Tengah dok melepak dengan colleague yang agak rapat dengan
saya, dpat berita menyedihkan pulak.. Tengah dok sembang, dia bagitau yang dia
dah bagi surat ‘benci’ a.k.a resignation letter kat boss. Hah??!! Sorang lagi
member yang nak pergi selepas Ian melepaskan jawatannya (kurang dari 4 bulan setelah Ian letak jawatan). Dia adalah diantara
sebab saya masih bertahan untuk bekerja disini. Apabila dia tiada kelak,
bagaimana agaknya keadaan saya. Ya ALLAH, beri saya kekuatan untuk terus
bersabar bekerja disini sementara menunggu ML ni.
Teruk sangat ke tekanan kerja kat sini? Asyik takde kerja je
pon boleh beri tekanan ke?
Sudah pasti kerja yang terlalu banyak akan memberikan
tekanan yang tinggi pada individu terbabit namun adakalanya bila takde kerja
juga mampu memberikan tekanan pada kita juga. Kita akan rasa ‘buang masa’
kerana tidak belajar @ tiada pengalaman yang boleh diperolehi bila tiada kerja.
Sampai 1 tahap, kita akan rasa bosan sebab tiada benda yang nak dibuat. Gaji
tinggi tapi kerja ciput.. berkat ke duit gaji yang diperoleh itu??
Bekerja sendiri amatlah saya idamkan kerana hasil duit/gaji
yang diperoleh itu nanti sudah pasti atas hasil titik peluh saya sendiri &
insyaALLAH harap lebih berkat rezeki itu nanti berbanding makan gaji yang
kebanyakannya saya hanyalah mencuri tulang. Tapi apa jenis pekerjaan sendiri yang
saya boleh lakukan??
~
berniaga
~
menjahit
~
memasak
Perkara yang biasa orang lakukan & ramai
yang dah buat pon. Tapi berbakat ke saya? Belum cuba belum tahu kan?
Akan cuba dipraktikkan setelah selesai ML
nanti..insyaALLAH..
#ML : Maternity Leave
No comments:
Post a Comment