hit me!!

Wednesday, October 24, 2012

24 October 2012 Selamat Hari Lahir Fafa


Assalamualaikum.....

24 Oktober 2011
8.00 pagi

-         -     Ok, kita dah pecahkan ketuban, drip antibiotik & air kat patient, kita bagi tempoh masa sampai 2 petang nanti untuk tengok ukuran bukaan seterusnya. Bukaan sekarang adalah 2cm & kita berikan tempoh masa 1cm bukaan untuk tempoh 1 jam. Minimum bukaan 8cm baru kita boleh teruskan proses kelahiran bayi ini nanti.

Begitulah terang doctor pakar pada doctor pelatih yang kusyuk mendengar..

12.45pm
            -   Nurse, saya rasa nak teran..
-   Jangan teran dulu, bagi saya check kejap.. Dah buka 8cm. Tahan kejap, saya panggilkan doktor & siapkan barang.
-  Ok, keadaan baby ialah facelift (maaf sbb saya tak tahu sangat term medical ni. Cuma keadaan facelift dalam proses kelahiran ini apabila dijangkakan muka baby yang akan keluar dulu berbanding kepala),  kita bagi tempoh 1 jam lagi untuk proses kelahiran.

Hmm...tak menyempat tunggu sampai kol 1.45-2 ptg, tepat jam 1.23, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan setelah 4malam ditahan di wad serta di'induce' sebanyak 3kali (maksimum)... Tak lah pulak facelift seperti yang dijangkakan oleh doktor...

Maka, pada arini, genaplah puteriku berusia 1tahun.... (^_^)















*nasib baik adik fafa tak keluar arini...hehehee....

#siapa tau kalau malam nanti pulak dia nak keluar.... huhuhuuu....


No comments:

Post a Comment