hit me!!

Saturday, March 26, 2011

be a driver for 8 months instead of rider...


sudah bertukar......
changed already!

pada awalnya memang aku keberatan hendak membawa kereta..ala, setakat lubang-lubang tu aku boleh elakkan lah.aku bawala motor slow-slow... janganlah merempit lagi... (^_^)

tapi, sejak aku baca satu artikel ni (maaf, aku terlupa link dia) berkenaan trimester pertama dimana ketika ini pertumbuhan/pembentukan jantung serta organ-organ bayi berlaku. oleh itu, tahap persekitaran ibu-ibu mengandung amat penting agar pembentukan ini akan berlaku dengan sempurna. persekitaran ibu amat memberi kesan terhadap pembentukan ini.

sejenak aku terkesima..
'kalau aku bawa motor, semua asap aku hidu.. asap motor, lori, kereta, kilang, pembakaran terbuka. belum lagi asap-asap rokok.macamane baby aku nanti?'

sejak itulah aku p keje menaiki kereta dengan rela hatinya.. demi masa depan baby ku...walaupon aku terpaksa mengharungi jem tiap-tiap hari, demi anak umie, umie sanggup sayang....

bz week!

minggu yang cukup bz...
agak keletihan sehinggakan tiap hari aku asyik memikirkan tentang MC!
keje yang extravaganza kat ofis tu sampai tiap-tiap hari aku balik rumah kol 8 then 6.30am dah kena kua p keje... dengan alahan lagi. yup, semakin kurang tapi i am still in first trimester.. teruk lagi.. *sigh*
nasib baik hubby banyak memberikan semangat, kata-kata perangsang...
dan nasib baik dia sangat cukup memahami...

memang keje rumah banyak yang dia settle kan lah..kesian dia tapi aku dah tak larat....maaf sayang.....

Monday, March 21, 2011

sorry

entri kali ini berkaitan dengan entri sebelum ini yang mana aku memberitahu bahawa aku mendapat hasil positif untuk UPT. mungkin ada diantara Silent Readers aku adalah dikalangan saudara atau mempunyai persaudaraan dengan aku walaupon aku tidaklah mengharapkan mereka membaca blog picisan aku ni.

maka, ingin aku meminta maaf kepada kalian sebab aku tidak memberitahu secara rasmi kepada kalian tentang berita gembira ini. alasan aku? biarlah aku pastikan berita ini dengan membuat scan pada perutku ini. waktu scan yang terbaik adalah antara 6-7 minggu iaitu minggu depan. apabila segalanya sudah pasti, aku akan memberitahu kalian semua. bukan niat untuk menyembunyikan tapi sekadar menantikan kepastian.

harap kalian memahamiku.......



# just can't wait for next week! (^_^)


Monday, March 14, 2011

nak ngumpat sikit..

as salam...
arini aku nak ngumpat sket..
'baby, jangan ikut perangai umie ni tau!'
pesan sket untuk dalam perut ni... (^_^)
almaklumla...kan x elok ngumpat2 masa mengandung.
tapi disebabkan aku rasa tak boleh blah dengan perangai engineer sorang ni, tu aku nak ngumpat.

engineer lelaki tapi kalau bab menyibuk tu, kalah perempuan..
ofis dia kat level bawah. tapi sanggup datang naik atas semata nak usha aku buat apa.arini sekali jer la.tapi kadang-kadang tu sampai 4-5 kali. meluat aku...

nak dijadikan kes yang aku bengang sangat ni adalah sebab dia menyamar.
pada mulanya dia meminta aku untuk tanya pada bos mengenai kerja. pastu aku sound la bos tengah tidor. dia sound aku balik,
"saya tau boss tengah tidor, awak janganla cakap kuat-kuat".
'eh, apa masalahnya pulak. kat ofis aku ni berdua. aku & admin sorang. admin tu pon tau boss tengah tido.'
"takpe la.nanti awak tanya dia bila dia dah bangun,"sambung dia lagi.

dijadikan cerita dia ni bukanlah penyabar mana, & ingatkan aku sengaja melambat-lambatkan kerja. dia telefon ofis aku, menyamar jadi orang lain untuk bercakap dengan boss (dalam erti kata lain dia nak check boss tu dah bangun ke belom). dah tu, aku pas kat admin sebab aku xboleh sesuka hati pas call kat boss.lagipon boss aku masih tidor.

pastu admin aku cakap kat aku engineer tu yang call, bukannya orang lain. marahla aku.. engkau tu tak reti nak sabar ker.............
tapi dalam hati je la...aku pendam je..

bila boss aku dah bangun, aku tanya boss aku pasal dia nak tanya tu. tapi aku tak la cakap mamat tu yang suruh tanya. boss aku terus pergi kat dia untuk check balik. pastu aku jumpa la boss bila boss dia dah masuk bilik dia.

