hit me!!

Showing posts with label serenity. Show all posts
Showing posts with label serenity. Show all posts

Friday, May 24, 2013

LOVE

Salam jumaat!!!!!


"Sesungguhnya ALLAH hanya berikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita hendakkan. Namun itu tidak menghalangku dari terus berusaha, bertawakkal dan berdoa padaNYA untuk apa yang aku inginkan.. Aku redha sekiranya permintaanku itu tidak ditunaikan kerana ia boleh memberi kemudaratan dari pelbagai sudut pada diriku, keluargaku mahupon kehidupanku.. Redhakan aku ya ALLAH..... "



Monday, March 18, 2013

Harini & Esok

Yeay!! Selepas esok tak perlu lagi travel jauh2 untuk p keje.. yeay!!! Keje tempat baru? Hm... harap SOHO akan membuahkan hasil! Tekad, yakin, ikhlas, usaha, tidak putus asa, berdoa & bertawakal inshaALLAH berjaya dengan izinNYA demi anak2 & rezeki yang berkat.. Kalau tidak, DIA juga yang tahu apa yang terbaik buatku..

Thanks to Superior Make Aircon Refrigeration Tech (SMARTECH) Sdn. Bhd gives me opportunity to gain worth of experiences and knowledge while I am one of ur staff.. To my colleagues, thanks a lot because giving me the best memory in my life..

Thanks everybody....











# tiada lagi bebelan tentang tidak adil di tempat keje, pilih kasih, pilih bulu, kedekut, ngumpat2 bos yang mana itu semua hanya membuat rezekiku tidak barakah!! Huhuhuuu...

Thursday, March 14, 2013

Syukran ya ALLAH

5.15pagi..

Letih nya badan... mlm td nini berjaga setelah tido dari maghrib sampai 12.30malam. kenyang tido, nak ajak kita main pula.. Alhamdulillah sebab walid sudi jaga nini & nini pon tak la meragam mana. Tapi tetap kena bangun dikala nini haus..

Masa untuk mengepam bekalan buat nini.. ‘adake susu? Bdn memang flat sgt2.. malam tadi pon tak banyak minum air, ubat pon tak makan.. cik B pon terasa 0...’

*sigh*

xpe, pam je........


5min berlalu, hasil terlalu sedikit..
*menangis...

tenang seketika sambil meminta.. ‘Ya ALLAH, limpahkanlah kurniaanMU buat anakku..’ pam lagi.....

And last... Alhamdulillah.. dapatla 3.5oz untuk bekalan nini (seperti selalu).. *hati riang tak terkata – alhamdulillah.....terima kasih ya ALLAH..



# inshaALLAH.. ALLAH akan turutkan apa sahaja demi ahli syurga. Cuma kita jangan malu untuk meminta.. yakin & tawakal pada DIA, inshaALLAH... (^_^)


Monday, March 11, 2013

Tabahkan hatinya setabah hati Nabi Ayub A.S...



Sakit pembedahan masih terasa..
Susu perahan masih berbaki..
Bibir tersenyum menahan derita..
Rawan hati hanya Engkau Maha Mengerti Ya Ilahi..

3.36 petang, 8 Mac 2013
Nenek : Assalamualaikum.. angah ye?
Saya : Waalaikumussalam.. ye nek. Kenapa?
Nenek : Nak bagitau anak ebab meninggal.
Saya : Innalillah...

Ya ALLAH.. berat sungguh ujian yang Engkau turunkan pada dia.. Namun, aku tahu bahawa Engkau tidak akan turunkan ujian itu sekiranya hamba-Mu itu tidak mampu untuk menghadapinya..

