Assalamualaikum.....
Ohayo Gozaimasu!!
Bersemangat ke di pagi isnin ni??? Tetiba kan...hehehe.. Bersemangat
sebab dah seminggu tinggalkan blog ni tanpa kata-kata...huhuhuu.. Mengalami
kekurangan idea + kesibukan kerja lantaran cuba menyiapkan kerja2 yang telah
diutuskan tanpa berlengah.. Almaklumlah..dah masuk 36weeks ni.. Dah masuk fasa ‘menanti’.
Tanda-tanda awal tu sedikit sebanyak telah muncul. Jadi, lebih baik buat persediaan
dari semasa ke semasa. Lagipon baru tahun lepas keluar sorang. Maka, laluan tu
dah ada, tunggu jalan dibuka jer.. & menurut orang-orang yang
berpengalaman, insyaALLAH dipermudahkan urusan sebab dah ada laluan.. InsyaALLAH........
amin..~~
Sejak masuk trimester ketiga ni, selera makan semakin berkurangan.
Sampai adakala tu pergi check-up, berat langsung tak naik (sepatutnya kena naik
1kg/2weeks). Entahla..pregnant kali ni agak berbeza dengan yang pertama..Selera
makan yang semakin teruk, loya & pitam. Mungkin petanda baby boy..? Wallahualam..
Nak dijadikan cerita, kesan tu turut dirasai pada baby..
kesian baby.. maafkan umi ye sayang... (-_-)
Alkisahnya... bangun pagi tadi, cuma terasa gerakan yang
lemah jer dari baby.. Kebiasaannya, dialah yang akan kejutkan umi dia dengan
gerakan-gerakan yang penuh aktif di setiap hening pagi. Tapi pagi tadi,
walaupon dikejutkan (digoyang, ditepuk-tepuk perut ni), baby tetap bergerak
dengan slow motionnya.. risau juga tapi tetap cuba tenangkan hati & harap
tiada apa-apa perkara buruk yang akan terjadi. Selesaikan urusan seperti biasa
& pergi kerja. Dalam perjalanan ke tempat kerja tu, sempatlah menjamah 4ketul
pisang gorang yang dibekalkan abah. Kemudian................ Barulah baby
bergerak aktif kembali.. Kemudian, baru teringat kejadian semalam.......
Petang semalam mintalah en HB belikan putu buluh... Dah tu,
pas maghrib makanla putu buluh, berkongsi dengan erin je.. Tanpa disedari,
malam tadi saya tidak menjamah sebarang makanan berat & hanyalah makan putu
buluh itu sahaja.. Mungkin sebab itu baby kurang bertenaga untuk bergerak kerana umi tidak memberi bekalan/zat untuk baby.....
maafkan umi yea sayang... (-_-)
# Pernah lihat kejadian dimana seorang wanita telah dikejarkan
ke labour room pada pukul 6pagi setelah mengalami kontraksi. Namun baby itu gagal
diselamatkan kerana kali terakhir si ibu menjamah mee goreng pada pukul 6ptg
pada hari sebelum nya. Ini bermakna selama 12jam perut dibiarkan kosong (mungkin
hanya makanan sampingan yang tidak mampu memberikan zat/tenaga/sumber pada baby
itu untuk menolak pintu rahim). Akibatnya baby keletihan/kelemasan & tak
dapat diselamatkan. Ketika itu, saya sedang diperiksa jururawat bertugas di ruang
menunggu dewan bersalin & jururawat yang memeriksa saya itu memberi nasihat
agar ibu-ibu yang mengandung 9bulan (36 weeks) kena makan sekurang-kurangnya
setiap 4jam untuk beri tenaga pada ibu juga baby. Ini kerana kita tidak
mengetahui waktu yang tepat kita akan bersalin. Persiapan itu perlu sentiasa
ada!
*selepas ini kena paksa mulut untuk telan sesuatu juga demi
keselamatan umi & baby..
No comments:
Post a Comment