# korang akan jumpa seperti yang tertera diatas.. (^_^)
Siapa yang tidak mengharap kejayaan (waima sekelumit rasa)
itu adalah menipu.. Pasti ada rasa ingin menang. Sebab tu kita masuk bertanding
kan? Heheee.. bagi saya, pasti ada hikmah disebalik segala keputusan. Jadi,
terimalah seadanya.. (^_^)
“Bro, jom layan citer baru... Farid Kamil buat filem ni...
Mesti gempak punyalah!!”
mmm.. baru ada semangat nak p tengok wayang..hehehe...
pilihlah aku jadi tempat lepakmu...
Eh, beria pilih panggung tapi tak tau citer ape.. Citer ni
la bro...
Tgk gambar pon gempak kan?
Tapi lagi gempak kalau tau sinopsis dia kan???? Jom layan...
Mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai
oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut
dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua
mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing.
Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat
dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan
ketua mereka. Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu
yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi.
Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin
dengan Lina, adik kandung Megat. Megat sentiasa menyusun dan merancang
aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara
aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak
kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan
komputer, wang tunai dan sebagainya.
Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa
terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian
berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus
menjalankan rompakan yang dirancang. Namun begitu, rancangan rompakan
yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa.
Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?