Adoiii... Sakit kepala semakin menjadi-jadi disaat menunggu
kelahiran baby yang ke2 ni.. Namun syukur Alhamdulillah sebab hanya pening
kepala biasa & tidak memberi kesan pada tekanan darah. Jadi, saranan doktor
untuk ibu hamil macam saya ini hanyalah Panadol. Itu sahaja ubat yang
dibenarkan. Tapi sampai bila saya harus bergantung dengan ubat ni sebab hampir
setiap masa saya mengalami pening kepala.. Tiada kesan pada baby ke? *sigh*
Paracetamol atau singkatannya adalah PCM atau dikenali
dengan bahasa pasar ialah Panadol. Uphamol itu juga merupakan adik-beradik
Paracetamol cuma nak glamor sket, depa letaklah dengan nama Uphamol. Biasanya
terdapat 2 jenis PCM yang biasa digunakan iaitu PCM 500 & PCM 650. Uphamol
650 itu adalah nama glamor untuk PCM 650.
Kenapa saya kata TIDAK pada PCM? Ya, sakit kepala saya
membuatkan saya hanya perlu bergantung kepada PCM sahaja namun saya jadi tidak
keruan apabila membaca entri pada blog kawan saya tentang keburukan PCM ini.
"Panadol adalah sejenis
"painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin
kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi
apabila ia kurang berkesan.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati.Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Aku ada terbaca,pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan."

sumber :: FaizalPJ
Jadi, alternatif yang disarankan ialah ::
- Membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
- Merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Apalagi, meh la kita cuba beramai-ramai.. Janganla sehingga kita menjadi 'penagih Panadol' yang tegar..
# mati kutu apabila tampal koyok pon tak memberi kesan pada pening ini.. (-_-)
No comments:
Post a Comment