hit me!!

Monday, March 11, 2013

Tabahkan hatinya setabah hati Nabi Ayub A.S...



Sakit pembedahan masih terasa..
Susu perahan masih berbaki..
Bibir tersenyum menahan derita..
Rawan hati hanya Engkau Maha Mengerti Ya Ilahi..

3.36 petang, 8 Mac 2013
Nenek : Assalamualaikum.. angah ye?
Saya : Waalaikumussalam.. ye nek. Kenapa?
Nenek : Nak bagitau anak ebab meninggal.
Saya : Innalillah...

Ya ALLAH.. berat sungguh ujian yang Engkau turunkan pada dia.. Namun, aku tahu bahawa Engkau tidak akan turunkan ujian itu sekiranya hamba-Mu itu tidak mampu untuk menghadapinya..

Ya ALLAH, tabahkanlah hati makcik ku sebagaimana Engkau tabahkan hati Nabi Ayub a.s... Sesungguhnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Muhammad Aqeef Bin Azizun.. Ahli syurga yang melihat muka bumi ini mulai tanggal 18 Disember 2012 (4 hari selepas keluarnya An Nur Naura Auni – puteri kedua ku).. & meninggalkan dunia ini pada tanggal 8 mac 2013 selepas 81 hari bernafas di muka bumi ini.. Arwah meninggalkan kami diatas faktor jangkitan kuman pada paru2. Sesungguhnya DIA lebih menyayangi Aqeef dari kami semua.. & yang pasti Aqeef pasti berbahagia bersama-NYA serta ditemani kekandanya, Muhammad Aqil Amni Bin Azizun..

Al-fatihah..

# inshaALLAH 2 orang puteramu itu menanti kehadiranmu & akan memimpin mu ke syurga kelak... amin..~~

No comments:

Post a Comment