Tanggal 1.12.2018, Program Berkhitan Perdana & Mini Karnival telah diadakan bertempat di Masjid Nurul Iman, Batu 8 Ijok, Bestari Jaya, Selangor.
Sambutan sangat menggalakkan. Lebih 100 orang kanak-kanak lelaki yang menyertai program berkhitan ini termasuk sepupu ummi.. hehehe..
Selain program berkhitan, terdapat juga Mini Karnival bagi memeriahkan lagi program yang dilangsungkan. Antara aktiviti dalam Mini Karnival itu adalah seperti :
~ Pemeriksaan Kesihatan
~ Kempen Derma Darah
~ Penyerahan Bantuan Back To School
~ Taman Angry Bird
~ Pertandingan Mewarna
(Kategori A: 7 tahun kebawah)
(Kategori B: 8 - 12 tahun)
~ Demo Masakan
~ Kempen Pemakanan Sihat
~ Pertunjukan Silap Mata
~ Cabutan Bertuah
Program bermula 7.30 pagi & berakhir pada 1 petang disambut secara meriah oleh warga Ijok & sekitarnya. Tapi... program berkhitan berakhir pada lewat petang. Almaklum, lebih 100 orang kanak-kanak yang menyertai program ni. Doktor yang terlibat seramai 5 orang sahaja.
Namun peserta program sabar menanti sehingga ke petang.. Mana taknya, pagi-pagi dah kena siram dengan Bomba. heheehe.. Takde sungai, kena siram Bomba pon jadilah...
Terima kasih Jabatan Bomba & Penyelamat dari Bestari Jaya kerana turut menjayakan program berkhitan ini.
Ummi pon datang ke program ini sebab nak tengok sepupu ummi bersunat (3 orang). Lagipon, nak bawa anak-anak ummi masuk pertandingan mewarna. Sementara anak-anak ummi mewarna, ummi dapat join kempen derma darah. 😘😘
Alhamdulillah.. tak banyak yang ummi dapat dermakan di atas faktor tekanan darah rendah. Itupon atas pagar. huhuhu. Tapi untuk 350ml itu, memadai dari langsung tak boleh derma darah. Ini adalah aktiviti kegemaran ummi sejak di UiTM lagi.. Boleh sedih kalau ummi tak dapat derma darah.. hehee.. Sebab ada juga ummi tak dapat derma darah atas faktor tekanan darah rendah. Masa tu... menagis dalam bilik air la.. hahaha..Malu la menangis sebab tak dapat derma darah tapi itulah hakikat..😂😂
Alhamdulillah juga... Rezeki ummi bawa anak-anak umi masuk pertandingan mewarna. Rezeki kakak Syifa dapat no 4. Dapat saguhati berupa wang tunai RM30 & hamper dari penaja. Hadiah agak lumayan. No. 1 dapat wang tunai RM70 berserta permainan Cilik Bestari, No. 2 dapat wang tunai RM60 berserta hamper, No. 3 dapat wang tunai RM50 berserta hamper. Saguhati diberikan pada peserta yang menang No. 4 hingga No. 10 dimana setiap penerima saguhati dapat wang tunai RM30 berserta hamper. Dan hadiah yang sama untuk kedua-dua kategori. Kakak Syifa hanya dapat saguhati untuk kategori A tapi sepupu ummi membolot johan & naib johan bagi kategori B (8-12 tahun). Tahniah Asyraf & Zikri.. Alhamdulillah, rejeki.. hehehe..
Program yang dijalankan sangat meriah dan sambutan juga turut menggalakkan. Sementara ibu bapa teman anak menunggu giliran untuk berkhitan, mereka dapat menyertai program-program lain yang dianjurkan bersama. Satu program yang berjaya!! Tahniah penganjur! Semoga tahun-tahun akan datang, akan ada lagi program-program seperti ini..
Mari kita saksikan antara kemeriahan Program Khitan Perdana & Mini Karnival yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad. 😘😘😘
No comments:
Post a Comment