hit me!!

Friday, December 10, 2010

si estimator yang comel!! comel ker?????!!!!!!!!


lambatnye la nak balik…baru jam 4 ptg..huhuhuu..xtau nak buat ape…semakin malas pon ada juga..buhsan giler keje…x adventure langsung! Kalau dulu, selalu bertekak dengan adjuster, customer yang xreti bahasa, orang insurans lagi..penat tapi best..byk bnda yang aku pelajari. manners, soft skill, time management..mungkin jiwa aku sebati dengan kereta kot. Sebab tu aku rasa buhsan dengan aircond… huhuu.. kalau tidak disebabkan pihak atasan, aku rasa aku stay 2-3 tahun kat sana kot sebab aku enjoy.memang enjoy.. memang agak pelik seorang perempuan bertudung kerja sebagai estimator.tp itulah cabaran yang aku suka..

"yes sir..are you adjuster? nak tengok kereta mana? tunggu i photostat estimation and the details", aku
"ok sir, its done, let's go!", aku
"u estimator ka?" rata2 adjuster berbangsa cina akan bertanyakan soklan cepu gangsa kat aku..
awat? xcaya?? comel sgt aku sebagai estimator?hehee...

ada yang siap offer keje lagik..
"u kalau mau jadi adjuster, call i anytime.."

wa....ini sudah bagus!tapi bila mengenangkan bahawa aku perempuan yang akan berkahwin, mengandung, bersalin, larat ker aku pusing 1 malaysia semata untuk kejar kereta2 kemalangan ni? tahun pertama pasti teruja sebab jalan2 sambil keje.tapi yang pasti tahun kedua & seterusnya pasti letih dengan keadaan mcm ni...yela, kadang tu, nak kejar deadline, ahad pon terpaksa kerja juga..sian laki aku kang..dan aku xpernah jumpa lagi adjuster perempuan..mungkin ada tp entah dimana... (^_^)

so, demi masa depan aku cari juga kerja lain.alhamdulillah..rezeki masih menyebelahi aku..tapi bosan pulak keje sekarang...sebab stay kat ofis jer & mengadap komputer lama2..nak kawen pny pasal, sabar je la………..huhuhuuu..tetap mencari kejer lain tp lebih mengutamakan kerajaan. harap ada la rezeki aku di kerajaan..

aper yang best kerja sebagai estimator?

              # belajar pasal kereta [memang minat aku]..
              # boleh bawa pelbagai jenis kereta [siap kena perli lagi, almaklum, xcukup inci..]
              # improve soft skill, time management.

yang paling best sebab boleh bawa macam2 kereta..disebabkan aku keje dengan Toyota, so, kereta Toyota je la yang aku bawa..dari vios sampaila ke Hilux. bab Hilux ni la yang aku kena perli baik punya dengan bos aku..

" u ada nampak depan ka kalau bw Hilux?", bos
"Kalau xnampak, sy dah accident bos..", aku
"saya rasa u kena pakai itu kusyen la bagi tinggi sikit..",bos
"xpe bos, saya nampak..its ok for me.no problem..",aku
"betol ka?",bos
"bos, dia bawa siap lap maut lagi.", exec aku back-up


hahaa.. macam siot x??memang aku siap lap la kalau bawa Hilux. sebab Hiluxkan tinggi.orang xcukup inci, bila jumpa benda tggi teuja la dia...hehehee....

yang paling best aku dapat merasa bw Toyota Prius..



ni gambar prius yang terlibat dalam kemalangan masa aku masih berkerja sebagai estimator.

minor accident jer..








& ini gambar selepas dibaiki..




best giler la bawa hybrid ni sbb on kereta pon xdengar bunyi enjin.aku jadi jakun kejap la..
 tp memang teruja la ms bw prius ni..smooth, silent, cool.....
xmahal mana pon prius ni...lebih kurang harga Camry 2.4 jer..tapi maintenance dia yang mahal sebab dia kena maintain bateri & enjin...

kalau ikut pengalaman aku yang xseberapa dalam estimation ni, estimation yang aku boleh buat untuk prius tu at least 0.5hari jer...sebab itu dikira minor case..tapi kalau byk yang rosak smp kira Total Lost, adakala makan 2-3 hari..huhuhu...

ni diantara kerata Total Lost...
both car are Vios.






cuba korang teka, selamat x pemandu2 kereta2 ni??

itu soklan kami setiap kali ada kereta baru masuk bengkel.

bila keta ni masuk?
lelaki @ perempuan?
bangsa apa?
muda @ dah tua?
selamat x?

al'lillah, kedua2 pemandu selamat..yang putih itu, pemandunya adalah perempuan berusia 26tahun. al'lillah dia selamat tanpa cedera yang parah, sekadar terseliuh dipinggang.. yang menjadi jenaka apabila kami tidak tahu keadaan pemandu selamat @ tidak [yela, kereta dihantar dulu, pemandu datang kemudian], kemudian kami jumpa darah, rambut dalam kereta.meremang siot!! pasti mahu berteman kalau nak p check keadaan kereta & untuk menyediakan estimation. alih2 berita mengatakan pemandu selamat..hehehe.....


untuk kedua2 kereta ini, memang makan masa yang lama untuk siapkan estimation terutama si putih. makan 3-4 hari juga la..memang aku menunggu kat kereta itu la..kalau ikutkan lagi senang buat total lost ni sebab cari la part yang confirm rosak & mahal. estimation melebihi harga, confirm total lost la..cuma yang leceh kalau pihak insurance nak tengok juga details..barang2 kecik..tu yang mencabar sebab kadang2 barang2 tu tertinggal di tempat kemalangan.sapa sangka ada yang tertinggal...??

by the way, itula job yang paling menarik, mencabar & enjoy yang pernah aku ceburi..so, kalau ada sesiapa yang tau pasal freelance adjuster, email2 la kat aku ea... (^_^)





No comments:

Post a Comment