hit me!!

Wednesday, February 6, 2013

Implanon – Keadah Perancang Keluarga Terkini

Assalamualaikum....
Korang pernah dengar implanon x? apa tu ea??
Implanon ialah salah satu kaedah perangcang keluarga yang terkini dimana pemakai hanya mempunyai 0.05% risiko untuk mengandung berbanding cara lain (walaupon ikat!). Implanon masih baru di Malaysia dan setakat ini ianya merupakan kaedah perangcan keluarga yang paling efektif & paling mahal! Mahal sebab modal awal yang besar. Kalau dikira2 semula, sama je kos kalau guna cara makan ubat atau amik injection. Kalau nak jimat, secara natural la... hehehe..

Jom kita kira-kira!

Pil : anggaran RM12/sebulan (paling murah)
                RM12 x 12bulan x 3tahun = RM432
Injection : anggaran RM30/3bulan (paling murah)
                RM30 x 4kali x 3tahun = RM360
Implanon : RM320 untuk 3 tahun.
                # tapi harga RM320 adalah harga yang ditawarkan oleh pihak LPPKN.
                # RM500 – RM700 adalah lingkungan harga yang ditawarkan oleh pihak swasta (hospital/klinik swasta).

Kelebihan implanon? Pasti jimat dari segi masa. Takdela korang nak ngadap pil tiap2 hari kan? Terkena miss makan, dah tu main, alamat la bertambah rezeki korang.. hehehe.. Sama macam injection, 2@3 bulan sekali nak p cucuk. Sebenarnya ok la sebab 2-3 bulan sekali je kan.. Tapi implanon sangatla ok sebab 3 tahun sekali je pasang benda tu! Eh, saya tak cerita macam mane bentuk tu kan?hehee.. Dah nama implanon, jadi dia adalah sejenis implan sama seperti implan yang lain dimana 1 alat akan ditanam/dimasukkan ke badan kita. Implanon ini akan dimasukkan ke lengan & betul2 bawah kulit kita jer sebab kita boleh nampak alat tu. Jangan risau!! Alat tu sebesar batang mancis jer....Hanya doktor yang bertauliah jer tau yang pasang alat tu. Bukan semua doktor boleh pasang. Jadi, jangan lah ngada2 beli alat tu pastu suh mana2 doktor masukkan..

 

Contoh pemasangan implanon..

Nak dijadikan cerita, semalam saya berkesempatan pergi ke Klinik Nur (seliaan LPPKN) cawangan Kepong. Untuk cawangan Kepong, hari pemasangan implanon hanya hari Rabu sahaja. Tapi, sebab saya datang semalam, tak dapatla buat implanon tu..huhuhu..

Untuk orang yang telah datang bulan (selepas bersalin), waktu pemasangan implanon adalah ketika waktu datang bulan. Tapi sekiranya korang mengambil injection [langkah awal sebelum memakai implanon (^_^)], korang boleh pasang implanon bila2 masa jer dalam tempoh masa injection tu.. maknenye tak perlula tunggu sampai datang bulan. Tapi dalam tempoh masa injection tu je tau. Kalau amik injection untuk 2 bulan, dalam masa 2 bulan tu korang boleh la p pasang implanon tu.. Kalau injection tu dah ‘expired’, korang tunggu datang bulan, baru boleh pasang alat tu.

Sekiranya korang baru lepas bersalin & belum bersama lagi, maka korang bolehla pasang implanon tu bila2 masa selepas 6minggu dari tarikh bersalin. Mudahkan? (^_^)

Apa kesannya? Haa... yang ini bergantung pada individu sebab setiap orang tidak mempunyai kadar hormon yang sama. Maknanya bergantung pada hormon korang. Kesannya tidak jauh beza dengan kesan amik injection. Ada yang datang bulan dengan kerap & banyak.. Dan ada juga langsung tak datang bulan. Tapi, ada doktor memberitahu saya bahawa kesan2 itu hanya untuk jangkamasa 3-6bulan disebabkan hormon badan kita tengah cuba untuk menserasikan keadaan dengan kehadiran ubat(implanon) tu. Jadi, ok la kan?? Masih ragu-ragu tentang implanon? Sila rujuk pada yang pakar.. (^_^)

# Tunggu masa yang sesuai untuk amik cuti pasang implanon.. (^_^)


1 comment:

  1. Sy nk tny la.. pky implanon kn 3thun.. lpas 3thun kne tukar kn.. kne byr lg x tok tukar implanon tu..

    ReplyDelete