hit me!!

Friday, June 5, 2015

#resepi : Puding Jagung

Assalamualaikum.
Berabuk sket dah blog ni.  Huhu. Xde kesempatan nak update blog. So,pagi ni umi nak share sket resepi PUDING JAGUNG. Ini pon buat sebab nak pulangkan bekas orang. Hehe. Bahan2 ada kat rumah,  apa lagi, mulakan kerja la. Sekejap sgt2 buat puding ni tapi syarat nya kena siapkan semua bahan kat tepi dapur k. Klu x, potensi untuk berketul, hangit adalah tersangat tinggi! 

Bahan -bahan:

1 cawan tepung kastad
4.5 cawan santan (umi pakai santan kotak je,  cairkan sket)
1 tin jagung krimer
Gula secukup rasa
Garam secubit sahaja
Daun pandan

*xkisah nak guna cawan saiz ape skali pon, asalkan cawan yang sama sukatan utk semua sukatan. jagung tin - semakin banyak, semakin sedap rasanya. klu cawan sukatan tu besar, macam mug yg besar, gunala 2 tin jagung. 

Cara:

1. Masukkan tepung dalam periuk.  Kemudian masukkan santan & daun pandan.  Masakkan menggunakan api sederhana. WAJIB kacau sehingga sebati agar tepung tidak berketul.
2. Masukkan jagung,  gula, garam. Kacau sehingga rata.
3. Sambung kacau sehingga bancuhan semakin memekat & tidak melekat pada periuk. (Macam masak tepung beras untuk bayi).
4. Pastikan rasa secukupnya,  kemudian tuang ke dalam bekas.
5. Biarkan sejuk & keras sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!  (^_^)


 
campurkan air dengan santan ni.
jangan terlalu cair, nanti kurang lemak.


 
cukupla untuk pulangkan bekas orang.hehe.


 
looks yummy rite? original warna tepung kastad. no add any colour or flavor. 
klu pakai tepung cap burung tu, insyaallah warna cantik,rasa pon sedap.

apalagi? 
selamat mencuba!