"i already amend this coil. thanks. good job," boss

hehehee.. alhamdulillah.. tak pasal-pasal aku yang dapat nama pada boss, walhal dia yang tolong check benda tu.. (^_^)

ok, saya mau pulang...

#moral of the story : bersabar yea..



Sunday, March 13, 2011

tanda-tanda itu adalah....

Ingat tak entri aku yang sebelum ini..


ini adalah penerangan yang tepat untuk setiap tanda-tanda itu...

check it out!!




Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.



Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.




Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.


Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.


Perut Kembung
Perubahan hormon pada saat awal kehamilan dapat menyebabkan perut anda terasa kembung, sama seperti saat kita akan mendapatkan menstruasi.





Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.



Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.




Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.


Dan akhirnya..


...
...
...
...
...
...
...
...




Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.



but i am sure!!!!


yes! i am positive on UPT (urine pregnancy test)!







nampaknya, aku kena spend duit untuk tunaikan nazar aku....sila kat entri ni.. nazar




dan adakah aku perlu membawa kereta?? kewangan masih tidak mengizinkan sayang... (-_-)
check it at this entri.. driver to be??




mmmm.... thinnking deeply.........




Saturday, March 12, 2011

adakah ini tanda-tandanya aku...??

tetiba aku terdetik nak tengok tanda-tanda ini....
tanda apa??
jom kita layan dulu!

Rasa lapar yang berpanjangan
- yup..untuk seminggu dua ni, ada sahaja resepi yang aku nak cuba..huhuhuu..


Kerap membuang air kecil
- dah lat ofis tu dok bawah aircond, manalah tak asyik melabur jer...


Sakit dan tegang pada buah dada

- i thought one of period's symptom






Missed period
- last month i thought early but got bleeding at ONCE. once only & doc said it was period.






Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
- might be the bleeding was this matter..


Perut Kembung
- memang badan masuk angin. so,p la urut..tapi tak baik-baik juga..






Suhu asas badan tinggi berpanjangan
- huhuhuu..sampai suamiku memanggilku, manusia berdarah panas...
sayang, memang manusia berdarah panas..huhuuu..






Merasa tidak bermaya
- agak letih untuk beberapa hari ini apatah lagi apabila membawa kereta ke tempat kerja. 2jam dalam kereta, tekan minyk.penat wooo..


Dan akhirnya..
Rasa loya dan muntah
- sejak dua-tiga hari lepas...huhuhuuu..


so, any comment??


heheheee.. (^_^)






cepu hampeh!!!!


hye guys..simple entry again!

nak share sket dengan korang perihal kenakalan budak-budak engineering..
almaklumla, mechanical engineering, majority lelaki kan..
so, mulut lelaki ni kalau yang laser, kalah perempuan..
mustahil sangat kalau aku tak ada kawan yang perangai macam tu...huhuhuuu..

check it out!



enlarge....


chat dengan aku, terus tanya soklan cepu..cepu hampeh!!!
so, encik yang bertanya...soklan anda akan terjawab dalam next-next entry k... (^_^)


so adorable!

simple entry!




looks adorable right???
i just know about this page from my fren, deena awanis

so excited!

let's check it here : Little Mole

Friday, March 11, 2011

ada jaminan ke??

7 tahun lepas…..



“tak ada orang lain ke? Kan ramai kat university tu. Kawan-kawan sekelas ke, sekuliah ke. Cuba tengok family dia macam mana. Tengok ayah dia macam mana. Tengokla pakcik kau tu. Ikut perangai ayah dia.”



“ala, bukannya dia seorang jer adik-beradik lelaki. Dia ada 2 orang lagi abang & seorang adik lelaki, so, kita tak tahu mana yang ikut perangai ayah dia”betah ku.



‘Nak samakan dengan laki dia pulak’ sambungku dalam hati.





Kini..



