hit me!!

Showing posts with label job. Show all posts
Showing posts with label job. Show all posts

Monday, April 15, 2013

New job!!!

Assalamualaikum....
Lama xlepak kat blog ni.. asyik bz je... bukan keje pong!
Hehehe... sebenarnya makin xkeje mkn gaji, lagi byk keje... kita kena usaha sendri untuk mencari sesuap nasi serta rezeki yg diredhaiNYA.. sblm ni xredha ke??? Hahaha... manala nak redha klu keje tu asyik ngumpat/kutuk2 bos je kan... kan?kan?Kan? ╥╯﹏╰╥ ๑
So, ini salah satu job yg saya tgh usahakan...

facebook : My Baby Stuffy

Jom usha page ni... feel free to like k... xbeli pon xpe... just like for your supports...  (*^╰╯^๓)♬*゜

Www.Facebook.com/mybabystuffz

Monday, March 18, 2013

Harini & Esok

Yeay!! Selepas esok tak perlu lagi travel jauh2 untuk p keje.. yeay!!! Keje tempat baru? Hm... harap SOHO akan membuahkan hasil! Tekad, yakin, ikhlas, usaha, tidak putus asa, berdoa & bertawakal inshaALLAH berjaya dengan izinNYA demi anak2 & rezeki yang berkat.. Kalau tidak, DIA juga yang tahu apa yang terbaik buatku..

Thanks to Superior Make Aircon Refrigeration Tech (SMARTECH) Sdn. Bhd gives me opportunity to gain worth of experiences and knowledge while I am one of ur staff.. To my colleagues, thanks a lot because giving me the best memory in my life..

Thanks everybody....











# tiada lagi bebelan tentang tidak adil di tempat keje, pilih kasih, pilih bulu, kedekut, ngumpat2 bos yang mana itu semua hanya membuat rezekiku tidak barakah!! Huhuhuuu...

Thursday, February 14, 2013

Tender tender vs SOHO

Mmmm.. bila agaknya dapat ‘tender’ benda ni.....


Bila la pulak saya dapat buat SOHO ni... Harap ALLAH permudahkanlah urusan saya demi keluarga tercinta.. amin..~~

# Small Office Home Office ~ SOHO

Monday, December 3, 2012

Dah Tahap Kritikal Nih!!

*Scheduled entri...

Yeay, mulai arini, saya telah menikmati cuti bersalin. Tapi tak taula saya dah bersalin ke belom pada hari ini (3/12/2012).. Entri ini saya sediakan ketika saya masih diofis, mengemaskini segala data/tugasan saya untuk diberi/diambil alih orang lain semasa saya cuti bersalin kelak. Agak sayu melihat keadaan di ofis. Mana tidaknya, seorang engineer sahaja yang akan handle bahagian Air Handling Unit/Fan Coil Unit di department saya. Dialah seorang sahaja yang akan mengambil alih tugas semua orang! Sebab?? Ramai yang berhenti disaat saya hendak cuti bersalin ini..

Pada mulanya kami bertiga. Di tambah dengan 2 engineer baru, jadilah kami berlima. Ramai kan? Memang ofis agak meriah lah.. Kemudian episod happy bertukar sadis apabila salah seorang engineer baru berhenti kerja pada akhir awal Oktober aritu. Diikuti rakan saya yang mana lebih expert dari saya, meletak jawatan pada 16 November lalu. Tanpa disangka, seminggu kemudian, engineer yang baru join kami ini turut menyerahkan ‘surat cinta’ kepada Boss dimana akan mengakhiri kerjayanya disini pada 5 Disember nanti. Jadi, tinggallah 2 orang sahaja engineer di bahagian kami iaitu saya (yang akan cuti bersalin mulai 3 Disember 2012) dan colleague saya yang akan bertarung ‘mempersembahkan’ One Man Shows. Huhuhuuu..

Ya, terdapat bahagian lain iaitu bahagian Chiller dimana boleh back-up kami namun mereka sendiri pon ada banyak order & skop kerja Chiller adalah 2kali ganda kesibukannya berbanding AHU/FCU. Jadi, bagaimana mereka hendak membantu bahagian kami? Sabarlah wahai teman saya dalam menjalani tanggungjawab serta tugasan ‘One Man Shows’.. InsyaALLAH kamu boleh!!