Ya ALLAH, tabahkanlah hati makcik ku sebagaimana Engkau tabahkan hati Nabi Ayub a.s... Sesungguhnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Muhammad Aqeef Bin Azizun.. Ahli syurga yang melihat muka bumi ini mulai tanggal 18 Disember 2012 (4 hari selepas keluarnya An Nur Naura Auni – puteri kedua ku).. & meninggalkan dunia ini pada tanggal 8 mac 2013 selepas 81 hari bernafas di muka bumi ini.. Arwah meninggalkan kami diatas faktor jangkitan kuman pada paru2. Sesungguhnya DIA lebih menyayangi Aqeef dari kami semua.. & yang pasti Aqeef pasti berbahagia bersama-NYA serta ditemani kekandanya, Muhammad Aqil Amni Bin Azizun..

Al-fatihah..

# inshaALLAH 2 orang puteramu itu menanti kehadiranmu & akan memimpin mu ke syurga kelak... amin..~~

Thursday, March 7, 2013

Penghujung yang tiada bayang





Stop complaining!!!



Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini.. Jadi, berhenti dari bercerita keburukan orang, belajar untuk menerima keadaan, belajar untuk sentiasa positifkan diri..

# Namun, segalanya harus dalam keadaan rela & berserah, bukanlah dalam keadaan paksa & pasrah.

# 1000x muhasabah untuk diri sendiri...

Wednesday, March 6, 2013

Kazen sweet e-day..

Congratulation to my cousin on his engagement last Sunday (3 March 2013).. Shahril Shazwan Shaharuddin, sorry coz I’m not be there in your occasion. We just can planning anything but HE knows everything the best.

Selepas doa selamat, saya menghantar ayah saya pegi kenduri kawen di jalan kuchai lama. Kemudian, kembali semula ke ijok & menyusul ke Kuala Selangor untuk menyertai majlis pertunangan kazen saya namun takdir ALLAH mengatakan kami tidak sempat menyertai nya walaupon kami sudah berada di Kuala Selangor. Majlis sudah tamat. Tapi takpe la.. kami ke Kuala dengan tujuan lain juga iaitu untuk mencari puting botol anak2 kesayangan kami.. (^_^) namun sedikit rasa kecewa apabila tidak dapat menyertai majlis yang dirancang itu..

So, macamane saya tau ianya SWEEEEETT....? Jom layan gambar mereka..... (^_^)

 




# Adakah sesorang telah merancang? @ sememangnya takdir DIA?
# Aku redha dengan qada’ & qadar NYA.... Hanya DIA yang tau segalanya......


Tuesday, March 5, 2013

I love u aunty..

Aunty : Jadi ke perancangan tu?
Saya : InshaALLAH.. harap mendatangkan hasil.
Aunty : InshaALLAH.. yang penting, jangan putus berusaha..
Saya : Yes! Usaha, berdoa demi mencari rezeki untuk anak2, kemudian tawakal pada DIA.. inshaALLAH ada rezeki anak2..

# kita hanya mampu merencana namun hanya DIA yang tentukan.. DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita... (^_^)
# thanks aunty for your support!! I love u..

Thursday, February 28, 2013

Hanya padaMU aku bermohon..

Ya ALLAH, sesungguhnya hujan itu adalah rahmat dariMU.. Oleh itu, aku mohon agar permudahkanlah urusanku dalam mencari rezekiMU ya ALLAH... Berilah aku kekuatan & daya tahan zahir & batin yang tinggi dalam menempuh setiap dugaanMU demi kesejahteraan keluarga dan juga anak-anakku.. Aku redha dengan segala ketentuanMU.

# dah tak larat asyik kena hujan je. Pegi & balik keje..
# sesungguhnya setiap dugaan itu bukanlah balasan semata namun ALLAH turunkan ia sekadar untuk menguji kita & DIA tahu bahawa kita mampu untuk menghadapi ujian itu.

Thursday, February 21, 2013

RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI

Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...


Saturday, February 16, 2013




Tiada hamba yang sempurna melainkan kekasihNYA..

maka...


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


ya... sayangilah diri sendiri!!!
& orang yang menyayangi kita...

Thursday, February 14, 2013

Sophea Natasha Bt Sheikh Muszaphar

Cute little girl belongs to Dr. Sheikh Muszaphar and Dr. Halina...
Congratulation to both of them on their new princess that came into this world on 19 January 2013..Still tiny but so cuteeee!!!!! (^_^) Pretty like her parents & sister, Bella!!