Alkisah pada individu yang tidak menyukai pilihan hatiku. Sememangnya dia hanya lepasan SPM. Namun tidak ku duga bahawa aku akan berjaya menamatkan pengajian ijazahku & dia setia menemani, menantiku sehingga 8 tahun lamanya.almaklumla merangkak dulu diploma baru ke ijazah.



8 tahun bersamanya mustahil tiada perselisihan faham. Namun usia matangnya itu telah mematangkan aku. Alhamdulillah, pilihan ku tidak tersilap. Setakat ni, dia adalah terbaik yang penah ku miliki. Bukan harta yang ku pinta kerana harta itu aku sememang aku tidak berharap pada orang lain walaupon keluargaku. Yang ku cari adalah tanggungjawab. Sekaya mana pon seorang lelaki itu namun tidak berguna sekiranya tiada sikap tanggungjawab pada lelaki itu. Semiskin mana pon lelaki itu, dengan sikap tanggungjawab serta tidak mudah putus asa, lelaki itu lagi hebat dari orang yang berharta.



Benda yang sama terjadi pada adikku.



“kau kan kerja kerajaan, carila orang kerajaan. Senang hidup kau nanti.”



Ada jaminan ke?? Pernah juga adik aku ‘mencuba’ kenalan makcik itu. Datang rumah naik Harrier, rupa-rupanya sekadar driver. Xpela, kami tidaklah memilih pada harta. Hubungan tetap diteruskan namun adik ku tetap ditinggalkan juga. Jadi siapa yang perlu bertanggungjawab disini? Dikala itu, masing-masing cuma mendiamkan diri. Hampeh!! Cakap je pandai!



Kekayaan itu belum tentu menjamin masa depan. Memang zaman ini segalanya memerlukan duit namun duit bukanlah segalanya.



Aku tahu sehingga kini engkau masih tidak dapat menerima lagi pilihan hatiku. Malah bukan engkau seorang tp terdapat juga seorang lagi yang mengikuti jejakmu walaupon tidak dinyatakan secara terang-terangan. Namun siapalah aku yang mampu membahagiakan semua pihak. Engkau sendiri tidak dapat membahagiakan semua pihak kan?? Maka, selagi aku tidak menderita, janganla engkau pinta penderitaan itu singgah walaupon seketika ke dalam hidupku. Selagi aku bahagia, doakan la kebahagiaan itu berkekalan selamanya.

Alhamdulillah, masih ramai lagi yang menerima pilihan hatiku dengan ikhlas, redha selagi aku bahagia.

#nota sinis : aku nak tengok bagaimana anak menantu kau nanti.


Wednesday, March 9, 2011

after 5 months @ 5.15pm, 9 march 2011

"aizan, u free? come down for a moment" - sr. engineer
'ala, suka bagi keje las minit' - aku

"how's work? ok?  pressure ok? collegue ok? distance ok?"
"ok. everything ok."
'apahal pulak mamat ni tny soklan tu?'
pelik........


bla..

bla..

internet..

bla..

bla..

email..

bla..

bla..


"kalau ok, u sign kat sini."

eh? alhamdulillah.................

samapi juga confirmation letter..hehehee...

aku start keje 1 oct 2010, so, 5 bulan keje, dpt confirm.
cepat sebulan, al'lillah...
rezeki baby aku ker?

opps...dah ada ker??

no comment..kalau dapat kedua2 nya (baby skali), aku akan buat kenduri sket kat surau [nazarku dengan penuh harapan (^_^)].


hahahaa...mesti korang nak tau apa dia bebel pasal internet & email kan???
biasala ada kapochi kat atas ni...xsuka tgk org senang...

dah aku xde keje, aku usha la internet..dari aku tdo...................
haaa, mana ygelok..mmg la dua2 xelok.. bukannyer buka apa pon, tgk email jer...

tp sr. engineer aku mmg sempoi..

"aku xkisah kalau kau nak tgk email ke, asalkan keje kau siap..
lagipon kita mesti tensen jer kalau buat keje jer..aku pon sama. sekejap2 tengok email, xpe..
cuma ada yang x suka. so, kau pandai2la yea.."

sempoi la CS TAN. i lap u!!! hehehee..

ok la.. balik time...


#ala, nak balik, apa salah curi masa utk blog jap kan..ehehehee...

