family aku pon xkisah...cuma untuk pengetahuan dayoh2 yang hadir..mana tau kalau ada perkara berkaitan tugasan tertentu, diorang boleh refer individu2 terbabit.. tapi individu2 tu xla pakai name tag!! haru la tu kalau pakai name tag.. sebijik mcm kat sekolah...
lama giler aku x berblogging...huhuhu... i miss it!!!! kesibukan aku membataskan aku untuk mengemaskini blog ku ini.....lantaran hendak bercuti panjang, maka aku harus menyiapkan segala kerja2 aku di pejabat. apabila dirumah pulak, kesibukan menyiapkan persiapan terakhir membataskan aku untuk berinternet walaupon seminit 2..huhuhu..
walau apa pon, di kesempatan ini, aku ingin menjemput para pembaca blog aku untuk menghadiri majlis perkahwinan aku yang dibuat secara sederhana jer...hadirlah jika ada kelapangan. jika tdak, doakan lah kebahagiaan kami kekal selamanya... amin..~
menjelang tanggal 4 feb 2011. genap sebulan sahaja lagi..bersediakah aku untuk melangkah ke suatu tahap baru.? satu kehidupan baru? hidup bersama si dia yang ku sayangi....
suatu ketika dahulu, YA, aku xsabar menhadapi situasi ini tapi akhir2 ini..aku takut.......
aku takut tidak dapat melaksanakan tanggungjawabku nanti. hanya kita yang mengenal diri kita. walau kita menafikan sekuat manapon, kita sendiri yang tahu siapa kita.
aku bukanla manusia sempurna dan ya, sememangnya tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni.kita cuba menjadi yang terbaik namun hanya DIA yang mengetahui segalanya. si dia cukup sempurna dimata aku namun aku...??
yang pasti perkara2 ini harus ku jalani dalam kehidupan baru ku nanti.
- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.
- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.
- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.
- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.
- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.
- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).
- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.
- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.
- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.
Ya ALLAH..hanya ENGKAU Maha Mengetahui...xmampu untuk ku melahirkan melalui kata2..
"sayang, jangan kamu menerima sahaja diriku ini seadanya tapi didiklah aku untuk menjadi yang terbaik untukmu sayang...aku tidak mahu menjdi yang terbaik untuk orang lain sahaja tapi yang paling terbaik dalam kehidupanmu serta keluarga ku..itu sahaja ku pohon"..
Ya Allah.. Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah… Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian-Mu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah-Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suamiku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau RIdhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu Sekiranya aku ingkar dan durhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah-Mu Aku hina tanpa Rahmat-Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cobaan-Mu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada-Mu,
Ya Allah… Ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu Kerana aku sadar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu
Ya Allah Tuhanku……. Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati Amin, Ya Rabbal 'AAlamiiin…….
# good luck for yuna.. lagu ini sentiasa menyedarkan aku bahawa aku masih belum menjadi yang terbaik untuk bakal suamiku & aku harap dapat menjadi yang terbaik untuk suamiku serta anak2 ku kelak...
memuhasabah diri dalam persediaan menempuhi satu alam baru.
bersediakah aku???
*Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.
* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.
* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.
# mmm...mampukah aku melakukan semua itu? Ya ALLAH, berilah aku petunjuk untuk aku menjalani kehidupan sebagai hambaMU yang beriman serta isteri yang solehah kepada suami ku..
# teringat pesan seorang sahabat.. "untuk jadi isteri solehah, cukuplah pada TAAT. kelihatan mudah tapi amat sukar sebenarnya..."
pada tarikh ni, cukupla usiaku mencecah 25tahun...
sambutan turut diraikan oleh salah seorang sahabat makcik ku yang sanggup terbang dari Jepun... (^_^)
heheheee... dia datang pon secara kebetulan.dia ada trip rombongan bersama makcik aku ke sabah...tu yang dia datang awal untuk turut sama meraikan hari bersejarah aku.. & itula menjadi sebab aku menyambut hari bersejarah aku pada 11 Jun 2010 iaitu jumaat malam sabtu... keesokan harinya, makcik aku sekeluarga, nenek & atok aku serta awek jepon ni (kiko) berangkat ke sabah. flight kol 9 pagi..
eleh, sambut beday je, bersejarah ke??????
hehehee..dari title aku pon korang tau kan, bukan beday semata tapi turut meraikan hari pertunangan aku bersama si dia...heheee...
tanda diri sudah dimiliki...
gedik time..hehehee.. # sewaktu dalam bilik sebelum upacara berlangsung [menanti rombongan tiba]..
dengan lily.....
fara [left] & ain [right]...
# selepas majlis..lihatla cincin sudah tersarung di jari manisku... (^_^)
bersama si dia.. (^_^)
# harap jer umor dah banyak tp perangai...huhuhuu...
bersama makcik & ibuku..
gifted from my beloved frens...
thanks a lot guys!!!!
luv u all!!
kek aku yang sudah sedikit cacat..huhuuu..
hehee.... dapat imagine x bentuk kek tu?? tapi menara sudah dipotong.. # eh,ada menara ker?? mmm....
#maafla, lambat upload..ini pon al'lillah sbb diberi kesempatan olehNYA sebab pendrive yang sudah siap dicuci oleh mesin basuh masih boleh digunakan seperti biasa tanpa merosakkan sebarang data didalamnya termasuk gambar2 ini... (^_^) al'lillah.....