hit me!!

Showing posts with label world. Show all posts
Showing posts with label world. Show all posts

Tuesday, November 3, 2015

Giza Clear!!!

Assalamualaikum.
Guten morgen..
Slmt pagi..

Yeah!!! Giza clear! Haha. Mesti pelik ape yang clear? Giza mana?
Sesiapa yang selalu menggunakan jalan persimpangan Sunway Giza, mesti tau macamane azabnya bila ikut sana. Huhu. Semua kerana kerja2 pembinaan MRT.

Bermula traffic light simpang 4, dia lencongkan  sedikit yang mana traffic light tu dah takde fungsi langsung! Kemudian dia lencongkan lagi sampai kena buat pusingan depan Sunway Giza tu. (Ini route ke Tropicana Damansara dari Kota Damansara). Bila dia lencong sampai kena u turn tu, itulah azab yang paling sengsara!

Dan sekarang, simpang 4 dah di buka balik! Alhamdulillah syukur padaMU ya ALLAH.. Takdela nak hadap jem + keadaan jalan yang sangat teruk. Huhu...

#cari keje tu lainkali dekat2 je. Huhuhu.
#Kerja2 MRT : Sengsara sementara demi kesenangan / kemudahan masa hadapan. Huhu.

Saturday, February 16, 2013

Meteor Terjah Russia!!!!!!!


TERKINI : METEOR telah terhempas ke buni sebentar tadi. Ia menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.

Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.

Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.

Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.

Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.

Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.

Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.

Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.


TERKINI : METEOR telah terhempas ke buni sebentar tadi. Ia menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan ...tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.

Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.

Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian. Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.

Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.

Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang. Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain. Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.
 
 




Jom layan beberapa vidoe yang dirakam ketika & sesudah kejadian..



# diantara petanda kiamat semakin hampir.....