# Bersedia lah dengan tugasan2 yang harus dilaksanakan & menyediakan telinga setebal yang mungkin dalam menerima kerja/cacian dari Big Boss ok!

# Saya percaya kamu mampu melakukannya & percaya berkemungkinan kamu cepat berputus asa / stress dalam menghadapi situasi itu kelak. Namun , bersabarlah.....

# Tiada pengambilan pekerja baru? Sudah di propose namun belum approved lagi oleh Big Boss.. Jadi, wahai Big Boss, jangan sesuka hati memaki orang bila melihat keadaan yang lengang-selengangnye kelak ok!

Friday, October 26, 2012

Kurang Dari 4 Bulan

Tengah dok melepak dengan colleague yang agak rapat dengan saya, dpat berita menyedihkan pulak.. Tengah dok sembang, dia bagitau yang dia dah bagi surat ‘benci’ a.k.a resignation letter kat boss. Hah??!! Sorang lagi member yang nak pergi selepas Ian melepaskan jawatannya (kurang dari 4 bulan setelah Ian letak jawatan). Dia adalah diantara sebab saya masih bertahan untuk bekerja disini. Apabila dia tiada kelak, bagaimana agaknya keadaan saya. Ya ALLAH, beri saya kekuatan untuk terus bersabar bekerja disini sementara menunggu ML ni.

Teruk sangat ke tekanan kerja kat sini? Asyik takde kerja je pon boleh beri tekanan ke?

Sudah pasti kerja yang terlalu banyak akan memberikan tekanan yang tinggi pada individu terbabit namun adakalanya bila takde kerja juga mampu memberikan tekanan pada kita juga. Kita akan rasa ‘buang masa’ kerana tidak belajar @ tiada pengalaman yang boleh diperolehi bila tiada kerja. Sampai 1 tahap, kita akan rasa bosan sebab tiada benda yang nak dibuat. Gaji tinggi tapi kerja ciput.. berkat ke duit gaji yang diperoleh itu??

Bekerja sendiri amatlah saya idamkan kerana hasil duit/gaji yang diperoleh itu nanti sudah pasti atas hasil titik peluh saya sendiri & insyaALLAH harap lebih berkat rezeki itu nanti berbanding makan gaji yang kebanyakannya saya hanyalah mencuri tulang. Tapi apa jenis pekerjaan sendiri yang saya boleh lakukan??
                 ~ berniaga
                ~ menjahit
                ~ memasak
Perkara yang biasa orang lakukan & ramai yang dah buat pon. Tapi berbakat ke saya? Belum cuba belum tahu kan?

Akan cuba dipraktikkan setelah selesai ML nanti..insyaALLAH..
#ML : Maternity Leave

Thursday, October 11, 2012

What the hellllll..........???


# this story is reflect from here...

Finally I drop my ego!!!
I asked u for the job.
Then u just give me to do documentation...

S***!!! Damn!! I got sooooooo boring to do on that!!!
I am engineer same as u, not ur assistant / secretary ok!!

What makes me become so angered???
When u talking & laughing in ur tongue about me & the job.
Yes, of course i don't understand what u talking about but i am so confident that it is about me.

# mood ::  soooooooooooooo hot tempeeeerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!


Wednesday, October 10, 2012

Entri penuh emosi........marah + sedih + sakit hati + tak tau nak pk apa


Sejak kejadian tempoh hari, : baca disini...

Aku sudah menjadi tumpuan Big Boss.... aarrgghhh.. S***!
Tiap kali dia lalu kat tempat aku, pasti matanya melirik kat skrin computer aku.. huhuhuu..

"Boss.... memang saya takde keje.. saya tak tau apa motif saya datang kerja.. bukan niat saya nak mengular tapi diorang yang taknak bagi keje kat saya..... Minta keje kat diorang?? Untuk sekian kalinya saya ingin mengatakan bahawa saya tidak akan minta keje disebabkan INI... memang perkara kecil tapi otak ni dah malas nak pk hal remeh temeh..huhuuuhu..."

Alasan orang malas??? Huhuhu..alasan orang ego lebih tepatnya........

Ian, y u leave us????? *sigh*
Banyak benda yang aku pelajari dari Ian. & he is sempoi!!

HB : tanyalah Ian, dia keje mana sekarang...
Aku : Taknak la industri HVAC lagi.. nak masuk automotif... itu yang umi suka...