hit me!!

Saturday, March 28, 2015

Sweet......

Alhamdulillah...
Terima kasih En. Sayang untuk segalanya....

Lawak gst..

Bermula la 1 April ni cukai barangan terbaru GST yang akan menggantikan cukai lama SST.. Ape bezanya, aku pon xpasti. Kerajaan umum yang harga barang tak naik, gst tak dikenakan pada beberapa perkhidmatan antaranya pendidikan, pengangkutan awam, insurans, beberapa barangan asas. Namun minggu lepas je, kenaikan tambang teksi telah diluluskan serta kenaikan tambang bas ekspress, keretapi juga akan di kuatkuasakan.. SPAD telah meluluskan permohonan kenaikan tambang ni cuma xpasti lagi bila berkuatkuasa tambang baru tu..
Beberapa barangan asas tidak dikenakan gst.. Namun syarikat yang mempunyai keuntungan 500k setahun wajib berdaftar gst..so, siapa nak tanggung kos2 gst ni?? Aku xrasa yang syarikat akan tanggung semuanya.. Agihan tanggungan akan di bahagi sama rata melalui kenaikan harga barangan..
Mmmm.. Yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan terus terhimpit..

Ni antara lawak2 berkaitan gst edaran melalui media (WhatsApp / fb)..
Enjoy......

27.03.2015

Sapa beli kucing ni?????

Assalamualaikum..
It's sound normal je kan? Tapi soalan kakak syifa adalah tentang kucing jalanan yang seringkali lepak kat belakang rumah aku.. Makan, tdo, main, beranak pon kat sini... TAPI hakikatnya sekadar kucing 'angkat' je..
Eh, boleh ek??? Hehehehehee..
Sbb kucing ni dtg lepak, En. Sayang bg mkn. So, memang kerapla diorang lepak sini.. Dan berapa kali beranak pon aku kira sbb kerap sgt bunting.. Mcm xpernah tengok perut si ibu kucing ni 0.. Pas beranak selang 2-3 bulan, pasti bunting kembali.. Huhuhuu.. Tapi kesian, kebanyakannya mati..
Ada 1batch yg hidup sampai besar. (Dalam gambar, kucing selain warna putih, itu anak2 dia.. Yang putih adalah si ibu kucing..)
& awal bulan ini pon baru je beranak.. Jumlah sebenar xpasti namun setakat ni ada 4 ekor yang hidup.. So, kakak & adik excited tengok 'baby kucing' @ 'kucing kecik'.. Dan soalan syifa...
"Umi, Sape beli kucing kecik ni?"

Krik... Krik... Krik.. Krik.. Cengkerik berbunyi..

27.03.2015


2
ekor selain warna putih itu antara anak2 yang hidup sampai besar..

Tuesday, March 24, 2015

Akal si auni

Assalamualaikum..
Alhamdulillah... Naura Auni semakin sihat lepas kua wad...
Bukan sahaja semakin sihat tapi akal semakin panjang.. Sampai pengasuh pon mengadu yang Auni semakin garang.. Huhuhuu...
Ada budak baru kat rumah pengasuh, Harris baru 2 bulan datang.. Disebabkan dia seorang je hero, tunjuk lagak la.. Tapi bila si Auni ni kua wad, si Harris ni terus jadi tikus.. Auni pulak tunjuk belang.. Sabo je la.. Dah la garang, kuat melawan pulak tu.. Belum kira keras kepala lg.. Pening kadang2 nak melayan.. Nak xnak kena bersabar melayan ahli syurga ni... Asalkan xpukul, xgigit orang sudah la..

Ni akal baru dia... Habis susu dibuat main, diratah...

(24.3.2015)

Tuesday, March 17, 2015

Hospital Tanjung Karang

Assalamualaikum..
Cerita post-dated.. Huhuhuu..

23.2.15 - Bermula dengan syifa yang x berapa sihat. Demam on off & diarrhea.. 2 hari jugak la..
25.2.15 - Terpaksa hantar ke pengasuh jap sebab nak p servis kereta.. Bila petang ambil anak2, acik peah kata auni demam panas mengejut.. Demam berterusan hingga sabtu petang.. Namun, rabu ptg sampai kamis ptg, muntah2.
26.2.15 - Baik muntah2, ganti diarrhea dari kamis ptg sampai jumaat petang..
Sabtu pg muntah2 balik.. Ahad diarrhea kembali.. Aku dah mati akal.. Rabu ptg dah bawa emergency hospital sg. Buloh.. Doc cuma bagitau yang tekak auni bengkak sebab tu muntah2..
Bila berlanjutan hingga ke ahad, pas zohor bw auni sekali lagi ke emergency sg. Buloh.. Tapi disebabkan demam dah kebah, dia bukan kategori priority lane seperti mana hari rabu. Jadi, aku balik sebab xsanggup tunggu lama2 dengan keadaan auni yang mengamuk je..
Ahad malam p klinik damai Kuala Selangor nak check darah whether ada infection apa2 x.. Tp doc x expert... Xdpt cari urat auni.. Dia terus keluarkan referral letter ke emergency hospital tanjung karang..
& keputusannya.....

Aku bermalam dengan auni 2 malam kat wad.. Doc terus tahan dia sebab takut auni dehydrated.. Walaupon fizikal looks well, kulit xkering, bibir merah tapi drypers KOSONG... Biasanya 4 jam pasti penuh..
So, doc cakap kemungkinan dlm bdn dia dah dehydrated teruk.. & terbukti apabila jarum pertama cucuk kat tangan auni, auni boleh selamber tido.. masuk jarum ke2 baru dia menjerit sebab ubat dah mula memulakan peranan dalam urat auni.. & disebabkan dehydrated tahap teruk, 2 beg air serentak dimasukkan..

Punca?? Terlupa nak tanya doc sbb fikir nak balik je & yang penting bukan denggi, kencing tikus @ seangkatannya..

#sapakatadoktormisitanjungkaranggarang2???
Mereka baik je....
*kena timbang pampers auni tiap kali kencing @ berak.. Haru...