hit me!!

Wednesday, February 13, 2013

Fizz Fairuz Bertunang!!

Wa... jom gossip dikala petang-petang ni jah.. Sambil makan goreng pisang + kopi O.. perghh..! layan habis lah!hehehehe...

Sapa tak kenal Fizz Fairuz kan? Dia kan... dia kan... dah bertunang! Tapi bukan Almy Nadia!!!!

Dia bertunang dengan Azlynn Massiela. Patutla bila media Tanya pasal hubungan diorang, masing-masing macam tarik tali je kan... masing-masing asyik no komen...
Jom layan gambar diorang nih..









Komen Almy tentang pertunangan ini..
Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu.Hanya satu mampu diucapkan, ‘pulang paku ke buah keras’. Fikirkan.Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia     bertunang dan kami berpisah.
Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.
Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya.
Buat masa ini saya mahu berdiam diri, tiada sesiapa yang memahami melainkan Allah.

Semoga berbahagia Fizz Fairuz hingga ke akhirnya.. Untuk Almy pulak, kumbang bukan seekor....

credit ::  Beautifulnara


No comments:

Post a Comment