hit me!!

Sunday, November 8, 2015

Kasih Abah


"Angh, balik keje nanti amik jagung"
"Ok"

Disebabkan cuti deepavali, sungai buloh jem teruk! Sampai rumah, kol7.30, berkejaran dengan magrib. Lepas magrib & mandi, keluar amik anak2. Dalam perjalanan balik rumah, niat dihati memang nak singgah amik jagung. Skali syifa berbisik...

"Umi, nak berak"..

Yang mana dia menahan sejak 20min yang lalu. Sbb.. umi leka berborak dengan Mak Peah (pengasuh syifa auni).

"Nape tak berak kat rumah mak?"
"Taknak, nanti mak marah"

Apalagi, terbatal niat nak amik jagung Abah. Kol 10, Abah datang hantar jagung.,
Terharu... Serba salah sebab susahkan Abah. Tp umi memang xkeluar malam kalau lid takde. Rumah barisan last dengan suasana sunyi sepi memang walid tak benarkan umi keluar malam2.
*sigh*

Terima kasih banyak2 bah. Usahamu itu tidak ternilai harganya...

Jagung mentah & jagung yang dah siap dikukus. Yummmyyy!! ~~

Kerabu hasil air tangan ibu



Harga Rokok Naik Lagi?? Chilllaxx..

Bulan Nov 2015 ni memang telah diwar2kan harga barang akan naik. Phewww..

Bertabahlah rakyat Malaysia...













#walidkakilenteng


Friday, November 6, 2015

Kesayangan Umi ~ Panglima Kiri Kanan

Inilah Panglima Kiri Kanan Beta











Ya ALLAH.. Jadikanlah mereka hamba yang taat pada suruhan MU..

Aamiin..

~6.11.2015~

Wednesday, November 4, 2015

Air Terbaik!!

Menjadi kegemaran si blueberry,
Dijadi toping, hiasan juga inti,
Air kenduri kawen gelaran diberi,
Siapa saya wahai Tuan bijak bestari?

Assalamualaikum.
Malam2 kita berpantun pulak kan? Hehe. Sboalan pon kacang je ni. Sekali kopek, berterabur isi. Hahaha.jt

Suatu ketika dulu, air ni la yang paling umi benci. Ye, air kenduri kawen. Paling tak suka. Umi rela pilih air masak berbanding cv ni. Tapi sejak k7ami sekeluarga consume uuu, tiap hari buat pon takpe. Seriously, brand ni mmg sedap! Mmg sekali cuba pasti nak lagi!! 

Hmmm dalam semua kenduri kawen.
  

Pencuri Di Bawah Lampu

Nak dijadikan ceritera..

Alkisah seorang permaisuri yang pemalas & suka letak duit merata tempat. Maka, memang pasti menjadi intipan & perhatian orang sekelilingnya yang sentiasa menunggu peluang yang datang bergolek..si raja juga tidaklah terkecuali..






Agak2nya dapat tau cerita sebenar tak? Huhuhu. Memang tabiat umi xsuka letak duit dalam wallet. Balik keje, seluk duit dari pocket, landing atas peti ais. Esok paginya tak semena2 duit ini ada nama. Haha. 


Kerja sapa lagi kalau hukan kerja walid. Pantang nampak peluang. Bila kecik nilainya, dibiarkan je. Bila nilai besar baru nak buat. Hampeh je.. 

~walid~

My sweet little girl!

Throwback gambar-gambar dalam memori, jumpa gambar ni.. Sweetnya....





Sweet x? Ape yang sweet? Apabila umi nampak yang tangan comel pegang pipi umi semata nak hold muka umi, nak cium umi. Tersentuh hati umi Sayang..
Bukan gambar lama pon. Br 2 minggu lepas. 


Umi
~4/11/2015~

Tuesday, November 3, 2015

Giza Clear!!!

Assalamualaikum.
Guten morgen..
Slmt pagi..

Yeah!!! Giza clear! Haha. Mesti pelik ape yang clear? Giza mana?
Sesiapa yang selalu menggunakan jalan persimpangan Sunway Giza, mesti tau macamane azabnya bila ikut sana. Huhu. Semua kerana kerja2 pembinaan MRT.

Bermula traffic light simpang 4, dia lencongkan  sedikit yang mana traffic light tu dah takde fungsi langsung! Kemudian dia lencongkan lagi sampai kena buat pusingan depan Sunway Giza tu. (Ini route ke Tropicana Damansara dari Kota Damansara). Bila dia lencong sampai kena u turn tu, itulah azab yang paling sengsara!

Dan sekarang, simpang 4 dah di buka balik! Alhamdulillah syukur padaMU ya ALLAH.. Takdela nak hadap jem + keadaan jalan yang sangat teruk. Huhu...

#cari keje tu lainkali dekat2 je. Huhuhu.
#Kerja2 MRT : Sengsara sementara demi kesenangan / kemudahan masa hadapan. Huhu.

Monday, November 2, 2015

Ubat kurus mujarab!

Assalamualaikum..

Mesti ramai yang nak tau pasal ubat kurus kan? Siapa la yang taknak kurus. Apalagi lepas bersalin, badan kembang sekembangnya. Hehe.. Ok, ini amalan yang umi amalkan sejak sekian lamanya... Sejak 2bulan lepas.. Hahaha. Alhamdulillah. Berkesan untuk umi. 2bulan turun 3kg. Bulan pertama memang berat umi tak turun. Umi berpendapat, dia nak turunkan dulu metabolisma umi. Sbb metabolisma umi agak 'degil' sejak awal tahun 2015 lagi.. Huhuhu.. So, sapa yang tak happy bila berat turun walaupon sekilo? Inikan turun 3 kg.. Memang happy giler la.. 

Nak tau ape rahsia umi??












Jeng.. Jeng... Jeng.............


Ini dia.. 
air suam + 1 sudu besar madu + lemon

Mengambil sedikit masa untuk berkesan sbb  dia nak turunkan metabolisma kita dulu, baru buang lemak2 kita. 

Kebaikan yang umi perolehi?
- berat turun
- tambah tenaga
-cantikkan kulit dari dalam
- perbaikan sistem penghadaman


#berat turun
Yang ini memang berkesan pada umi. Yang seronoknya, dia buang lemak secara semulajadi melalui penghadaman. Penghadaman kita semakin teratur. Selain itu, ia juga mengawal nafsu makan/selera kita. Kekerapan untuk kenyang sangat tinggi!

# tambah tenaga
Alhamdulillah. Badan kurang letih. Klu letih juga maknanya badan mmg memerlukan rehat yang secukupnya. Jadi jangan terlalu memaksa badan k. Nak pakai lama lagi tu.. 

#cantikkan kulit dari dalam
Alhamdulillah, kulit tangan, badan rasa lembut & lembab. Kulit muka? Bergantung pada kesan alat solek, produk kecantikan kita serta pendedahan pada ultra UV. 

#memperbaiki sistem penghadaman
Sangat2 mujarab! Sistem penghadaman kembali teratur.

Kesan sampingan? InsyaALLAH TIADA KESAN SAMPINGAN! Sbb bahan yang digunakan sememangnya asli!

Caranya?
~ 1 cawan kecil air suam
~ 1 sudu madu asli
~ 1/3 @ 1/2 biji lemon

Amalkan minuman ini setiap malam sebelum tidur & setiap pagi setengah jam sebelum sarapan. 
InsyaALLAH berkesan selagi tiada alahan pd madu @ lemon!

Selamat mencuba!! 





- 2 Nov 2015 @ 1 am