hit me!!

Monday, October 29, 2012

34 weeks vs Breast Pump

Assalamualaikum..

Tinggal lagi 6 minggu jer untuk menanti kelahiran baby yg ke-2.. Bunyi macam kejap je lagi tp saya rasa lambatnya nak sampai 6 minggu tu..huhuhu..

Sejak 28 minggu lagi dok usha nak cari breast pump (niat dihati untuk cuba BF baby selama yang mungkin – kalaulah boleh dapat sampai 2 tahun, waa...syioknya).. Untuk permulaan, saya sekadar aim manual je sebab nak tengok juga hasil pengeluaran susu macam mana. Adakala down juga bila en HB ckp, “Banyak ke susu tu nanti? Kang beli mahal-mahal, susu takde..” Memang betol apa dia cakap tu sebab berdasarkan pengalaman anak yang pertama dimana hasil pengeluaran susu kurang memberangsangkan. Tapi mungkin sebab anak yang pertama, jadi susu badan kurang & juga mungkin saya tidak jelas tentang BF sepenuhnya. Pengetahuan sekarang tentang BF tidaklah sehebat mana tapi lebih berilmu sketla berbanding masa anak pertama. Jadi, bila En HB cakap macam tu, memang rasa sedikit down.. dia ni memang tak bagi semangat langsung... (-___-)

So, explain la kat dia.. bukannya nak cari yang mahal-mahal sangat.. Sekadar manual jer tapi yang elok & kualiti sikit. At least kita ada usaha! Andaikata kita dah usaha tapi hasil tetap kurang memberangsangkan, memang tiada rezeki untuk baby la.. & kita masih boleh simpan untuk kegunaan baby yang akan datang. So, tak payahla beli @ pinjam lagi. Please dear to be positive thinker!

Ini pump yang disasarkan..

Avent Manual Breast Pump
 

Harga pon okla berdasarkan review orang ramai tentang produk ni yang kebanyakannya positif..
Tapi en HB dok suh beli Pureen Electric Single Pump. Alasannya murah. Murah-murah pon > RM100 juga (rege kat kedai barangan baby yang berhampiran rumah saya la..). Ha’ah, memang la murah pastu pakai berapa kali, rosak. Kan dah membazir... Dahla rasa sedikit sakit/perit masa pump tu. Pastu, kena standby bateri lagi. Bising lagi..huhuuhuu.. 

Pureen Electric Single Pump

Tetap nekadkan hati untuk mencari Avent Manual Breast Pump. Yes, Medela Manual Breast Pump pon ok juga berdasarkan pengalaman orang lain tapi saya nak tengok mana yang lebih murah. Kang tak pasal-pasal, kena sound lagi dengan en HB. Huhuhu....

# Itu belum lagi kisah pasal Deep Freezer..huhuhu.. Deep Freezer tu memang kena tunggu hasil sesi pam nanti k..

No comments:

Post a Comment