Aktiviti malam sebelum tido...
Syifa akan landing kat perut saya untuk seketika sebelum
baring bersebelahan saya..Mungkin ingin mengucapkan Selamat Malam pada si kecik
dalam perut ini kot walaupon hakikatnya dia masih tidak mengerti apa yang terjadi
disekelilingnya..
Tiba-tiba......
Pada suatu malam, sedang asyik syifa landing pada perut saya,
si adik menendang dari dalam. Syifa terus mengangkat kepala, memandang saya
sambil berkata, “hah!” dengan eksperasi terkejut pada muka dia..
“Kenapa sayang? Adik tendang kakak ea?” Tanyaku sambil
ketawa kecil..
Dia sambung landing ke perutku kembali.. dan sekali lagi
syifa ditendang adiknya dari dalam...
Untuk kali kedua dia mengangkat kepala & memandangku
sekali lagi dengan eksperasi muka yang terkejut.
Kemudian, dia terus landing bersebelahan aku & tidak
pada perutku lagi.....
Kesian kakak, adik belum kelua tapi dah kena buli dengan
adik..
No comments:
Post a Comment