Friday, March 4, 2011

rider vs driver



"sayang, bulan depan bawa kereta ye.."
aku diam seribu bahasa..


mmmm.....
sebelum aku dinikahi lagi aku sudah fikir tentang ini..
namun setelah genap sebulan aku dinikahi, aku masih belom bersedia menukar status aku lagi...

status puan???hehehe..
*itu pon masih dalam keadaan menyesuaikan diri.. (^_^)

status RIDER ke DRIVER..

aku kan LADY RIDER a.k.a Minah Rempit.

ini bukan aku! (^_^)


suatu ketika dulu aku pernah mempersoalkan pada suamiku (kekasihku diwaktu itu),
"kenapa pulak bw keta lagi penat dr bw motor? bw keta kan duduk jer......."

setelah aku merasainye sendiri, kini aku sedikit memprotes sekiranya disuruh menaiki kereta..huhuhu..paling x boleh blah sbb nak harungi jammed.. ati memang panas apabila melihat kakimotor mencelah kereta kita dikala kesibukan jalan raya.huhu..aku rasa nak tekan2 jer pedal minyak tu, langgar jer keta depan..hahahaa..

so, mcmaner ea?



sesungguhnya aku masih belom bersedia untuk menghadapi jammed setiap hari...letih wooo......
aku berusaha untuk mencari keje yang lebih dekat namun masih belom membuahkan hasil lagi..

jadi, kesimpulannya.....................

"sayang, selagi belom ada isi kat perut ni, angah naik motor dulu yea..."
permintaan yang agak sukar baginya namun masih boleh dibincang.

"kalau boleh biasakan naik keta la..time management. set masa, xde la slalu dtg lewat kalau naik keta tu.."
"bulan ni xboleh la sayang, budget xcukup.."
"yela..tapi bulan depan bw keta tau...."
"ok.." aku dgn nada terpaksa.. (-_-)


*kawan aku siap hasut lagi....
"ko beli jer motorbike..."

mm....mcm ni boleh ker?????
huhuhuuu...





aktiviti seharian selepas berumah & bertangga

*eh, rumah aku xde tangga la...hahaha...

mmmmm....
bila agaknya aku nak aktif berblogging lagi ea??
wa...dahlama aku xberbicara meluahkan ntah apa jer dalam hati ku ini...banyak idea tp masa & keadaan x mengizinkan...

lappy kat ibu lagi..
nak minta tapi..........
aku pny lappy, aku yg bayar BB tp orang lain yg guna.mmm...
(sbb ibu tgh layan FB!)
dahla rumah pon xde tv..huhuhuhuuu..
(*nak minta juga lah!!-tekad hati)


tp masa pon terhad sebenarnya..
 sampai rumah jer maghrib, kena masak, basuh baju, kemas rumah..
al'lillah dapat suami ringan tulang.kadang2 dia tolong basuhkan baju (basuh tangan lagi)..

terima kasih cinta sayang.hehee..

pandai ker aku masak?
soklan cepu gangsa la...hahaa.

okla..dari sehari ke sehari kita mempraktikkan, insyaALLAH benda akan jadi semakin sempurna kan?
kalau x, smpai bila2 pon benda x menjadi.
"parang xkan tajam kalau tidak diasah".

ini diantara menu yang pernah aku masak..

nasi jagung
ayam masak asam pedas
gulai ikan
kerabu mangga
ayam goreng madu
mini pizza
ikan cencaru sumbat
ayam masak sos tiram
ayam masak kicap
ayam bakar mayonis
mushroom soup


sayur2 tu tumis jer......
agak malas, masak sup.hehehee..

jadi ker??
okla untuk first-timer dalam masa 2 minggu ni....hehehe..

gmbar masakan?? xde la...gmbar kawen aku pon xedit lagi apa lagi gmbr lain..huhuhuhuu..
insyaALLAH, ada kesempatan aku upload masakan2 aku ea..hehee..

so, rujukan aku??
kat sini la....


try la...byk resepi menarik yang ada..kalau korang ada resepi2 yang menarik untuk dikongsi bersama, bolehla korang post kat sini... apa yang menarik juga kat web ni sbb dia ada gmbr hidangan.so inspired me to do that recipe! really, korang tgk gmbr menarik, msti korang nak cuba juga kan???hehee..

korang klik kat senarai resepi.


