hit me!!

Friday, October 5, 2012

Kecik je perut, ni mesti baby boy....


Assalamualaikum bloggers semua..........
Ohayo Gozaimasu! (^_^)

Arini saya nak bercerita tentang gender. Almaklumla.. Tak lama lagi Syifa kan nak jadi kakak.. al’lillah.. rezeki dariNYA..Harap Syifa dapat jadi kakak yang terbaik untuk adik ye sayang... (^_^)

Oleh disebabkan Fafa ialah dari kategori “pinky-pinky”... jadi ramai yang bertanya, “yang kedua ni dah scan ke? Pink @ Bue?” “tak scan pon...” “Nape tak scan? P la scan...”

Eh, harus ke scan? Saya tau, pasti ramai yang teruja menanti kehadiran orang baru kan. Siap scan 3D, 4D lagi... bagi saya, tak perlulah.. scan semata nak tau jantina sahaja.. Memangla melalui scan 3D/4D tu kita bukan sahaja dapat tau jantina tapi boleh tengok baby kita ok ke idak, sempurna ke tak, even kita boleh check kalau-kalau terdapat ‘benda asing’ dalam rahim kita... wa.... scarry je bunyi nye..hehehee.. benda asing tu bukannya apa, tapi macam cyst ke, fibroid ke.. tapi sudah pasti extra cas lor... bunyi macam saya ni kedekut kan??? Hahahaaa.. sikit la tapi saya fikir lebih kepada berjimat..Memang saya mampu untuk buat scan 3D/4D tapi saya rasa membazir sebab bayar >100++ semata untuk tengok jantina. Sedangkan dengan 100++ tu la kita boleh siapkan keperluan yang lain..

 

Bagi saya, cukuplah scan 2D kat klinik/hospital, asalakan dapat tengok jantung anak saya berdegup & anak saya bergerak aktif, syukur padaNYA. Malah kita juga akan didengarkan degupan jantung baby kita untuk mengetahui adakah kadar degupan jantung itu normal atau sebaliknya.. As long my baby is healthy, it is great for me... (^_^)

Macam title diatas.. ada je yang sound kat saya macam ni :

“Kecik jer perut ni, mesti baby boy...”
“Seri-seri muka angah, baby girl lagi ni...”
“Lasaknya Syifa, ni mesti nak dapat adik lelaki...”

Hahaa.. macam-macam yang saya dengar orang meneka jantina dalam perut saya ni..

Ini antara petua-petua orang dolu-dolu yang meneka sama ada baby tu lelaki @ perempuan..

a)      Perut meruncing / membujur kedepan – lelaki
b)      Perut mengembang / membulat – perempuan
c)       Pusat  keluar – lelaki
d)      Pusat kedalam – perempuan
e)      Muka berseri-seri – perempuan
f)       Muka kusam/malas berhias – lelaki

 

TAPI.....................
Sejauh mana kebenaran/kesahihan/keberkesanan tanda-tanda ini masih tidak dapat dibuktikan lagi... (^_^)
Mungkin sekiranya tanda-tanda/petua diatas tepat/mengena, itu hanyalah kebetulan sahaja..

Boy @ girl? It’s doesn’t mean anything to me.. Again : As long my baby is healthy, it’s great thing for me....!

   
nak yang mata biru boleh tak??? huhuhuuu..

No comments:

Post a Comment