diam x diam, dah besar anak umi. Sangat berdikari. 

Masuk kelas, Sibuk memerhati kawan2 sekeliling. Biasa kawan paling ramai pernah dia jumpa pon seramai 6-7orang sahaja. Ini terlalu ramai. Bingung hari pertama mencari teman. Hehe.

Alhamdulillah.. Kakak baik. Dikala Sibuk memerhati kawan2 yang menangis, kakak tenang je.. Cool la kakak cipa. Hehe.

Adik nini mana? Kat luar dengan walid. Bila masuk dalam, Sibuk nak beratur dengan kakak syifa. Haha. 

Dimana kakak syifa???








Itu dia... 
Tenggelam dikalangan kawan2. Almaklumla.. Umi & walid pon comel2 je. Maka, warisnya pon comel la jugak. Haha.


Peace yooo!!!

Hari kedua :
Walid & adik nini yang hantar, merempit pegi sekolah. Walid kata kakak syifa menonong je masuk kelas, nini yang menangis nak ikut kakak. Haha. 

Ye... Memang nini dah 4 tahun & boleh didaftarkan. Tapi..... Pampers pon xbuang lagi, botol susu pon sejam sekali, macamane nak masuk kelas? Ngee~

Xpela nini. Sabar ye.. Tahun depan masuk sekolah dengan kakak syifa. (^_^)




Lepas seminggu, baru umi tanya sapa Cikgu kakak syifa. Hehehe..


Alhamdulillah..
Doa seorang guru..
Aamiin..


~12/01/2016~

Friday, November 6, 2015

Kesayangan Umi ~ Panglima Kiri Kanan

Inilah Panglima Kiri Kanan Beta











Ya ALLAH.. Jadikanlah mereka hamba yang taat pada suruhan MU..

Aamiin..

~6.11.2015~

Wednesday, November 4, 2015

My sweet little girl!

Throwback gambar-gambar dalam memori, jumpa gambar ni.. Sweetnya....





Sweet x? Ape yang sweet? Apabila umi nampak yang tangan comel pegang pipi umi semata nak hold muka umi, nak cium umi. Tersentuh hati umi Sayang..
Bukan gambar lama pon. Br 2 minggu lepas. 


Umi
~4/11/2015~

Tuesday, May 12, 2015

Menangis sebab tak dapat tolong umi. Alahai anak..

Ini cerita hal malam tadi.
Alkisahnya..  syifa tengah minta lid buatkan susu.  Auni pulak rengek2.  Biasala auni.  Mata dah ngantuk tapi dilawannya. Merengek je la. Ada je yang tak kena. Jadi sebelum umi hot temper, umi ajakla auni gulung tikar makan & simpan. Si kakak sibuk bermanja dengan lid kat dapur.  Lepas syifa dapat susu,  terus kedepan.  Kemudian nampak lantai dah bersih, tikar takde, terus meraung.. Meraung sebab dia tak dapat tolong gulung tikar.  Alahai ahli syurga..  umi pujuk juga tapi tak terima. Lama jugakla dia meraung tu. Akhirnya berhenti sebab letih &mengantuk. Harap kakak ringan tulang mcm ni smp besar nanti.

Sian dia.

 12.5.2015
-   00.19am

 
budak merajuk. 

Monday, April 27, 2015

Desa Water Park

Assalamualaikum...
~post-dated.. Hehehee..

Ini kali ke2 bawa anak2 Mandi Manda.. Kali pertama ketika join family day reunion kawan2 alid. Masa tu p PD, menyewa 2hari 1 malam. Kali ni balik hari je sebab dekat. So, sampai sana lebih kurang 10.30, tunggu anak2 dara opis.
Dalam kol 11pg baeru muncul. Planning kali ni bersama budak2 opis. saja suka2 bw budak2 main air..

Tiket after GST..

Dewasa : RM37
Budak2 >2.5 kaki : RM27

So, Auni je masuk free. Yang lain lid bayar.. (^_^) anak2 dara tu bayar sendiri la. hehehheee....
Kami pegi sana pada 11.04.2015 @sabtu.. Orang xramai, jadi syok main. Tapi permainan yang ada xberapa nak best. cepat bosan.. Kakak syifa memang suka main air, mmg main tak ingat dunia la. Berani pulak tu main gelongsor kat kawasan budak sorang2.. Panjat, gelongsor sorang2. Umi tggu kat bawah je., she was so excited! xmain dengan umi, p main dgn kawan2 umi, ain, wani & azwa..

Bebudak opis umi cakap, harga tiket sama dengan a'famosa tapi a'famosa lagi best & including lunch! Waaaa..  A'famosa is our next trip..

A'famosa, wait for us!!!


 
 
malam sebelum pon dah teruja!




o
ur moments..



#hp tersimpan dalam locker. sebab tu takde gambar main air.

Tuesday, March 17, 2015

Hospital Tanjung Karang

Assalamualaikum..
Cerita post-dated.. Huhuhuu..

23.2.15 - Bermula dengan syifa yang x berapa sihat. Demam on off & diarrhea.. 2 hari jugak la..
25.2.15 - Terpaksa hantar ke pengasuh jap sebab nak p servis kereta.. Bila petang ambil anak2, acik peah kata auni demam panas mengejut.. Demam berterusan hingga sabtu petang.. Namun, rabu ptg sampai kamis ptg, muntah2.
26.2.15 - Baik muntah2, ganti diarrhea dari kamis ptg sampai jumaat petang..
Sabtu pg muntah2 balik.. Ahad diarrhea kembali.. Aku dah mati akal.. Rabu ptg dah bawa emergency hospital sg. Buloh.. Doc cuma bagitau yang tekak auni bengkak sebab tu muntah2..
Bila berlanjutan hingga ke ahad, pas zohor bw auni sekali lagi ke emergency sg. Buloh.. Tapi disebabkan demam dah kebah, dia bukan kategori priority lane seperti mana hari rabu. Jadi, aku balik sebab xsanggup tunggu lama2 dengan keadaan auni yang mengamuk je..
Ahad malam p klinik damai Kuala Selangor nak check darah whether ada infection apa2 x.. Tp doc x expert... Xdpt cari urat auni.. Dia terus keluarkan referral letter ke emergency hospital tanjung karang..
& keputusannya.....

Aku bermalam dengan auni 2 malam kat wad.. Doc terus tahan dia sebab takut auni dehydrated.. Walaupon fizikal looks well, kulit xkering, bibir merah tapi drypers KOSONG... Biasanya 4 jam pasti penuh..
So, doc cakap kemungkinan dlm bdn dia dah dehydrated teruk.. & terbukti apabila jarum pertama cucuk kat tangan auni, auni boleh selamber tido.. masuk jarum ke2 baru dia menjerit sebab ubat dah mula memulakan peranan dalam urat auni.. & disebabkan dehydrated tahap teruk, 2 beg air serentak dimasukkan..

Punca?? Terlupa nak tanya doc sbb fikir nak balik je & yang penting bukan denggi, kencing tikus @ seangkatannya..

#sapakatadoktormisitanjungkaranggarang2???
Mereka baik je....
*kena timbang pampers auni tiap kali kencing @ berak.. Haru...