Tuesday, February 12, 2013

Pilihan 16 February 2013

Anuar Zain......
Konsert Ekspresi Harian Metro...
Anuar Zain....
Konsert Ekspresi Harian Metro...
Anuar Zain....
Konsert Ekspresi Harian Metro...

huhu..dilemanya lah.. semuanya pada 16 feb ni.....

Alah, layan Ustaz Azhar Idrus lah, lg best, lg enjoy!


Ustaz Azhar Idrus
16 February 2013
9 mlm
Masjid Kota Damansara

jom kita mengimarakkan majlis.....!!

#huhuhuu... macam saya boleh pegi dengan budak kecik2 ni...
* bestnya kalau dapat join...

Monday, February 11, 2013

alhamdulillah...

assalamualaikum...
morning..... selamat tahun baru cina khas buat pembaca saya yang berketurunan thionghua..
harini cuti, kemana kita agaknya ea...takpe, crita arini akan dipostkan kendian ea.. arini saya nak cerita malam td punya rezeki.. 
alkisah balik dari surau, en. hubby nampak ada orang selit sesuatu kat paga rumah kami...
alhamdulillah....
br1m 2.0 dah sampai.. rezeki anak2... amin...

Monday, January 28, 2013

#AnakTerbuang

Assalamualaikum....

Jom layan keletah Fafa....





Kesian kakak.. dah macam anak terbuang dah... huhuhu..... Penat main  sorang2, pastu tengok tv sorang2 sampai tertidur...

Sunday, January 27, 2013

Rahsia Mengajar Anak

Assalamualaikum guys...

Arini nak kongsi rahsia sket.. Rahsia mendidik anak.. Jom kita sama2 cuba praktikkan...




#Maaflah kepada individu yang mana saya yang tiada pengalaman ini telah memarahi/memukul/menengking anak2 kalian..

Friday, January 25, 2013

Adik Bucuk Yang Berbau Syurga!

Assalamualaikum bloggers.....

Let me introducing my 'Adik Bucuk'................
Pada usia 37 hari,dengan berat terbaru adalah 4.3kg. Alhamdulillah... Semoga adik sentiasa sihat hendaknya.. aminn..~  (^_^)



persis kakak sewaktu kakak bayi...


'Saya suka bedung tapi umi yang tak nak bedungkan saya sebab cuaca panas.. Malam2, saya akan tidur berbedung tapi tak berbaju...'

hehehe..cuaca sekarangkan tak menentu.. kadang2 bahang.. nak dibedung adik bucuk ni, kesian panas, kang tak pasal2 demam pulak..kalau dia menjerit tak selesa tu. terpaksa buka bedung la.. tapi kalau dia tak boleh tidur, terpaksa buka baju, kemudian bedungkan dia..

'Tapi umi, saya x busuk tau! Saya berbau syurga...'


yela adik... itu cuma nama manje jer....adik bucuk & ini kakak bucuk.... 

kakak saaaaaayang adik!


Monday, January 21, 2013

............ (-_-)

Merenung seketika setiap bait kata-kata ini..................

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:
Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Sama kah luahan itu untuk setiap anak??? (-_-)

Sunday, January 6, 2013

hanya kerana...........

Hanya kerana aku meminta tempoh untuk menerima semuanya, aku telah diduga, dicemuh, dihina... Hanya kerana tempoh... Bukanlah aku menafikan Qada' & Qadar NYA, bukanlah aku menidakkan takdirNYA, bukanlah aku  menolak secara langsung apa yang telah tersurat di Loh Mahfuz namun aku memohon untuk memberi aku ruang & waktu untuk menerima segala ketentuanNYA... Aku antara orang yang terawal yang harus melaluinya. Justeru salahkah jika aku menetapkan pendirian untuk meminta tempoh itu????? Berdosa besar kah aku dengan permintaanku itu.....................?

