hit me!!

Monday, November 19, 2012

air selusuh vs air badak

assalamualaikum.....
konnichiwaaaaaa...................

Heheee... Tak pernah2 post entri petang2 kan? Arini MC sebab kesihatan yang kurang memberangsangkan. Jadi, kite berblogging kejapla sementara membuang waktu menunggu maghrib tiba..  (^_^)

So, pernah dengar tak air selusuh? Sesiapa yang pernah bersalin, pasti pernah dengar nama air ni kan? Air rendaman akar selusuh a.k.a air selusuh dikatakan sebagai 'medium' bantuan untuk memudahkan/mempercepatkan proses bersalin. Jadi, para ibu hamil digalakkan minum air ni untuk memudahkan proses bersalin. Kemujarabannya? wallahualam..... sebab saya tak pernah minum air ni.. ~~ (^_^) 

akar selusuh

Apa pulak air badak? Bukan air badak cap kaki tiga (seperti gambar di bawah) untuk sejukkan badan tu tau!!!! Air badak yang dimaksudkan disini ialah air rendaman sumbu badak. Wujud ke? Kalau tak wujud, saya tak berbicara tentang hal ini. Antara khasiat air rendaman sumbu badak a.k.a air badak mengikut orang dolu2, ia mampu melegakan tekak yang tersangkut tulang ikan. Kalau agak2 dah minum pon tapi tulang tu tak juga kelua/tertelan, gosok2kan lah sumbu badak tu kat tekak. InsyaALLAH tulang tu akan kelua & tekak kembali selesa... 

Ini salah satu alternative ye... Air badak ini juga dikatakan mempunyai khasiat seperti air selusuh. InsyaALLAH... sebab saya pernah mengamalkan ketika bersalin anak pertama. Alhamdulillah, jarak bukaan dari 2cm ke 8cm hanya memerlukan masa 4jam sahaja. Kalau ikut teori doktor, anak pertama biasanya memerlukan sejam untuk bukaan 1cm tapi alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Mungkin dengan bantuan air badak? Wallahulam... macam saya katakan tadi, ianya sekadar alternative @ 'medium' bantuan sahaja tapi kita perlulah diiringi juga dengan doa2/zikir2 untuk memudahkan proses bersalin itu. insyaALLAH....


air badak cap kaki tiga - bukan air ini yang dimaksukkan ea...

# Jiran saya pernah memberi akar selusuh kira2 5tahun yang lepas. Ketika itu, kakak saya mengandung 7 bulan anak sulungnya. Sudah tentu ketika itu saya tak pandai tentang perkara sebegini.... Jadi, saya cuma menyerahkan akar itu kepada ibu sahaja. Saya tidak pasti kenapa & mengapa, baru minggu lepas ibu merendam akar selusuh itu.. Untuk saya? Hanya 'cover line' sahaja.. Saya menolak dengan baik, dengan alasan, saya dah biasa dengan air rendaman sumbu badak berbanding air selusuh yang agak berbau sedikit.. Tapi hakikatnya air rendaman selusuh itu bukanlah untuk saya & saya pasti telahan saya ini benar! Takpela ibu, kalau angah tak minum, masih ada orang lain yang boleh minum... (^_^)


No comments:

Post a Comment