hit me!!

Showing posts with label relax. Show all posts
Showing posts with label relax. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

Tree Steak House

~Rumah Pokok Stik~

Dah lama tak makan steak. Buat kat rumah asyik tak jadi. Tak sedap, kurang lembut, garing, liat.. Haha. Tangan masak masih kaku lagi. (^_^)

Jadi, walid pon bersetuju untuk belanja kami semua makan kat Tree Steak House. Yeahhh!!! Alhamdulillah..

Pertama kali kami ke sana bersama ibu & Erin pada 2010 lepas umi konvo degree. Ketika tu umi & walid masih couple lagi. Kedai ni pon masih belum famous lg. Kedai ni famous pon sbb masuk JJCM. 

Perbezaan untuk tempoh 5tahun ni sangat drastik! Kedai dah semakin besar, parking semakin teratur, dekorasi semakin cantik malah servis pon bagus!

Contact number 
#boleh mesej je..


Umi cuba telefon untuk tempahan namun tidak berangkat. Jadi, umi cubala mesej sahaja. Alhamdulillah. Mesej dibalas & tempahan pon diterima. Senang kan? 


Mari kita posing sebelum melantak. Haha.. 


Jom usha makanan diorang...
Pinang Black Stallion
(Beef with black pepper & BBQ sauce)


Chicken Cordon Blue

Keju mencair bila ayam dibedah. Haha....
Chicken Cordon Blue amat sesuai untuk peminat tegar cheese hokey.. Cheese kat dalam dia sangatla melimpah ruah. Untuk umi yang bukan peminat tegar, agak rasa sedikit muak disitu. Ngee~


Mushroom soup untuk anak2.
Resepi sendiri, rasa yang boleh tahan sedap. 

French fries

#tiada dalam gambar : Mahogany Supreme with BBQ Sauce untuk kakak syifa & adik auni.

Harga ok lagi. Standard macam kedai lain. Rasa pon ok. Servis sangat ok!
Bila meja dah terhidang dengan makanan, ada yang bertanya (rasanya owner/partner) sama ada semua makanan yang kami pesan telah sampai atau tidak. 

Sangat2 berpuashati! 
InsyaALLAH kami akan kembali..

Akhir kata :: Terima kasih walid sebab belanja kami makan disini. Semoga ALLAH murahkan lagi rezeki walid.
Aamiin ~~

Sunday, May 26, 2013

Pantai Remis

Assalamualaikum...  
Selamat pagi... 
Asyik2 ayat dlm blog ni.. 'lama x hapdet kan???' 
huhuhuhuuu.... having no reason.
ada kesempatan, inshaALLAH saya akan hapdet!!  (^_^)

status ::  looking 4 new job.. 
'Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusanku dalam mencari pekerjaan sekiranya pekerjaan itu sesuai untuk diriku, suamiku, anak2 ku serta seluruh keluargaku.. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik buat diriku. Redhakan aku dengan segala ketentuanMU ya ALLAH...' ~ ameen..

Hanya ini aku pinta setiap kali menghadiri sebarang interview untuk apa jua jawatan..

Jom layan gambar dibawah...

Status ::  Berjalan-jalan ke Pantai Remis Jeram bersama suami serta dayang2ku yang tercinta...heheheeee....

Anak walid : Fafa & walid

Anak umi : Nini & umi






Dah sah kan anak walid????  (^_^)





Cian Nini main sorang2.. sebab kakak dengan walid je...
Nini :: Main muncung2 itik jom!! heheheee...

Oh canduku!!!!
Nak tido la.. Penat & bosan main sorang2..



An Nur Syifa



An Nur Naura Auni

Umi loves both of you my darlings!!!!!
SO MUCHHHHH!!!!!!!!!!!!!!





Wednesday, May 22, 2013

An Nur Syifa - 1y7m

Assalamualaikum....

jom layan ini..













Dah besar dah anak umi... Sekejap je rasanya.. Kakak nak pon masuk 2 tahun... 
Kakak jadi anak yang baik ye.. inshaALLAH..



Feveret kakak...
"UPIN IPIN"



Sunday, February 24, 2013

baby.meow

Assalamualaikum semua....

Jom layan gambar comel di pagi ahad ni.. (^_^)
ee..geramnya...

mommy.. i am scared...

meow : help me pls....

yeah..let's smackdown!!

cutie...

meow : tulun..saya kena hempap..

mana satu garfield??

mmm... selesanya...

Friday, February 22, 2013

Sharing is caring..

Arini saya nak kongsi step yang mudah untuk para wanita di luar sana mempertahankan diri ketika disamun, dirompak mahupun dirogol. Bagi wanita yang bertubuh kecil, jangan risau.. Tenang & fikir positif. Sebenarnya korang lagi mudah untuk mempertahankan diri sebab korang kecil & mudah untuk ‘sorok’..



Bagi wanita bertubuh kecil seperti saya [<150cm tinggi], korang boleh melompat untuk menanduk kepala. Atau korang juga boleh tunduk & tanduk perut atau dada (mana yang sampai) sekuatnya. Dia akan menunduk, kemudian korang sambung step 5 dan seterusnya..

Tempat kelemahan:
1) Kepala
2) Leher
3) Bawah ketiak
4) Kemaluan
5) Dada

Selamat mempraktikkan.. (^_^)

Tuesday, February 19, 2013

Resepi di hujung minggu - Ayam Cendawan

Alkisah teringin nak masak ala2 ayam bungkus KFC tu.. tapi ayam bungkus tu pedas.. jadi saya modified sket sebab enSuami & kakak fafa tak makan pedas.. (^_^)

Ayam Cendawan

Resepi (anggaran sahaja) :
Ayam – ¼ ekor
Cendawan butang – dihiris
Jagung tin
Sos tiram – 2 sudu besar
Perasa
Garam
Gula

· Campur semua bahan , gaul sebati dalam satu bekas tahan panas.
· Kemudian saya tutup guna aluminium foil macam kat bawah ni.



· Kemudian saya bakar dengan suhu 200C selama 40min.

Inilah hasilnya... bagi saya ok la.. hahaha..


# saya ni jenis tukang masak campak2 tanpa sukatan.. harap maklum..

Monday, February 18, 2013

Cerita di pagi senin.... [2]

Alhamdulillah....
CS masuk arini.. cuti utk esok pon dah approved!! Hehehe.. ½hari je pon.. nak bw adik Nini p cucuk 2 bulan.. (^_^)  Berapala agaknya berat dia.. yg pasti 5kg ++ sebab umi dah xlarat nak dodoi adik tiap malam.. huhuhu...

pipi layut2.. - bak kata atok jamil. (^_^)


Rompers 0-6m pon dah ketat..huhuhu.. xpela, yang penting adik sihat! (^_^)


# kalau malam ni adik buat konsert lagi, pasti sebab adik cari buaian.. & pasti minta walid yg dodoikan adik pulak ea... umi tak larat..huhuhu...