SMELLING people.... huh!!! saper jer yang suka bau busuk ni....memang akal korang kurang center la klu korang suka benda2 busuk nih...hhuhuu...
aku ingat lagi beberapa tahun yg lepas ketika sesi 'mesyuarat tingkap' bersama rakan sekolej aku [sekolej = seasrama :: sbb asrama kitorang dipanggil kolej.. =) ].
"
woi, korang kenal x mamat ni [sipolan bin sipolan la.. ]??" , minah A.
"
kenal. apasal?" , minah B.
"
aku dgr dia couple dgn minah ni la.. " , minah A.
"
siapa? " , minah C.
"
ala, markonah bt martopo [ hanya nama samaran ].." , minah A.
"
ye ke??? mana ko dpt brite ni? uisshh..bukanla hensem maner mamat tuh! " , minah D.
"
masalahnyer bukan jer x ensem, tp bau busuk... korang xbau ker badan dia yg agak kurang menyenangkan tuh?? " , minah A.
"
ha'ahla...aku pon ada bau juga...kadang rasa nak bg deodorant jer kat dia... xpon aku rasa nak spray minyak wangi jer kat dia.." , minah C.

iklan seketika :: dari pihak penaja (^_^)
"
ye ke, aku xtau pulak..aku pon bukannyer rapat dgn dia...korangkan yg byk sekelas dgn dia... =) " , minah B
"
tu la pasal...bl masuk class jer, aku amat berharap yang dia akan duduk jauh dari aku..hhuuhuhu..." , minah C.
"
boleh tahan la pulak si markonah tu dgn sipolan tuh...klu aku, boleh blah la mamat tu.. hye2..bye2....", minah D.
tu la antara sesi mesyuarat kami dia suatu ptg yg damai...memang damaiiii....tp bl teringat bau sipolan tu, hilang kedamaian kami...huhuu...
bau wangi ni byk mempengaruhi kehidupan kita..sangat2 mempengaruhi kehidupan kita...budak 3 tahun pon xsuka dengan bau busuk...tiada siapa yg suka bau busuk ni..sesungguhnya, wangi-wangian memiliki kuasa semulajadi yang kuat dalam menghasilkan ketajaman intelek, memelihara kesihatan badan dan emosi serta menolak pelbagai penyakit. jadi, elakkan dari terdedah kepada bau yang sangat busuk kerana ia boleh menumpulkan fikiran dan melemahkan tubuh.
sedikit info yang ingin aku kongsi bersama tentang
KEWANGIAN ni..
Menurut kaedah perubatan Nabawi (Nabi Muhammad s.a.w.) dan perubatan orang dari tamadun Yunani, bau-bauan terutamanya wangi-wangian amat besar pengaruhnya terhadap kecerdasan mental, kesihatan badan dan anggota batin keseluruhannya. Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal. Sebagaimana kekuatan badan bertambah kuat dengan makanan lahiriah, begitulah juga dengan roh dan akal bertambah kuat dengan makanan rohaniah iaitu wangi-wangian.
Kaedah ini terbukti berkesan dengan kemunculan sebuah sistem perubatan dengan menggunakan bau-bauan dalam dunia saintifik yang dikenali sebagai "
Sistem Perubatan Aromatheraphy". Kaum sufi Islam terutamanya yang berpusat di India, Khurasan dan Timur Tengah banyak menggunakan bau-bauan dan wangi-wangian untuk mengubati penyakit jantung, hati, gila, penyakit yang berjangkit pada alat kelamin dan saluran kencing, mengurangkan ketegangan (stress dan tension), memperbaiki emosi dan mood,
MENINGKATKAN KECERDASAN MENTAL, meninggikan maqam kerohanian dan menyembuhkan pelbagai penyakit lain.
Ahli-ahli kebatinan seperti orang yang bertapa, pawang, bomoh dan ahli sihir juga menggunakan bau-bauan seperti kemenyan, kayu gaharu, colok dan sebagainya. Ia dipercayai menjadikan sesutau amalan lebih mujarab. Orang-orang Buddha juga menggunakan colok dalam upacara sembahyang mereka. Orang-orang Hindu pula menggunakan bunga-bungaan di kuil mereka.
Di antara bau-bauan dan wangi-wangian yang boleh diamalkan untuk meninggikan kecerdasan mental ialah :-
KASTURI
Letakkan di dalam bilik dan sentiasa menciumnya.
AMBAR
Diperolehi dari pokok pain. Dijual di kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu. Diminum airnya.
KAYU GAHARUDibakar dan asapnya disedut. Boleh meningkatkan minda, menguatkan deria pendengaran dan penglihatan.
BIJI SESAWI
Tumbuk halus-halus, masukkan ke dalam kain kemudian dicium setiap hari.
TANDUK KAMBING
Bakar dan sedut baunya.
RAMBUT MANUSIA
Imam As-Sya'rani menyatakan faedahnya untuk kecerdasan. Bakar dan sedut baunya.
menarik bukan.. (^_^) percayala..tiada siapa yg suka bau busuk...
tapi, setiap individu berbeza kan? yang pasti menjadi mangsa adalah orang2 seperti aku yang mempunyai kekurangan inci untuk mengelak dari masalah ini..huhhhh!!! *sigh*
nota kaki :: entri khas buat project alpha anjuran nuffnang..details..? click kat
sini & click kat badge di bawah k.... (~_^)
Project Alpha Season 2 is presented by
Adidas Action 3 and supported by
P1 and
MAS