Hanya kerana tempoh, waktu & ruang itu lah, segala yang aku lakukan menjadi kesalahan BESAR pada pandanganmu... Bukan untuk membela sesiapa tapi ternyata itu yang engkau lakukan..... Terima Kasih Untuk Segalanya..............




# Sememang aku bukanlah SEMPURNA namun aku masih ada hak untuk apa juga pendirianku.. Hormati segala keputusan aku sepertimana aku menghormati keputusan engkau.. 



kita layankan jerrrr................. have to lorrrr...... 
more enjoy, more fun...
more debate, more pain!

painless pls....!


Saturday, January 5, 2013

kisah lobak, telor & kopi

Seorang anak mengadu kepada ibunya tentang kehidupan barunya di tempat kerja.
Dia baru sahaja grad dan bekerja di sebuah syarikat terkemuka ibu kota.
Macam-macam yang dirungutkannya; dari gaji yang sedikit, kerja yang menimbun, gosip rakan-rakan, hinggalah ke kesesakan jalan raya yang dihadapinya setiap pagi...

Ibunya hanya tersenyum, sambil tangannya ligat mengurus dapur manakala anaknya terus duduk bersungut di meja dapur meluahkan perasaan.Sambil itu ibunya mengambil tiga periuk berisi air dan diletakkan dapur dan didihkan.

"Tolong ambilkan ibu sebatang lobak, sebiji telur dan sesudu serbuk kopi dari rak dapur", kata si ibu kepada anaknya.

Tanpa banyak soal si anak mengambil bahan masakan yang diminta ibunya.

Kemudian si ibu mengambil lobak, telur dan serbuk kopi yang dibawa anaknya ke dalam periuk berasingan yang berisi air yang sedang didihkan tadi.

Selang beberapa minit...

... periuk pertama - lobak yang keras, beransur-ansur menjadi lembut dan lembik.

... periuk kedua - telur yang rapuh dan lebut, menjadi semakin pejal dan keras.

... periuk ketiga - serbuk kopi menghilang dan sebati di dalam air dan mengeluarkan aroma yang harum dan segar.

"Lihat anakku", si ibu memecah hening.

"Air mendidih itu ibarat pancaroba dalam kehidupan ini", si ibu berkias.

"Ketiga-tiga lobak, telur dan kopi menghadapi 'cabaran' dan 'masalah' yang sama, iaitu air yang panas mendidih, tapi kesannya berbeza".

"Lobak asalnya keras dan kuat serta tidak mudah dipatahkan, tapi sekarang ia menjadi lembut dan rapuh sekali.

"Manakala telur yang asalnya rapuh dan cair di dalamnya sekarang bertukar kepada keras dan pejal di dalamnya.

"Manakala kopi pula yang asalnya hanyalak serbuk, telah meresap ke dalam air dan mengubah warna air malah menghasilkan aroma yang enak"

"Mana yang kau pilih, anakku?", duga sang ibu.

Sambil anaknya berfikir, si ibu meneruskan kiasannya

"Ada orang yang seperti lobak. Asalnya seorang yang kuat, tapi apabila mengahadapi cabaran dan pancaroba, dia menjadi semakin lemah dan lembik. Mereka menyerah kalah dengan kehidupan".

"Ada pula orang seperti telur, asalnya seorang yang lemah lemput tetapi apabila berhadapan cabaran demi cabaran hidup, dirinya semakin keras dan kasar.

"Berbeza pula dengan orang yang seperti kopi. Ketika keadaan menjadi semakin getir dan pancaroba semakin panas, ia menjadi semakin baik malah berjaya menghubah sekelilingnya menjadi lebih baik. Bukan dirinya yang berubah tapi keadaan sekelilingnya yang berubah".

"Nah, sekarang kau pilih sama ada untuk menjadi lobak, telur ataupun kopi.....", si ibu menghabiskan bicara.







the conclusion............................

kita layankan jerrrrrrrrrrrrrrrr..............   (^_^)

enjoy when handling any problem which makes u more relax & cool..
jangan menggelabah!