 pastu akan keluar page yang ada senarai ni.jadi korang boleh la pilih yang mana 1 korang nak.



sebenarnya cuma minoriti resepi je yang xde gambar. kebanyakannya ada gambar malah terdapat laporan masakan bergambar kepada sesiapa yang telah mencuba resepi terbabit. tapi disebabkan line internet kat ofis aku ni yang x clear, gambar pon susah nak running..hhuhuu..


waktu2 petang mesti line mcm ni.. tiap 10 min mesti disconnect...
macam tau2 jer time aku untuk curi tulang.huhuu.. almaklumla, dah nak balik.. petang2 pulak tu..mesti rasa M nak buat keje..huhuhuu..

ok la, nak buat keje..
(*sambung post yang tergendala.sepatutnya publish semalam tp....line xclear kan...sambung la arini...)


Wednesday, March 2, 2011

SANCTUM - suspense movie....


"sayang, jom tgk movie....."
"ada crita best ker?"
"entahla...ala, jomla..dah lama x tengok movie.. :-( "
"yela2..."

YES!!!!!!!!! (^_^)

mmm.. I AM FOUR? 127 HOURS? SANCTUM?
mana 1 ea?

tgk SANCTUM la... base on what?
James Cameron ...

filem avatar cukup memberikan gambaran yang jelas tentang hasil kerja beliau.jadi, aku berani amik risiko untuk cerita SANCTUM ni... (^_^)

balik keje ari Sabtu aritu, bergegas aku merempit p The Curve untuk beli tiket.Itu yang best & dekat dengan rumah aku..Jusco Kepong hanya menyediakan SANCTUM 3D sahaja..

So, inila hasilnya..

Date : 26 Feb 2011
Location : Cathay, The Curve
Time : 10.15PM

Sinopsis:

Bermula pengembaraan dalam penerokaan sebuah gua yang giler besar la. Penerokaan ini dijalankan oleh seorang peneroka gua professional yg bernama Frank sambil ditemani anaknya, Josh, pembantu2 beliau diantaranya Crazy George, J.D, Liz, Judes, Luko dimana ia ditanggung sepenuhnya oleh Carl. Pengembaraan ini turut disertai oleh kekasih Carl, Victoria yg mempunyai pengalaman dalam pendakian bukit malah pernah menyertai sesi mendaki Everest.

Pengembaraan yang bermula dengan aksi menyedihkan apabila salah seorang pembantu Frank iaitu Judes mati akibat kebocoran pada tong oksigennya ketika menyelam menerokai gua itu. Tanpa disangka, ribut taufan melanda pantai dimana saluran yang terdapat dalam gua itu berhubung dengan kawasan pantai yang berhampiran. Keadaan bertambah parah apabila mereka putus hubungan dengan pihak kawalan diluar gua.

Mereka berusaha menyelamatkan diri apabila mengetahui tentang ribut yang melanda. Mereka cuba mengharungi derasan air yang melalui saluran didalam gua tersebut yang mana menjadi laluan keluar/masuk mereka. Sedang asyik Josh & Luko menahan batu dari menutupi laluan mereka, tetiba satu bah telah menolak batu dan momentum itu telah mengakibatkan Josh & Luko tercampak serta laluan keluar/msuk mereka tertutup serta-merta. Akibat dari momentum itu, Luko telah tecampak mengenai dinding gua beberapa kali menyebabkan tulang-tulang nya patah teruk. Apa keputusan Frank tentang Luko? Walaupon mendapat tentangan dari Josh, namun itulah keputusan yg terbaik untuk mereka disaat kecemasan itu.

Kewibawaan Frank sebagai ketua pasukan tercabar apabila mereka berenam tersangkut di dalam gua tersebut dan terpaksa mencari jalan keluar bagi menyelamatkan diri sebelum gua  itu ditenggelami air. Malah tugasnya semakin tercabar apabila terjadinya kematian seorang demi seorang dikalangan mereka.

Siapa yang terselamat akhirnya? Filem yang penuh debaran. Confirm xrugi korang p tengok terutama kepada individu yang suka pada filem2 yang mencemaskan. Agak kurang berfikir namun degupan jantung bergerak dengan pantas menanti setiap jalan cerita.

Rating aku 4/5..


jom layan diantara scene yg terdapat dalam filem ni.....

Frank & his son, Josh









jom layan thriller ni..............


selamat menonton...