hit me!!

Thursday, October 25, 2012

Lebih baik Diam Dari Me'laser' Orang

"Sebelum mengutuk/menasihati seseorang, pandang dulu diri sendiri. Cukup sempurna ke diri itu? "

Pasti tiada yang sempurna didunia ini kecuali ALLAH S.W.T.. Walaupon Rasullullah S.A.W adalah insan yang paling sempurna yang dijadikan ALLAH, namun baginda tidak sama sekali bermegah mahupon mencaci orang disekeliling baginda malah baginda amat hormati mereka dengan rendah diri tanpa mengira pangkat mahupon darjat.
     -  muhasabah diri atas kekhilafan yang nyata telah mengikut petunjuk si durjana syaitan dari panduan Rasullullah S.A.W.

mengutuk vs menasihati
mengutuk biasanya perkara yang kita buat dibelakang empunya badan & menasihati biasanya kita akan lakukan berdepan dengan empunya badan. Apa yang ingin diperkatakan disini adalah cara kita menasihati seseorang. Betul ke apa yang kita nasihatkan itu? Betul ke caranya kalau kita menasihati orang dengan sinis, perli-memerli? Bagi saya, menasihati individu dengan sinis tak ubah seperti perbuatan si laser yang sedang mengutuk orang.

Saya sedar yang saya sangatlah serba kekurangan. Hatta demikian, saya lebih suka mendiamkan diri dari menasihati orang yang mana saya akan memerli/sinis pada orang itu & akhirnya membuahkan hasil pertengkaran  antara kami. Adakalanya, diam itu adalah ubat yang paling mujarab dalam aper jua keadaan.

 

# sesungguhnya saya adalah individu yang gagal dalam ilmu nasihat-menasihati ini.Maka saya lebih suka menyerahkan task itu kepada orang yang lebih arif. 

* saya menjumpai 1 blog yang telah menasihati saya secara tidak langsung dalam hasil nukilan beliau. Bahasa yang cukup ringkas namun mempunyai erti yang mendalam. Setiap kata-katanya tidaklah hanya omongan kosong sahaja & tidak lah menjurus kepada mana-mana pihak tetapi kepada prinsip "siapa yang makan cili, dia yang terasa panas..".


No comments:

Post a Comment