hit me!!

Monday, December 6, 2010

kisah peribadi @ hal ehwal semasa? tepuk dada, tny perut masing2 k..





merata tempat orang berblogging.. seantero dunia dapat berhubung melalui blogging. dan ini merupakan salah satu cara untuk ku meredakan tahap kebosanan yang semakin tinggi di pejabat setelah facebook di block pada waktu kerja.huhuu...


GET BACK TO WORK!!!!


namun yang sentiasa menjadi persoalan, apakah idea yang perlu dicurahkan dalam blog? adakah terdapat undang2 atau panduan yang perlu diturutkan ketika kita berblogging? secara kasarnya, tiada pendedahan tentang garis panduan untuk kita berblogging. cuma untuk kita yang sudah mampu berfikir secara matang untuk kita memahami sendiri pantang larang yang harus kita patuhi ketika menulis..

adakah tentang diri sendiri? hal ehwal semasa? gosip hangat?? perihal menjaga tepi kain orang? informasi? macam2 yang boleh dicurahkan. dan bagi ku, aku lebih byk menumpukan tentang kehidupan ku sebab aku anggap ia sebagai diari di alam maya ku.sememang nya aku amatla malas untuk menulis apatah lagi dalam sebuah diari namun blog merupakan medium untuk ku mencatitkan sejarah2 yang kulalui disamping berkongsi suka duka, informasi bersama pembaca2 yang lain. selain itu, aku boleh membaca kembali kisah2 ku ini dimana2 sahaja & pada bila2 masa..kecuali blog ini deactivated.

namun terdapat juga sebilangan manusia yang sekadar ingin mencari publisiti namun tidah memikirkan sensitiviti masyarakat disekeliling.. terpulang pada individu. tepuk dada tanyalah perut..heheee...boleh ker??lalalaaa...


bagi yang berminat untuk menjadi penulis, wartawan, blogging adalah medium terbaik untuk mereka mengasah skill mereka namun bagi engineer terutamanya mechanical engineer, penulisan adalah amat kurang menarik perhatian mereka. sebab tu blog aku lebih byk gmbar dari tulisan..hehehe.. kecuali kalau idea2 aku datang mencurah2....huhuuhu..



No comments:

Post a Comment